Wednesday, October 17, 2012

tazkirah subuh 15/110

Bertuah

Pandangan ulama - bertuah kalau setiap tindakan itu mendekatkan diri kepada Allah.

Kita ke kelasa, tidur, masuk tandas baca doa. -> Ibadah
Itu cara sebenar mencari tuah.

Ada berkata bertuah kalau dapat isteri cantik. Sebenaranya tuah dari mendapat isteri cantik dan solehah.

Ada berkata bertuah ada rumah besar. Ulama kata, tuah rumah dr jiran yg baik.

Ramai salah faham maksud sebenar tuah. Kita kena sering belajar ilmu farhu misalnya utk isteri dan didik anak. Belajar hukum-hukum bersuci disamping kita mencari ilmu dunia.

Malam Perjumpaan Ahli PEMBINA UiTM Shah Alam 2012

Bertempat di Dewan Kuliah D Kompleks Kejuruteraan UiTM Shah Alam
13/10/2012

Amar bin Ahmad Raji Ketua PEMBINA cawangan Shah Alam.

Agenda:
1. Menerajui Arus Mahasiswa
2. Membina Jati Diri.
  • Ambil masa 5 tahun untuk pilih ini. Belia adalah rahsia/kunci sebuah kebangkitan.
  • Mula diterima di IPT secara rasmi (neutral). Tidak memilih mana-mana parti politik. Ikut yang bawa agenda Islam yang betul dan menguntungkan Islam
  • Kesempatan & Peluang. Isu kekosongan dlm arus mahasiswa. Dlm sejarah, gerakan Islam menerajui arus[ABIM, etc]. Namun kini yang membawa arus adalah yang bawa agenda mengancam Islam. Cth: liberalisasm. 
  • PEMBINA isi kekosongan ini membawa Islam sebenar
  • Gerakan Mahasiswa Lain mula hilang arah.
  • Kebangkitan gerakan non-Muslim.
Dalam bajet 2013, portion untuk pembangunan belia lebih sedikit dari sebelum ini.

Apakah peranan anda?

7 ciri-ciri Mahasiswa PEMBINA:
  1. Beragenda dan berdisplin dlm merancang gerak kerja.
  2. Sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa
  3. Berusaha dlm kecemerlangan akademik.
  4. Kekuatan ruh yang tinggi kepada Allah dan ketinggian akhlak.
  5. Berani menyampaikan pendapat dan bersaing
  6. Kekuatan jasmani dan kesihatan
  7. Bersedia menyumbang dan berbakti.

Majlis zikir & Fikir lepas Maghrib 12/10

Majlis zikir & Fikir lepas Maghrib 12/10
Surau Perindu:


Susahnya kita nak cakap ttg agama 3 kali jer. Nabi jumpa abu jahal 70 kali.

Para sahabat susah nak dapat Islam. Berharga. Macam kita susah payah kerja untuk beli motor. Tentu lain perasaan bila org mencalar motor tu.

Yang bagi kita kenyang bukan makanan, tapi Allah. Semua matahari, sejuk, panas adalah makhluk Allah.
Guru mengajar, hakikatnya Allah yang beri kefahaman kepada kita.

Kalau doktor atau jurutera kerja 20 tahun, dah jadi specialist. Kita solat lama dah tak juga jadi specialist dalam solat.

Khutbah Jumaat 12/10

Hiburan Songsang
(nota ringkas)

  • Jika hiburan itu menyalahi syariat, merosak akidah dan akhlak org Islam.
  • Pegi konsert sanggup walaupun tinggal solat.
  • Fashion yg melanggar larangan
  • Contoh: meletakkan wanita sebagai objek hiburan
    • "Berpakaian tapi telanjang, menarik perhatian dan menggairahkan."

Friday, October 12, 2012

tazkirah subuh 12/10

Persoalan oleh imam masjid madinah: "Apa dia nikmat yang paling besar?"

Allah telah mengharamkan syurga bagi yang tidak beriman. Kita boleh buat kesimpulan bahawa Islam dan Iman adalah nikmat terbesar.

Tanda-tanda fitnah akhir zaman: org waktu petangnya Muslim, siangnya kafir. Ini bermaksud iman yag turun naik. Misalnya, dlm surau baik, pakai kopiah. luar jadi lain.

Syubhat dan syahwat akan menyebabkan kita berpaling dari Islam. Namun jika Allah mengkehendaki kebaikan pada seseorang hambaNya, tetap akan dimatikan dlm Islam dan iman. Kalau kita hilang apa-apa, boleh berganti. Kalau agama?

Apabila kita menghadiri mana majlis ataupun konsert, kita rasa amat gembira. ketika menghadapi Allah, cuba hadirkan, lahirkan rasa gembira sedemikian.

Allah tidak dimudaratkan oleh maksiat yang kita buat. kita yang binasa. kita buat banyak ke sikit, kita yang masuk neraka. Jadi kita kenalah cuba tutup dengan taubat. Keran mati dlm Islam, walaupun kita accident tak nampak macam org pun, walau apa pun keadaannya, akan lebih bail dari mati dalam keadaan kufur.

