Wednesday, December 28, 2011

Jaulah ke Ranchan Falls, Serian

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. Ini sekadar coretan bagi merekod aktiviti yang terkesan di hati.

Sebelumnya:
Syura Isnin 26 Dec 2011
Afiffandi inform yang dia tak dapat ikut, kerana ibu dia tak benarkan, risau kerana banjiryang berlaku dan hujan yang berterusan. Ada juga yang kata ikut program lain, tak sedikit yang berkata nak pergi, tapi kemudian tidak dapat dicontact untuk diconfirmkan.

Tarikh : 28 Dec 2011 Rabu / Safar 3, 1433
Belanja Makanan : RM?
Minyak Van : RM30
Alatan : Gelas plastik, talam,
Peserta : Azri, Afif, Azlan, Akram, akh Amir, akh Firdaus
Pengangkutan : Van
*note : masa dan peristiwa mungkin tidak tepat, kerana tidak melihat pada jam dan hanya dari my point of view.

 6.30am : Berkumpul
Risau juga melihat keadaan hari yang masih mendung. Ku pinta pada Allah swt "permudahkanlah perjalanan ini, jaga keselamatan kami, janganlah turun hujan."

 7.00am : Bertolak
Mula sekali, Afif baca doa naik kenderaan. =) Kemudian ambil Akram di rumahnya yang dalam perjalanan ke AppleCross. Kami pergi ambil akh Firdaus dan makanan/minuman yang dia masak di rumah akh Hafiz.
Firdaus ada kata, terdapat satu kawasan bertakung di Ranchan yang tenang walaupun hujan.
Juga untuk ingatan diri, Tiger perlu diboikot kerana dia buatan KRAFT, barangan buatan ISRAEL laknat.\

 8.15am : Sampai ke Serian.
Beli Ais disitu, Afif dapatkan RM 3 untuk seguni besar.

 8.30am : Sampai ke Taman Rekreasi Ranchan
Kami pergi ke spot yang dikatakan oleh akh Firdaus. Memang benar, kawasan yang tenang. Tetapi cuaca sudah cukup baik untuk kami mandi sungai. yay :) Terasa rugi bagi yang tak jadi ikut. Alhamdulillah, Kuasa ALLAH yang Maha Berkuasa menjadikan apa sahaja. Segala puji bagiMu, Tuhan sekalian alam.
Mula sekali makan. Nasi, sardin and sosej yang terasa sedap, bak kata Azlan: "5 bintang". Kemudian mandi air sungai yang sangat sejuk tu. Afif cuba tarik aku da. Risau juga, hanya Amir dan Firdaus yang boleh kata pandai berenang. Yang lain masih belajar. Saya tak pandai langsung.
Saya belajar sikit macammana nak berenang. Mula sekali cuba terapung. Entah kenapa susah sangat terapung. Lepas ditolong akh Firdaus, senang sikit. Akh Amir bermain air, tolak air pada kami. Dengan satu arahan dari Firdaus, semua serang balik. Ada juga kaca dalam sungai. Saya tak suka la 'tindakan' mereka yang tak bertanggungjawab ni.
Semasa main-main terapung, Afif teringin nak pergi ke satu tempat yang dalam tu. Dia terjatuh ke tempat yang terlalu dalam untuk dia, dan terjadilah peristiwa... jeng jeng jeng. Ah, semuanya selamat. Saya tak nak cerita la. :P Moralnya, tenang semasa hampir lemas.

 9.50am : Setelah bergambar, kami mula berkemas. Makanan tadi dihabiskan. Ada lauk yang tinggal, tetapi saya tak jadi habiskannya. Saya berfikir kita patut mendengar nasihat seorang sahabat, itu gunanya muzakarah. Akh Firdaus juga cadangkan buat 2 kali lagi. Saya tak ingat masa yang dicadangkan tadi, cuma jaulah pertama nak buat dengan sahabat halaqah kami (halaqah bawah akh Amir) dan yang kedua, semua orang(termasuk Zul dan Afiq). Saya berjalan kaki ke depan dengan akh Firdaus untuk tukar pakaian di tandas (yang agak bersih. khemah kami tempatnya kurang menyenangkan). Adajuga jambatan gantung yang agak tinggi.

