Wednesday, February 22, 2012

Kenapa aku berdakwah?

19 Februari 2012 
DASAR 7 (Daurah Sarawak 7)
Dewan Suarah Kota Samarahan
oleh Abdul Hafidz bin Yusoff
NYPD ISMA Sarawak
Biro Tarbiyah ISMA Sarawak


Pembantu Rumah

Terdapat satu kisah yang amat menarik. Ia diceritakan oleh seorang mualaf dalam satu program IKIM yang sering menampilkan mualaf yang berkongsi cerita. Kali ini, ada pemanggil yang meminta mualaf itu berdakwah kerana "kami tidak mampu". Lalu si mualaf ini bercerita tentang kisah pembantu rumah.

Pembantu rumah ini dipesan oleh majikannya di waktu pagi agar menjaga anaknya, terutama sekali dijauhkan dari kolam renang. Kemudian, majikan pun pergi bekerja dengan harapan pembantu rumah itu ingat kan pesanannya. Namun, pembantu rumah itu tidak memerhatikan anak majikannya. Pembantu rumah lebih sibuk mengemas rumah dan menjalankan urusan 'pembantu rumah' yang selayaknya. Sehingga si anak tadi mula bermain-main di tepi kolam. Si pembantu rumah tidak mempedulikannya, walaupun setelah si anak terjatuh ke dalam kolam.

Apabila majikan kembali, dia mencari-cari si anaknya. Risau dengan keadaan anaknya, dia bertanya kepada si pembantu rumah. Pembantu rumah itu sekadar berkata: "Entahlah". Majikan mencari-cari anaknya di sekeliling rumah sehingga terlihat olehnya mayat anak dah terapung di atas kolam. Majikan memarahi si pembantu rumah. Namun pembantu rumah itu dengan selamba menjawab: "Dalam perjanjian, saya di upah untuk menjaga rumah, bukan menjaga anak tuan. Saya telah selesaikan semua tanggungjawab saya dalam menguruskan rumah ini." Si majikan merasa sedih dengan sifat pembantu rumah itu, lalu memecatnya.

Apakah pengajaran yang kita boleh ambil? Kenapa mualaf tadi menceritakan kisah ini? Apakah kaitannya dengan berdakwah?

Dalam banyak-banyak tanggungjawab kita di dunia, terdapat tanggungjawab yang paling besar => dakwah.

Terdapat perbezaan di antara orang yang mengikut tarbiyah atau usrah dan yang mengajarkan. Perbezaan besar diantara mutarabbi(yang dididik) dan murabbi(pendidik). Adakah kita sekadar mutarabbi, atau kita bercita-cita menjadi murobbi?

Kerana tarbiyah bukan untuk diri kita, tetapi juga untuk orang lain.

Hidup Untuk Islam?

Terdapat 3 golongan manusia:

  1.     Hidup untuk dunia. [Quran 45:24,6:29]
  2.     Sesat antara dunia dan akhirat[Quran 3:14,49:12]
  3.     Menjadikan dunia sebagai LADANG akhirat.

Mereka boleh kita analogikan melalui kisah kapal kecil di lautan yang luas. Setelah sekian lama, sudah pasti kapal ini akan kehabisan bekalan makanan. Maka ia akan berhenti di suatu pulau untuk mengambil bekalan. Terdapat masa 2 jam diberikan oleh captain kapal. Golongan pertama, ia akan terpana dan terpesona dengan keindahan pulau itu. Ia berehat-rehat sehingga tiba masa untuk pegi. Ia pun terpaksa naik balik ke kapal tanpa sebarang bekalan.