Doa:
"Ya Allah walaupun ku berbuat maksiat, ku tetap mencintaimu, ampunkan dosaku."

Seorang sahabt: "Aku ni bukanlah terlepas dosa. bukan pula kuat beribadah. Maka tolonglah aku ya Allah."

Ketika keluar dari surau hadirkan dlm diri: Alhamdulilah, syukur pd Allah kerana dpt solat Subuh berjemaah pagi Jumaat lagi tu. Moga diterima solat subuh jemaah td.

Thursday, October 11, 2012

[Graphic]Bebaskan Dirimu Dari Rantai Jahiliyah

Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Ibadah (nota ringkas)

Salam. Tak sempat dengar semua ceramah, sebab lambat sikit datang. petang tu ana joging, so lambat sikit.Tapi boleh explain lebih dari ingatan walaupun tulis dalam buku kecil begitu ringkas. beberapa jam lalu saja, senang ah.

Ceramah CITU
Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Ibadah
Surau Perindu
Oleh Ustaz Januri

Ibadah = tujuan hidup kita. Namun ibadah tu bukan hanya atas sejadah saja. Ada orang berfikiran jumud yang beribadah setiap masa kena solat je. Contoh, seseorang ponteng kelas sebab nak beribadah jer sepanjang hari. Main bola, main musik, menyanyi, belajar, surfing Internet kalau kerana Allah pun ibadah.

Tugas sampaikan agama di atas semua orang, bukan ustaz ustazah saja. Kalau begitu, memang tak cukup. Sikit sangat. Bagi yang ada kefahaman Islam, sampaikan. Tak perlu melampau, setakat akhlak mulia pun cukup.

3 perkara bawa ke kubur:

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Sedekah Jariah: Kita ni,  susah sangat nak sedekah. Bila solat Jumaat, kita letakkan duit RM1, tak dapat nak lepaskan RM10. Kerana itu Allah nyatakan berjihad dgn harta dan jiwa. Di Palestin, tahap jihad mereka makam tinggi dah. Kita susah nak infakkan RM10, apa lagi nak ke Palestin?

Anak-anak Soleh: Untuk dapat anak-anak yang soleh, lebih mudah dgn mencari isteri yang solehah[dan lelaki tu kena jd soleh gak]. Memang boleh nak kahwin sapa2, kemudian didik mereka, tapi sukar la. Kemungkinan jadi lebih rendah. Lebih mudah jika kita bina baitul muslim dengan isteri yang solehah.

Ilmu yang berguna: Kongsikan ilmu, jangan ada kefahaman Islam tapi disimpan-simpan.

Kita sering lupa tanggungjawab sebagai daie dan khalifah. Sebagai student, study jugak tapi kerana Allah, dan tidak tinggalkan solat, malah masih boleh ke surau bila tiada assignment. Balance dunia dan akhirat, dalam keadaan lebih memberatkan kepada akhirat.

"Dunia ini ibarat ladang", akhirat kelak menuai hasilnya. Maka marilah kita berpesan-pesan seperti firman Allah dalam surah Al-Asr.

Wednesday, October 10, 2012

tazkirah subuh 10/10

tazkirah subuh 10/10
muflis?

Nabi bertanya, siapa muflis?
Sahabat jawab, org takda duit, harta.
Nabi bersabda, itu muflis dunia.

orang yang melakukan kezaliman pada orang lain [sakitkan hati, mengumpat, menghina, mencuri, berhutang etc] di akhirat kelak mereka akan diminta pembalasan. hutang ini akan dibayar dgn pahala (tiada guna harta dunia dalam bank, tak diterima). jika habis pahala, dosa penuntut hutang di tanggung penzalim

Lihat kita adakah tindakan kita menyakiti org lain. Sentiasa minta maaf. Dan pastikan mereka maafkan kita. tulis kat facebook kalau dia tak buka, tak baca, susah gak. Lihat effect setiap perbuatan kita pd org lain. fikir balik, kalau org lain tak suka, jgn buat.

Kuliah subuh 9/10

Kuliah subuh 9/10
Problem?

Tiap hari berhadapan dengan cabaran/masalah. dr pelbagai aspek dtgnya ujian, apakah hikmahnya?

1. melatih kita sabar dan berfikir matang.
2. fitrah seorang hamba diuji.
3. mendekatkan diri pd Rabb.
4. utk mengingatkan hamba pd Allah bila lupa
5. meningkatkan darjat
6. penanda aras
7. ingatkan pd kelalaian dan keangkuhan ketika senang.

2:216 apa yang manusia fikir baik tak semestinya baik buat manusia dan sebaliknya.

Ingat: hamba Allah diuji sesuai dengan kemampuannya.

Lirik Lagu Kehidupan

Tazkirah subuh 6/10

Tazkirah subuh 6/10
Syukur nikmat dijadikan sebagai manusia.