10.20am : Ke sebuah masjid
Tak diingat nama masjid tu, atau surau itu. Kami solat Dhuha sekejap. Ada tanda "Berhati-hati dengan buaya" di tepi kolam tu.  "Budak yang 'suci' pegi bawah tu juga." Haha.

10.45am : Ke pasar Serian.
Mula-mula, saya rasa bosan di situ. Ingatkan dah nak balik tadi. Tiada apa-apa yang menarik, dah kenyang makan nasi dan rambutan mana nak beli lagi. Ada juga terjumpa topi yang saya cari-cari selama ni, tapi masih bukan design yang saya nak. akh Firdaus nak topi Maher Zain. :) Afif membeli 10 biji durian dengan harga RM18. :O

11.15 am : Perjalanan balik.
Nampaknya akh Firdaus berkeinginan makan durian juga. So, saya cadangkan untuk pusing balik. Tapi, akh Firdaus sekadar nak beli yang tepi jalan. Dia turut berkongsi ilmu untuk memilih durian. Selain dari bau, dapat dilihat dari batang ranting yang putus tu jika ia jatuh natural atau dipotong. yang cantik je tu jatuh natural. ada juga tentang mendengar bunyi, tapi tak past macammana. Kemudian semua ber'jemaah' tidur dalam perjalanan, kecuali akh Amir yang memandu van.

12.15pm : Sampai ke Samarahan.
Di rumah akh Hafiz, kami makan durian yang dibeli akh Firdaus. Satu tu pahit version, yang saya tak suka sangat dulu sehingga tak makan durian buat beberapa ketika. Tapi makan juga, sebenarnya sedap gak. Satu lagi memang manis, sayang pula ada yang buruk. Ada juga tengok machine buat badge disitu. Rupanya badge tu memang guna kertas, tapi ia disaluti plastik jugak.
Kemudian kami ke masjid untuk solat Zohor. akh Amir hantar kami yang tinggal dalam UiTM ke pagar belakang. Afif bagi satu dari durian dia pada kami. Tapi Azlan nak balik, suruh aku makan sendiri :) Nampak dah awan gelap di langit.

Kesimpulan yang tidak dapat dilihat di sini:
1. Keyakinan pada Kekuasaan Allah yang menjadikan cuaca yang dah hujan 3 hari berturut-turut boleh menjadi cerah untuk 6 jam kami ke Ranchan. Alhamdulillah, nikmat iman dan nikmat ber-ukhuwah ini manis ya Allah. Saya bersyukur saya Islam dan meyakini kekuasaanMu tadi.
2. Kurangkan memberi alasan dalam mengikuti program yang baik dan berfaedah. Mana kita tau, terdapat hikmah disebaliknya, seperti durian di atas meja saya sekarang. :)
3. Tenang dalam kecemasan. Ingatan pada diri sendiri. :P
4. Bergaul dengan sahabat dalam baiah solehah (persekitaran yang baik) adalah amat baik kerana membantu menambah iman di samping merehatkan diri dan minda dari 5 project assignment yang menunggu.
5. Berakhlak dalam bergaul dengan masyarakat dan bersangka baik. :)

Tuesday, December 27, 2011

Forum CINTA VS CITA-CITA

24 Dec 2011
8.30-10.00 pm
Dataran Kolej Cempaka
UNIMAS

Moderator: Nizzal Syafiq B Bostaman
Barisan Panelis:
Ustaz Nuraizam B Idris (Ustaz Aizam)
Encik Muhammad Alif B Abd Rahman (Akh Alif)
Cik Mardhiah Bt shahabuddin (Ukti Mardhiah)
========================================
  
Ustaz Aizam:
Cinta ada byk jenis. Ada cinta pada ibu bapa, ilmu, kereta, kekasih.
  
"Manusia lihat indah: perempuan, anak, harta".
  
Berita terbaru, kisah seorang lelaki tajaan Petronas yang di hantar ke Germany hilang selama 2 tahun, kemudian ditemui berkahwin sejenis (gay marriage).
  
Cinta itu juga subjektif.
  