Golongan kedua, ia juga turut menikmati keindahan alam ciptaan Allah di pulau itu. Namun, beberapa minit sebelum berangkat, ia teringat kembali akan tujuannya. Lalu dalam masa yang singkat itu, ia mencari bekal dan kemuidan naik ke kapal dengan bekalan yang sedikit. Inilah mereka yang sering sesat di dunia kerana makanan, minuman dan kemewahan dunia, terlalu mengikut syahwat mereka. [quran 3:14]

Golongan yang terakhir, ia dengan penuh yakin tahu tujuan dan matlamat. Ia terus mencari setiap makanan dan minuman yang boleh dijadikan bekalan. Samada mengambil buah, atau memancing, mahupun berburu binatang seperti ayam hutan di pulau itu. Sehingga apabila tiba masa untuk kembali, ia naik ke kapal dengan bekalan yang cukup.

So, bagaimana menjadi golongan yang mempunyai bekal 'amal' yang cukup?

    Jelas matlamat hidup [Quran 51:56.2:30]
    Tahu dunia = medan ujian

Bagaimana Saya Hidup Untuk Islam?

  1.     Tujuan hidup. 2 perumpamaan untuk menerangkan hal ini. Pertama, bayangkan kita yang berada dalam kandang ibadah. Terdapat yang di luar yang tidak beribadah. Tugas pertama manusia[beribadah kpd Allah] sedang kita tunaikan dgn berada di dalam kandang ibadah. Namun, terdapat tugas kedua manusia[khalifah] iaitu kita perlu mengajak orang masuk ke dalam kandang ibadah. Perlu di ikat tali dan di tangkap, kemudian di tarik orang diluar masuk ke dalam. Kedua, Seperti sebiji telur, ada kulit, putihnya dan kuningnya. Bagi sebiji telur ayam, yang paling penting adalah kuningnya, kerana disitulah si ayam tersebut. Itulah dakwah & ibadah. Putihnya diperlukan untuk nutrient bagi membesarnya si anak ayam itu. Itulah Study/Kerja.
  2.     Tahu nilai dunia. "Sesungguhnya dunia itu penjara orang mukmin dan syurga orang kafir."
  3.     Tahu mati itu PASTI.
  4.     Memahami jahiliyah seperti liberalisme dan pluralisme. Pluralisma ialah samaratakan agama, tidak boleh kata agama sendiri yang terbaik. Sedangkan Islam ialah agama fitrah yang diturunkan oleh Allah swt kepada manusia. Ini sering kali disamarkan dengan kata-kata "Hak asasi manusia"(Ambigo). Apabila dinyatakan tentang haramnya menyambut Valentine Day, ada yang menyatakan itu mengekang kebebasan dan melanggar hak asasi manusia. Sedangkan telah dinyatakan sebagai fatwa ulama Malaysia akan haramnya. Begitu juga, kita tidak setuju dengan tindakan pemimpin yang menyambut perayaan bukan Islam dengan menyertai majlis ibadah mereka. Namun ada yang kata, kerana ia pemimpin. Inilah bahayanya pengaruh bukan Islam yang semakin menular di kalangan masyarakat, termasuk umat Islam sendiri.

Sifat orang Islam

  1.     Berpegang teguh pada Islam
  2.     Ambil tahu tentang orang Islam. Apakah khabar orang Islam di Palestin dan negara-negara Islam yang lain?
  3.     Bangga dengan Islam. Tidak merasa malu atau rendah diri, perlunya ada Izzah terhadap agama/cara hidup yang benar ini.
  4.     Beriltizam dengan nilai Islam dan hidup berjemaah.

Kenapa Berdakwah?

    Kerana saya mahu dan ingin hidup dengan Islam


    Kerana saya diciptakan dengan tujuan itu.

Satu perumpamaan terakhir, iaitu tentang orang yang mengambil upah mengecat rumah. Jikalau orang tersebut marah-marah semasa melakukannya, maka terasa sukar dalam menyelesaikan kerja. Tetap dilakukan, namun hanya kerana akan dibayar, dan mungkin sahaja kualiti kerja yang rendah. Kalau pula dia diam, tetapi hatinya mengenangkan keluarganya yang perlu ditanggung. Maka kerja itu akan terasa seperti suatu rutin harian, atau pengorbanan masa, dan tenaga demi yang disayangi.