"Manusia sebaik-baik kejadian makhluk"

Apabila cantik di sisi Allah, akan cantik sesama manusia.

Tazkirah Subuh 4/10/2012

Tazkirah Subuh 4/10
Sabar

Nabi Muhammad s.a.w. manusia yang paling sabar. baginda sentiasa lebih sabar dari marah

Ramai boleh bersabar dgn ujian kesusahan, tetapi jarang dpt sabar dgn ujian kesenangan. Ia dipanggil istidraj. Ia menyebabkan kita lebih jauh dari Allah, walhal kita merasa kita lebih baik dari orang lain.

Begitu ramai orang Islam sekarang, tetapi hanya segelintir yang mampu bersabar bertahan (istiqamah) untuk terus ikhlas beribadah kepada Allah swt.

Fitnah palin besar ialah fitnah dajjal dan ...(tak ingat maaf)

ingat yang kita masuk syurga bukan kerana amalan, tetapi rahmat Allah swt.

Nota ringkas Tazkirah Subuh 3/10

Tazkirah Subuh 3/10
Ini dari sirah, jadi ada kemungkinan kekurangan dan kesilapan fakta kerana menulis dari pendengaran.

Ikrimah anak abu Jahal. Kebencian pada Islam membuak2 sejak kematian bapa dalam perang badar. Setelah itu memimpin dalam peperangan.

beberapa tahun kemudian, tentera kalah di tangan tentera Khalid al-Walid. Dia lari. Isteri minta dimaafkan suaminya. Nabi bersabda, jika dia masuk Islam, dia dimaafkan.

Dia menangis kerana Nabi memaafkan. "Kalau dulu kau ialah org plg ku benci dan ingin kubunuh. sekarang kau org plg ku rindu dan ingin kulindungi."

Di peperangan yang kemudian, dia antara sahabat yang passing air antara satu sama lain sehingga mereka syahid.

Para sahabat amat hebat. Hijrah/perubahan yang positif hingga syahid kerana mementingkan saudara lebih dari diri sendiri. Dinyatakan mereka takkan haus diakhirat kelak.

Maka, Banyakkan membaca riwayat para sahabat agar kita dapat contohi mereka dan menjadi sehebat mereka, atau sekurang-kurangnya hampir.

Wednesday, October 3, 2012

[Graphic]My 1citizen Portfolio

Assalamualaikum.

Hahaha. :D Aku buat dalam 3 jam dan terus submit walaupun tak berapa cantik sangat. Bolehlah.


Tuesday, October 2, 2012

tazkirah subuh 1-2 Oct 2012

1 Oktober 2012

Syukur
diberi Mata : membaca Quran, melihat kehebatan Allah dalam mencipta alam.
Kaki: berjalan ke surau / majlis ilmu

Kita lihat lampu perlu elektrik, kereta perlu minyak + bateri. Ciptaan manusia perlu bantuan. Namun manusia hidup tanpa bantuan tampak sedemikian.Bersyukur dengan menyampaikan dakwah melalui kata-kata dan internet. Jika untuk dakwah, internet antara medium utama.

2 Oktober 2012

Kisah dan anak murid.

Setelah sekian lama duduk di dlam gua,kata guru "Kita dah lama duduk dalam gua ni, keluar kejap untuk praktikal. Tengok apa yang kita boleh belajar dari alam."

Setelah beberapa ketika, guru bertanya kepada anak murid: "Tengok pokok tu? Boleh tak cabutkan?"

"Boleh, senang je." Pokok tu kecik je. Setelah pokok tu tercabut, si guru diam sahaja dan mula beredar lebih  kedalam hutan.

Kemudian, kali ni guru itu berhenti di hadapan pokok yang besar sedikit dari tadi. "Boleh tolong cabutkan ini?" Murid itu mencabut dengan sedikit sukar. Guru tetap diam dan kembali meneruskan perjalanan.

Kali ini, mereka berhenti di hadapan pokok separas pinggang. Murid ambil lebih banyak masa, namun kekuatannya cukup untuk mencabut pokok itu.

Akhirnya, mereka berhenti di hadapan pokok yang sama tinggi dengan mereka.

"Maaf guru, saya tak dapat buat ni."

"Jadi, apakah pengajaran yang boleh kamu dapat hari ini?"

"Maaf, saya tidak tahu."

Pokok-pokok yang dicabut melambangkan sifat buruk dalam diri. Mula-mula mudah dicabut. tapi lama-lama  jika dibiarkan ia akan membesar dan menjadi sebahagian dari diri kita. Sukar dibuang. Maka, kita digalakkan untuk sentiasa bertaubat.

Monday, October 1, 2012

[Graphic]Embedded Ninja

Contrary to popular belief, ninjas never travel alone, but rather always together with their clan. The magic is in the fact that you’ll never see the other ninja(s) – just the one you’re face to face with. In that secrecy is power. One is a powerful number in and of itself. But the other numbers that surround the “one” can be more powerful, especially when they’re unknown and unexpected.
 Quote from here

 Trying to simulate what it said in the article.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...