Tanda-tanda cinta:
1. Selalu ingat padanya. Misalnya, ingat kekasih pada setiap masa. Masa solat pun tak khusyuk, membayangkan muka wajahnya yang ayu tersenyum manis. Atau ada pula yang sentiasa ingatkan bola. Main game bola(PES), baca surat khabar belek bahagian sukan dulu, futsal hingga hampir 11pm, tengok cerita bola kampung.
2. Rela berkorban. Sanggup berhabis duit demi cintanya. Bila bawa kekasih keluar, takkan sekadar nasi lemak je. Tu di ke KFC, McD. Yang cintakan kereta, sanggup belanja beribu-ribu untuk modify kereta, tapi tak mampu beri yang sama pada isteri yang tercinta(?).
3. Taat. Sentiasa sahaja mengikut kata. Walau mengorbankan maruah diri, demi cinta buta perempuan menggadai diri.
  
Quran, Surah Al-Baqarah, 2:162 : "Orang beriman sentiasa cinta pada Allah"

 Akh Alif:
 -nota lawak, Ukti Mardia ialah bekas tunang Akh Alif. Atau isterinya. lol :D

 Persoalannya, adakah baik mengejar cinta sambil mengejar cita-cita?

 Perlu diingatkan, cinta itu memang fitrah manusia. Nabi Adam dikalangan kesenangan syurga pun turut merasa kekosongan didalam jiwa sebelum dipertemukan dengan Hawa.

 Sebagai pelajar, tugas kita utama adalah mencari ilmu. Ilmu itu adalah nur(cahaya). dan nur hanya masuk ke dalam hati yang suci bersih. Maka ilmu takkan masuk jika kita berbuat maksiat.
  
Tak wajar bercinta sambil belajar.

 Alasan kekasih memberi motivasi adalah alasan sahaja. Lebih banyak kesan negatif seperti berikut:

 1. Pembaziran Wang. Apabila keluar makan, takkan sekadar nasi campur. Di situ kena pergi KFC, restoren 5 bintang atau beli kek special recipe.
2. Buang masa. Habis masa terbuang untuk keluar dating.
  
Hati ni power, ia boleh mengubah jiwa. Kena mampu mengawal cinta dalam batas syarak.
  
Namun sebagai pelajar, keberkatan ilmu itu penting.
  
"Syaitan akan menghias dunia dengan kefakiran." Apabila bercinta, habis masa dan duit untuk percintaan. Maka keputusan pun mencorot. Bila dikeluarkan dari universiti, sukar mencari kerja. Tanpa pekerjaan, menjadi miskin. Itulah kefakiran.
  
Ukti Mardia:
Islam dah menggariskan batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Jika iktilad tidak dikawal, zina berleluasa, buang bayi dan sebagainya.
  
1. Kita kena jaga hati kita dulu. Hadis: "Hati itu baik, maka baiklah jasad" kita cuba dekatkan diri kepada Allah. Cuba untuk khusyuk semasa solat dan zikir. Non-Muslim pun boleh berzikir, kerana itu kita kena ada perbezaan dalam zikir itu. Iaitu ia bukan hanya di mulut, tetapi juga di hati.
2. Mujahadah. "Say no to maksiat" Ajarkan sejak kecil hal ini. Kalau tak, memang mudah terpesong.
3. Doakan kepada Allah akan dipertemukan dengan orang yang soleh/solehah. Istiqamah dalam diri untuk jadi seorang yang soleh/solehah. "Orang yang baik jodohnya dengan orang yang baik"
4. Jodoh dah ditetapkan sejak di lauh mahfuz. Focus utk jd good Muslim.
  
Ustaz Aizam:
Dah Kahwin pada umur 20 tahun.
"Kahwin adalah wasilah/cara"
Kahwin ini cuma satu cara untuk atasi, iaitu cara terakhir. Sebelum itu, kena lihat apakah matlamat asal kahwin?

"Matlamat kahwin adalah untuk mendapat zuriat dan mendidik jadi orang berguna."

Terdapat tanggungjawab di situ. Bukan sekadar untuk melampiaskan nafsu. Orang yan kahwin hanya kerana itu menjalankan hanya separuh daripada tujuan kahwin. Menyebabkan anak-anak yang lahir terbiar, kerana tak sanggup menjaga mereka.