Namun, apa kata orang tersebut merasa suka teramat sangat untuk mengecat? Dalam hatinya, dia berharap orang yang tinggal di rumah itu akan merasa senang kerana kerja mengecatnya tadi. Sudah pasti kerjanya menjadi sangat mudah, malah terasa seperti suatu hobi baginya, dan dia melakukan kerja sangat berkualiti di samping mendapat pendapatan yang halal bagi diri dan keluarga.

Renung-renungkanlah. Kongsi dengan sahabat yang lain. Dan amalkan, jangan tak amal. :)

Sunday, February 5, 2012

Kuliah Selasa



Oleh Akh Amirudin
10 Jan 2012
(Al-Ankabut, 2-3) 2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? 3. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
·         Sentiasa tambahkan iman – jangan berkurang zikir/ibadah
·         Iman akan sentiasa diuji – tak constant
o   Ujian terbesar – untuk mengekalkan dan meningkatkan iman dalam diri
o   Doa dan munajat kepada Allah swt.
·         Sebahagian rasa tidak layak dalam arena tarbiyah
·         Sedangkan tarbiyah adalah proses memperbaiki diri
·         Keluarkan diri -> bermakna tidak mensyukuri hidayah
·         Jika niat kerana Allah – akan terus kekal
·         Jangan main-main sebelum solat
·         (29:69) Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
o   Allah berserta orang yang berbuat kebaikan.

Isi Usrah


Memperbaharui iman
“Sesungguhnya iman dalam hati salah seorang daripada kamu akan usang dan lusuh seperti usang dan lusuh pakaian, oleh kerana itu, pohon kpd Allah agar dia memperbaharui iman dalam hatimu.”
(Riwayat Tabarani)
·         Lusuh? -> kerana meninggalkan tilawatul quran
·         Bilik yang dibaca quran -> syaitan akan lari -> terasa senang bila masuk
·         Jarang berzikir -> suka bermalas
·         (4:142) : Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka[364]. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya[365] (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali[366]. [0]
·         Ketua munafik: Abdullah bin Ubay bin Sahlul
o   Sibuk keduniaan
o   Cinta ister, anak2
·         Tanda – tanda lusuhnya iman kamu:
o   Bermalas-malasan
o   Tinggalkan amalan sunnah
o   Tinggalkan baca Quran
o   Jarang zikir
o   Sentiasa dgn Hal yang sia-sia
o   Ego
o   Lemah amar makruf nahi mungkar
·         Kenapa baharui?
o   Iman yang progresif akan respon dgn kebaikan
o   (6:4) Dan tidak ada suatu ayatpun dari ayat-ayat[458] Tuhan sampai kepada mereka, melainkan mereka selalu berpaling dari padanya (mendustakannya).
o   Cinta kebenaran – berlapang dada tentang Islam
·         Jika iman usang – terasa terkongkong
·         Cara atasi
o   Bertafakur
o   Muhasabah diri
o   Sentiasa ingat kepada Allah
o   Keyakinan yang kuat
§  (Taubah ; 71): Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. 

Isi Usrah 31 Jan 2012


(3:139)=> 139. Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
Suatu motivasi dari Allah