 "Kahwin sempurnakan 1/3 agama." Bermaksud, tanggungjawabnya berat.

 Kalau tetap nak kahwin awal, mulakan dengan memujuk ibu bapa dulu.

Kedua, jika masih belajar, kahwin gantung. iaitu kahwin tapi tak tinggal sama. Ustaz bercerita, semasa dia dah kahwin, pernah terjadi fitnah. Sebab dia masih belajar dan orang belum tahu dia dah berkahwin. Maka terdengar khabar tentang seorang muslimah bertudung labuh berpegang tangan dengan seorang lelaki bukan muhrim yang juga kaki masjid.

Hanya Dalam perhubungan suami-isteri, menjadi pahala, apabila misalnya menyatakan "i love u", "i miss u".

Cara lain dalam mengawal diri adalah untuk berpuasa. Puasa itu mengawal nafsu.

Akhi ALif:
Persoalan>Ada yang couple kerana tak dapat kahwin. Alternative atas alasan kahwin tu mahal.

Cinta itu fitrah. Walau sejak kecil, tak dapat di kawal. Mula di sekolah rendah, pantun "pen merah pen biru, u marah, i luv u". Di sekolah menengah, upgrade dari surat ditulis pensel ke surat ditulis pen. tulisan semakin puitis. Kemudian di universiti, upgrade pula ke SMS, atau Facebook. Semakin berbunga dan level up pantun nya.

Lihat analogi ini. Segelas air, apabila diletakkan satu sudu, okay jer. Sedap. Apabila diletakkan satu guni ke dalam segelas air, jadi mudarat. Ke'manis'an nya membunuh.

Cerita Ali dan Fatimah: Di malam pertama, Fatimah berkata kepada Ali, iaitu suaminya. "Sebelum berkahwin, aku pernah mengagumi seorang lelaki." Ali, merasa risau, lalu bertanya, "Siapakah dia?" Fatimah menjawab, "Kamu." 

Indahnya cinta zaman dulu, disatukan hanya dalam perkahwinan. Pastinya Fatimah berdoa kepada Allah agar disatukan dengan Ali.

Ada juga yang bercerita tentang couple Islamik. Sms kpd kekasih, "dah tahajud?" "Baca quran?" Tazkirah ke, apa ke, apa yang haram tetap haram. Khinzir, atau nama scientificnya bab1, tetap haram.

Satu analogi: Ada seorang hamba Allah yang terdengar haram memakan khizir. maka dia pun membawa seekor dan menyatakan ia boleh dimakan. Kehairanan, orang lain bertanya kenapa? Jawapannya: "Kerana dia ni solat 5 waktu tak pernah tinggal, bang. Saya jaga dia bersih sejak dia lahir. Dia puasa terlebih jam, dari 4 pagi hingga 8 malam. Tahajud tak tinggal". Haha. Walau macam mana diorang katakan, bab 1 tetap haram.

Ada juga alasan semasa couple nak cari keserasian. Itu cuma keserasian fizikal. Sepatutnya keserasian dari segi akidah atau agama. Apabila bergaul dengan orang soleh, maka kita akan jadi orang soleh. Barulah boleh dapat isteri solehah.

Kerana itu, penuhilah masa dengan aktiviti yang berfaedah. Jika kita cinta pada Allah, kita boleh memperolehi segala yang kita inginkan di dalam hati.

Ukti Mardia:
Persoalan> Pengaruh cinta kepada cita-cita.

Cita-cita kita, selalunya hanya pada dunia. Misalnya, CGPA anugerah dekan, jadi engineer, jutawan. Namun kita sebagai Muslim sepatutnya cita-kan Syurga Firdaus, syurga tertinggi peringkatnya. Orang yang mengejar dunia, kuat bekerja. Hingga batu nisan ada "list of achievement" Dia menyumbang itu ini. Tapi tak guna tanpa redha Ilahi.

Cinta bila mempengaruhi cita-cita:
1. kalau terkandas di Universiti, macam mana nak kerja?
2. nanti nak jawab apa dengan ibu bapa? Adakah alasan couple menganggu pelajaran satu alasan yang menyenangkan hati ibu bapa? 