LANGKAH-LANGKAH SYAITAN
(2:208) Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
·         Masuklah Islam secara keseluruahn
·         Jangan ikuti langkah2 syaitan
·         Musuh yang nyata
Kerana kejahilan, mudah dibisik syaitan. Mudah memfitnah, mencari-cari kesalahan dan kelemahan, mengumpat orang. Antara langkah-langkah syaitan:
1.       Menimbulkan was-was
a.       An-Nas, 114: 1. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. 2. Raja manusia. 3. Sembahan manusia. 4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, 5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, 6. dari (golongan) jin dan manusia.
2.       Membuatkan lupa
a.       Lupa solat, lupa tanggungjawab dakwah
b.      (Yusuf, 12:42) Dan Yusuf berkata kepada orang yang diketahuinya akan selamat diantara mereka berdua: "Terangkanlah keadaanku kepada tuanmu." Maka syaitan menjadikan dia lupa menerangkan (keadaan Yusuf) kepada tuannya. Karena itu tetaplah dia (Yusuf) dalam penjara beberapa tahun lamanya.
3.       Memanjangkan angan-angan
a.       Misalnya berangan-angan nak Berjaya, nak kaya, nak jadi Dato
b.      Seperti angan-angan mat jenin, azam tahun baru yang tak menjadi2
c.       (4:119) 119. dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya[351], dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya[352]." Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.
d.      Kita patut berangan-angan disusuli dengan tindakan. (ini namanya cita-cita)
4.       Membuatkan indah terhadap kemungkaran
a.       (Al-Hijr,15:39) Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,
b.      Terasa indah untuk tidak dating usrah
c.       Terasa indah ber’couple’
d.      Tidak terasa benci melihat ikhwah (saudara se-Islam) bergaduh
5.       Memberi janji2 (palsu)
a.       (14:22) Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu." Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih.
b.      Kisah seorang alim yang fakir miskin dan pokok yang disembah orang. Dia membawa kapak untuk menebang pokok itu demi Allah dan memusnahkan kesyirikan (idolatry).  Syaitan menghalang kerana ini akan membawa masalah kepadanya. Mereka berlawan dan syaitan kalah. Syaitan memberi janji, “akan ada wang syiling emas di bawah bantalmu tiap hari jika kamu pulang.” Lelaki itu kembali ke rumah, dan keesokan mendapati ada beberapa syiling emas di bwah bantalnya. Namun, hari-hari seterusnya tiada. Merasa marah kerana rasa ditipu, kembali ke pokok itu dengan kapak untuk menebang. Syaitan menghalang, lalu terjadi pergaduhan. Kali ini pergelutan dimenangi syaitan. “Kerana kau dahulu datang kerana Allah, Allah memberi bantuan kemenangan. Namun kali ini kau datang kerana syiling emas.” Lelaki itu kembali selepas itu setelah bertaubat dan akhirnya Berjaya menebang pokok itu dengan niat yang ikhlas.
6.       Membuat tipu daya
a.       (7:27) Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman.
b.      (Al-An’am, 6:112) Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)[499]. Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
7.       Menghalangi jalan Allah
a.       Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.
8.       Mewujudkan permusuhan (di antara orang2 Islam)
a.       “Hendaklah ucap perkara yang benar/baik sesungguhnya syaitan selalu timbulkan perselisihan dikalangan mereka. Syaitan=musuh yg nyata bagimu”
b.      Masalahnya, kita Fikir pendapat kita sahaja yang benar, sedangkan hanya kata-kata Allah yang benar.
c.       Dalam hati kena berlapang dada
                                                               i.      Semasa perang Badar, seorang sahabat mencadangkan untuk berkhemah di sumber-sumber air dan Rasulullah s.a.w. menerima.
                                                             ii.      Perintah Allah tiada kompromi. Ketika Usamah datang atas permintaan kaumnya untuk meringankan hukuman seseorang, Rasulullah dengan marah bersabda: “Walaupun Fatimah anak Rasulullah mencuri, akan tetap dipotong tangan”
Zaman sekarang, perkara yang baik dipandang buruk, perkara yang buruk dipandang baik. Orang yang membaca Quran & hadis, pergi ke masjid, menjaga pandangan dan hubungan lelaki-perempuan dikatakan kolot, berfikiran sempit dan sebagainya. Orang yang main games dan tgk movies hingga tidak solat, pergi clubbing, social, dan couple dianggap moden dan mengikut perkembangan semasa. Buat assignments lebih penting dari azan tanda solat.
=-> Tanda kejayaan orang kafir dan syaitan
“Manusia akan Sentiasa diganggu syaitan”
Orang yang IKHLAS



Jadi kena cuba timbulkan keikhlasan dalam hati dalam setiap tindakan. Sentiasa refresh niat kerana Allah, dan istiqamah dalam ibadah dan tarbiyah.

Kuliah Selasa – Tugas Dakwah


Oleh Dr Khairol
31 Januari 2012
Matlamat Tugas Dakwah:
·         Allah
·         Beriman padaNya dan melihat segala tindakan = ibadah kpdNya
·         Kembali pada saat pertama ketika Murabbi mengajak ke usrah
·         Az-Zariyat:50 =>
o   “Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu.”

Tugas Dakwah:
·         Memimpin dunia dan manusia kembali pada sistem Islam yang luhur
o   Sebagaimana yang para Sahabat faham
o   E.g.: Muamalat(jual beli), pendidikan, politik, banking
·         Tidak berjuzuk2, tidak setempat
·         Tugas meliputi seluruh aspek kehidupan dalam bentuk pengislahan
·         Saidina Umar : perang kita menang kerana musuh Islam lakukan maksiat, maka Allah turunkan pertolongan. Aku risau kemaksiatan berlaku di pihak kita, menyebabkan bantuan Allah lambat sampai ke pihak kita.

Balasan:
·         Syurga
·         Keredhaan Allah ganjaran tertinggi
·         At-Taubah : 72 =>
o   Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) surga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di surga 'Adn. Dan keridhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar.

Keadaan Jalan Dakwah:
·         Tidak bermawar, sukar, panjang
·         Al-Ankabut : 1-3
o   1. Alif laam miim. 2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? 3. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
·         Perlukan è kesabaran, pengorbanan, tidak berputus asa, tiada alas an
·         Balasan berdasarkan amal (process) bukan natijah (result)
·         Al-Baqarah, 2:214
o   Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Dugaan = Sunatullah
·         Dr. Muhammad Naim Yasin:
o   “Dugaan adalah sunatullah bagi makhluk samada beriman atau kafir, baik atau jahat”
·         Al-An’am: 112+53
o   112. Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)[499]. Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
o   53. Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata: "Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah Allah kepada mereka?" (Allah berfirman): "Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepadaNya)?"
·         Yang beriman akan diuji samada benar atau tidak
·         Yang kafir akan mendapat azab Allah

Dugaan di Jalan Allah
·         Dugaan paling sukar ialah fasa perubahan
o   Dari belajar ke menganggur ke bekerja
o   Dari single ke kahwin
·         Dugaan = kayu ukur Duat di dalam kehidupan dakwah
·         Tujuan (Muhammad : 31)
o   31. Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.
a.       Tapis yang terbaik – yang benar2
b.      Mengkategori aspek asal jiwa
                                                               i.      Bersabar (3:173), atau
                                                             ii.      Tewas (Al-Ankabut: 10-11)
c.       Menyelami lubuk iman
·         Tiada dapat larikan diri – penentang Islam takut hilang kebatilan
·         Pasti Akan difitnah

Fitnah dalam kehidupan dakwah (buku)
·         Sifat peribadi yang menimbulkan fitnah:
o   Sifat takjub pada diri sendiri [syok sendiri]
§  Maka janganlah berbangga sehingga memperlekeh orang lain
o   Terjerumus dalam lembah bertengkar
o   Suka mendapat pangkat
o   Susah menerima kebenaran

Kuliah Selasa [Tujuan Penciptaan Manusia]


Oleh Abdul Grafar bin Mahdi
03 Jan 2012
·         (mengenai Azam)Tahun Baru: “Tiada guna esok jika kegagalan hari lalu tidak direnungi”
·         Peta hidup : kita ada matlamat asal – Allah (specifically redha Allah)
·         Lihat kembali tujuan asal kita -> agar jadi Muslim yang sejati -> yg dilakukan setiap hari
·         Ingat kembali, kejadian manusia dari sebelum bayi, iaitu pencampuran benih ibu bapa kita.
o   “Ketika yang lain masih mencari arah tuju, yang terbaik telah menemui akhir jalannya”
·         (2:30) Kenapa Allah menciptakan manusia? “Allah mengetahui apa yang lain tak”
·         Kenapa perlu mengenal Tuhan? “Kenal baru dapat cinta”
·         (51:56) – tugas beribadah kepada Allah
·         (Hadis bukhari dan Muslim) dan tidak menyekutuiNya
·         (7:172-174) Perjanjian dengan Allah semenjak alam roh. Islam semasa kita lahir
·         Setiap Rasul menyeru ke arah mentauhidkan Allah (7:59) (21:25&92) (15:99) dan tidak mensyirikkan / menyekutukan Allah (16:36) (5:117)