Mungkin ada yang beralasan, terdapat mereka yang bercinta tapi tetap berjaya dalam pelajaran. Ya benar, pada neraca dunia. tetapi ilmu itu tidak diredhai Allah pada neraca langit.

Ilmu yang berkat sahaja yang akan berjaya juga di akhirat dan mendapat redha Allah.

 Kerana itu, untuk berjaya, kena start dengan redha dari dan cinta pada Allah, Rasul dan ibu bapa.

----------------------------------------

Monday, December 19, 2011

Meraikan hari Krismas?


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Assalamualaikum.

Dalam beberapa hari lagi, cuti universiti akan bermula. Ketika itu, perayaan Kristmas dan Tahun Baru Cina akan disambut mereka yang menyambutnya. Saya mula menyedari hal ini ketika saya duduk bersama 'classmates' di Youth Floor (Pusat Pelajar). Saya tak tahu apa yang sebenarnya mereka nyanyikan disitu, namun rasanya itu Kristmas Carol. Terdapat juga perasaan terkejut semasa mengetahui 'rosary' dalam satu iklan Thursday Gathering itu serupa dengan tasbih. Dalam hal ini, timbul persoalan tentang adakah umat Islam memberi ucapan selamat serta turut menyambut hari Kristmas. Persoalan dijawab Ustaz Zamri dengan bersahaja. :) Saya cuba kongsikan dengan kalian apa yang saya dapat dan faham.

Mari kita lihat dalam surah Al-Kafirun kembali. Satu surah yang selalu saya gunakan dalam solat, kerana ceteknya ilmu menghafaz Quran buat masa kini.

  1. قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
  2. لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
  3. وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
  4. وَلا أَنَا عَابِدٌ مَا عَبَدْتُمْ Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
  5. وَلا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
  6. لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku

 Secara ringkas, ia menyatakan, "Kamu beramal dengan agama kamu, kami beramal dengan agama kami." Disini, terdapat ketegasan di mana kita tidak menyamakan amal ibadah kita dengan orang bukan Muslim. Namun, terdapat juga hikmah tersirat, iaitu Islam menghormati mereka dalam mengamalkan agama.

Dapat kita lihat dalam sirah Nabi, bagaimana Rasulullah s.a.w. selepas hijrah bergaul dengan masyarakat majmuk di Madinah. Bagaiman keadaan masyarakat itu yang asyik berperang, terutama berlainan agama, boleh hidup aman damai, berjual beli dan bersatu padu dalam mempertahankan Madinah. Terdapat satu peristiwa dimana kaum kafir pernah membuat bantahan, maka piagam Madinah diwujudkan untuk menjaga hak semua orang.

"Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing."
Salah satu isi kandungan Piagam Madinah

Disini, Ustaz turut mengingatkan tentang jenis kafir yang ada. Ada yang perlu diperangi, dan ada yang tidak boleh diperangi, iaitu kafir zimmi. Ah, Kiranya ada yang tersilap, tolong perbetulkan. Dalam adab perang, sebahagian larangan Rasulullah ialah jangan memusnahkan rumah ibadah, dan jangan menganggu orang yang berlindung dan beribadah didalamnya. Saidina Umar sendiri ketika membebaskan Masjidi Aqsa, membenarkan amalan agama Kristian di sana.

Kita turut menghormati hak mereka. Kita perlu menjaga hak syariat Islam disamping hak mereka. Misalannya, jika bacaan Quran sebelum azan Maghrib, ada yang mengadu bahawa ia mengganggu ketenteraman/ketenangan tempat itu, kita dibolehkan untuk menghormati mereka dengan tidak memainkan bacaan Quran sebelum azan Maghrib. Namun, jika kata mereka tentang azan Subuh menganggu tidur mereka, maka tiada compromise disitu. Kerana itu adalah hak orang Islam untuk melaungkan azan bagi menandakan waktu solat masuk dan memanggil ke masjid.

Berdasarkan itu, maka kita perlu menghormati mereka dalam merayakan perayaan mereka tanpa mengikut meraikan. Kerana jika kita menyerupai mereka, maka kita juga menjadi sebahagian daripada mereka. Sepertimana Hari Asyura, kita berpuasa di hari itu dan Yahudi turut berpuasa dan meraikannya. Namun untuk membezakan diri kita, kita hendaklah berpuasa sehari sebelum atau sehari selepasnya juga. Begitu juga menyimpan janggut dan memotong misai, manakala orang Eropah dan yang berkenaan menggalakkan menyimpan misai dan memotong janggut.