Sedikit nota mengenai Solat


Solat
Diriwayatkan dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha, dia berkata:
 “Rasulullah s.a.w. memulakan solat dengan takbir dan memulakan bacaan dengan surau al-Fatihah. Jika ruku’, Baginda tidak terlalu mengangkat kepala dan tidak pula terlalu menundukkannya,tetapi meluruskannya. Jika mengangkat kepala dari ruku’, Baginda tidak langsung sujud melainkan berdiri dengan posisi tegak barulah kemudian Baginda sujud. Jika bangun dari sujud Baginda tidak langsung lagi sebelum baginda duduk tegak. Baginda membaca tahiyyat dalam setiap dua rakaat. Baginda membaringkan kaki kiri dan menegakkan telapak kaki kanan (ketika duduk).
Baginda melarang daripada menyerupai cara duduk syaitan. Baginda juga melarang daripada meletakkan kedua lengan diatas tempat sujud kerana menyerupai binatang buas. Dan baginda mengakhiri solat dengan mengucapkan salam.”                      (Diriwayatkan oleh Muslim)
Dari buku Kuasa di Sebalik Solat[al-Ijaz al haraki]

Bacaan rukuk
Maha suci Tuhanku yang Maha Agung (3x)

Bacaan Iktidal
Allah mendengar orang yang memujiNya. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala puji.

Bacaan Iktidal
Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi (3x)

Nota Ringkas 6 Perkara – Imam Ghazali


Apa yang paling
1.       Dekat?  à Mati
a.       Ingatlah mati
b.      maka –perbanyak beribadat
c.       (An-Nisa’,4:78) Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan[319], mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)." Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah." Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan[320] sedikitpun?
d.      Tinggalkanlah perkara lara dan maksiat
2.       Jauh? à Masa lampau
a.       Tinggalkan masa lampau
b.      Jangan kata “kalaulah”
c.       Tiada guna –perkara telah berlaku
3.       Besar? à Nafsu
a.       Nafsu 3 kali ditikam dalam neraka. Setelah dicipta, ketika ditanya siapa nafsu, ia berkata: “Aku adalah aku, Kau adalah Kau”. Maka Allah tikam dalam neraka selama beberapa ribu tahun. Kemudian dikeluarkan semula dan ditanya lagi siapa nafsu? Ia berkata:  “Aku adalah aku, Kau adalah Kau”. Maka ditikam lagi ke dalam neraka yang lebih bawah. Kemudian dikeluarkan semula dan ditanya lagi siapa nafsu? Ia berkata:  “Aku adalah aku, Kau adalah Kau”. Maka ditikam lagi ke dalam neraka yang lebih bawah. Kemudian ditanya siapa dia. Nafsu akhirnya berkata: “Kau adalah Tuhanku, aku adalah hambaMu”
b.      Nafsu & akal – bimbing baik dan jahat akal
c.       3 jenis nafsu
4.       Berat? à Amanah, ujian
a.       Sentiasa tunaikan amanah
b.      Akan di soal di akhirat kelak
c.       Walau kecil, tunaikan, pegang sungguh-sungguh
5.       Ringan? à Meninggalkan solat
a.       Jangan tinggalkan solat
b.      Lakukan di awal waktu – Lihat masyarakat sekarang
c.       Jika dilewatkan, mungkin terlupa à berdosa besar
6.       Tajam? à Lidah
a.       Jagalah lidah
b.      Kata-kata boleh melukakan hati
c.       Guris hati sukar sembuh –Sukar dilupakan
d.      Berkata baik @ diam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...