Kebetulan pula, selepas habis AGM (Annual General Meeting) COMPASS (Computer Asssociation), Miss Adeline ada menjemput untuk datang ke rumah terbuka nya. Ustaz berkata lebih kuran begini: Jika tukang masak Islam dan makanan halal di rumahnya, maka bolehlah datang. Tetapi ingat. Niat bukan untuk turut meraikan perayaan itu, tetapi untuk menjaga hubungan silaturahim dan perasaan.

Disini kita dapat lihat, betapa indahnya Islam. Kita masih menjaga hubungan dengan mereka, mana tahu, menjadi as-sabab datangnya hidayah kepada mereka untuk mengkaji Islam dan akhirnya kembali ke agama Islam, agama hak mereka sejak kecil.

Saya tak pasti tentang diri saya pula. Saya masih belajar, lambat sedikit kematangan dalam kehidupan ini. Namun, Insya-Allah, ilmu sedang ditimba, ujian sedang diharungi, demi Allah, akan saya usahakan untuk mempunyai akidah benar dan akhlak yang mulia. Jika baik, datang dari Allah, jika kurang, kerana saya adalah manusia biasa bukan maksum, bukan dikurniakan-Nya hikmah kebijaksanaan. Wallahualam.


Bersaksilah Allah, usaha kecil hambaMu ini dalam tabligh(menyampaikan) walaupun sedikit.
Muhammad Azri bin Jasni
Biro Pengkaderan
UiTM Samarahan
ISMA Sarawak

Monday, December 12, 2011

Diploma VS Risalah (04/12/2011)

Assalamualaikum. Ini adalah catatan kecil seorang hamba Allah. Nukilan sebahagian adalah cedokan dari ilham yang Allah kurniakan. Maka mungkin lain pemahaman, lain cara penyampaian. Baik dariNya, kurang kerana saya sekadar manusia. Islam no 1, tapi study bukan no2. :)

 Diploma vs Risalah (04/12/2011) 

Diploma adalah sekadar "folded paper"
 First. apakah diploma? Ianya adalah sehelai kertas. Google, dan maksud pertama kita dapat adalah "folded paper". Kenapa kita begitu mengejar sehelai kertas ini?

 Peluang Bekerja? Gaji tinggi? Ilmu di dada? Sekadar kepuasan hati?

 Second. apakah Risalah? Ia bermakna membawa "message" Islam untuk diri dan orang lain. Apabila ada orang yang tak solat, adakah kita sekadar tak kisah? "Biarlah." "Malaslah."

 Third. Achievement. Kita kena lupakan kejayaan lepas atau kegagalan yang lepasa. Kerana kalau kita dah daki gunung santubong, belum daki gunung kinabalu. kalau terjatuh, bangun kembali untuk capai objektif. 

Fourth. Ambition. Aim/Aspire as high as I can climb.

 Fifth. Perjalanan yang jauh untuk berjaya perlu bekalan. Iaitu cita-cita, azam dan rohani.

 Cita-cita: apakah yang saya mahu jadi? Top Programmer in Malaysia.
Azam: Saya berazam kuat, maka kena berterusan belajar programming language. Kalau jatuh, tetap bangun balik dan terus ke hadapan.
Rohani: Disamping ilmu kifayah(programming), saya menimba ilmu dari kuliah/majlis ilmu yang ada. agar kekal imanku pada arah yang benar, niat hanya kerana Allah. Sebagai penenang hati dan motivasi.

 Six. Hassan al-banna kata:

"Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran."

 "Inilah saya. Anda pula Siapa?"

 Seven. Muslim yang belajar, kena tahu keadaan masyarakat sekeliling. Peka dengan perubahan. Apakah yang berlaku pada saudara kita di negara lain? Sanggup kita bermain, makan lebih dari yang mampu, sambil leka menonton cerita korea semasa mereka terbunuh, ditindas dan kelaparan?

 Eight. Kita kena segak. Muslim always looks cool, great, hebat. Pastikan diri sentiasa kemas, sikat rambut, dan sentiasa datang tepat pada masa. Kalau lambat, denda tekan tubi 5 kali. (Sekarang tengah hutang 25, insya-Allah lepas ni langsaikan).

 Nine. "Pemuda yang membesar dengan ibadah kepada Allah swt" adalah salah satu dari golongan yang mendapat naungan di padang masyhar.

Nota kecil Kuliah Maghrib UiTM Sarawak (Isnin 05/12/2011)

Kuliah Maghrib UiTM Sarawak
Isnin 05/12/2011

*Ustaz cerita tentang 10 orang dijamin syurga*

"...boleh dapat apa-apa yang terdetik dihatimu..."
Itulah keadaan di syurga. Syurga atau jannah tempat nafsu akhirnya boleh dipuaskan /

disempurnakan. Kerana tu, kena sabar di dunia untuk berjaya.

Kita kena ingat doa khusus kepada ibu bapa & sahabat. Orang yang berdoa untuk orang

lain akan didoakan oleh malaikat.

Kenapa 10 orang sahabat itu dijamin syurga?
 -> Kita kaji selidik kehidupan mereka. Itulah kepenting belajar sirah atau sejarah

atau History. Orang berjaya mempelajari sejarah.

Sebagai seorang yang beriman, kita jangan tergopoh-gapah. Stay cool, tenang. Kenapa?

Kerana kita dah siap sedia. Perasaan tergopoh-gapah ini gangguan syaitan.

Kalau nak berjaya, kena istiqamah/usaha yang berterusan. Seperti membaca quran,

tahajud, puasa dan ikuti majlis ilmu. bukan pasal amalan banyak kita masuk syurga.

Ikut jalan Nabi (sunnah) untuk capai destinasi, jalan para sahabat. Apa yang org

berjaya lakukan, kita lakukan juga. Maka hasilnya InsyaAllah pasti sama.

Jangan tasybbuh. (ikut/tiru) iaitu perempuan menyerupai lelaki dan sebaliknya.

Banyakkan berdoa.

Soalan: Terlalu banyak baca Quran?
-Mereka tak sempat berdoa, maka kehendak hati dia dipenuhi dengan sendiri tanpa

diminta.

Ingat berdoa untuk orang lain. kerana malaikat akan berdoa: "Untuk kau juga."

Tuesday, December 6, 2011

Bengkel Memupuk Kepimpinan (25 November 2011)


Assalamualaikum.

Ini adalah nota ringkas saya, maka ia adalah berdasarkan kreativiti dan kefahaman penulisnya. Bengkel ini amat memberansangkan bagi saya yang selalunya kurang berkeyakinan.

______________________________
Oleh Akhi Abdul Rahman
Anjuran ISMA Sarawak
Bertempat di Dewan Suarah



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Slot 1:
Pada zaman kesultanan melayu melaka, para bangsawan wajib mengetahui sejarah. Para pemimpin tahu sejarah.

Orang Portugis yang datang ke Melaka, berkata:
Malay -> Knowledgeable
Malay -> Well-Groom
Malay -> Berani
Malay -> Wealthy

Semangat Assabiah penting -> sifat kekitaan. Melindungi kepentingan kaum, bukan yang menindas lain. Tiada nas dari Al-Quran dan Hadis yang melarang. Misalnya, kita sangat sayang ibu bapa kita, bukan ibu bapa jiran kita. Kita sayang tempat lahir kita, bukan sayangkan negara lain pulak. Sama juga bagi kaum atau bangsa kita, kita bangga dan sayangkan kaum kita sendiri.

Di Melaka, kita dah tak nampak ciri-ciri Islam atau Melayu. Tiada masjid. Kerana Portugis hilangkan kesan agar generasi baru lupakan sejarahnya yang gemilang dan terbilang.

----
aktiviti
sejarah vs math: mana lebih penting
----

orang cina dapat cakap tentang kepentingan kaum mereka, bila melayu cakap dikatakan ada sifat perkauman, tidak adil dan macam-macam lagi.

**penulis - macam Malay-phobia lak **

----
aktiviti
bermimpi dan catatkan impian anda dalam 10 tahun. Esok btau.

In 10 years, what I want to be?
->bekerja sebagai programmer - habiskan master -> System analyst
->Baitul Muslim / bekeluarga
->Islamic software writer
2012-----2015-----2017----2018-------2020-2021
Diploma  Degree   Master  Programmer SystemAnalyst
----

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Slot 2:
Time is important. Datang awal. Jalankan program tepat masa.

letak timeline untuk impian.

Daulah Islamiah
------
Jatuh pada Mac 1924.
IM diwujudkan oleh alBanna pada 1928

**penulis: Conclusion segala kata-kata beliau: **
1. Mesti inginkannya. mahu atau tak.
2. Believe there is always a way.
     Memasukkan 10 orang dalam lubang sehelai kertas A4 lebih susah. Dan kita mampu.
3. Find the way.
4. Dapatkan.

**ConFiDenT

*Important* Need very clear, focused vision.
Kalau ada bot, terdapat 2 destinasi, Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Pengemudi bot ingin ke Pulau Langkawi, tetapi tiada radar atau GPS untuk menunjukkan arah. Maka dia menuju ke Pulau Langkawi, tetapi ragu-ragu. Then dia tukar arah. Kini menuju ke Pulau Pinang. Tetapi apabila hampir sampai, dia ragu-ragu, lalu tukar arah lagi. In the end, dia kehabisan minyak dan ....

Pernah ditanya, "Kenapa Turki dapat Kemerdekaan, Arab masih dijajah?"
Dijawab pemimpin negara itu, "Kerana Turki hilang semangat, takkan bangun, tiada khalifah"

Sedikit Kata-kata al-banna:
"Wahai umat Islam, ini zaman untuk bangkit, untuk bangunkan bangsa kita. Kita ditakdirkan untuk larhi zaman umat yang lemah. Kita kena bangkit dan bangun. Bina diri kita. Janji Allah akan ganjaran. Kriteria: 1. Kemahuan yang tinggi. 2. Tidak mahu digugat dengan lemah, malas. 3. Kesetiaan. 4. Fahami prinsip perjuangan.

Kelak ditanya dihadapan Allah, kenapa tidak ambil balik negara-negara Islam?
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Slot 3:
Visioning
------
STEPS 4D:
1. Dream (cita-cita)
2. Decide (buat keputusan pilihan). "Mahu atau tidak?"
3. Determine (tentukan). "Rancang"
4. Displine (Displin)

Jgn tak buat pilihan->Sepenuh hati->Berdegil untuk capai impian.

Buat statement SETIAP :
S - Siapa
E - Ekonomi
T - Tahun
I - Islam
A - Akhlak
P - Peranan Sosial

bila orang lain lemah, kita kena CHARGE mereka!

conclusion:
1. Niat
- apa kita nak
- sentiasa ulangi dalam diri kita
2. Buat apa yang orang berjaya buat, hasilnya sama dengan orang yang berjaya tadi.
3. Success is not an accident
-Usaha -> Rancang -> Dapat
4. Transformasi / Hijrah
-Tukar cara berfikir =>Mesti boleh
-camna? nanti kita dapatkan caranya.
5.Tabah
-tidak putus asa
6. Dalam kemampuan diri
-usaha

*Masukkan 10 orang dalam lubang kertas A4 lagi susah. :) *
------------------
Soalan 1: Apakah ciri-ciri ______orang yang berjaya_____?
Soalan 2: Adakah anda mempunyai ciri-ciri tersebut?
Soalan 3: Apakah tindakan anda seterusnya?

------------------
"Play the Character"
"Mind over matter"

-jgn tunjuk lemah -lagak kuat =so= jadi kuat
-jgn kata stress - kata "OK! Mesti Boleh!"

----------------
Lagi kata kata penting dari penceramah:

Perlu:
1. Mencetuskan potensi diri
-bangga (izzah) dengan bangsa
-latih bertubi-tubi dengan tarbiah/latihan
2.memperkasakan kefahaman mengenai potensi diri
3.melakar visi sejajar dengan organisasi
-kena buat visi
-percaya diri
-jgn merendah kemampuan anda
- U R > U R...
- You are more than what you are.
-U R unstopable.

------------------
1. tahu matlamat/hala tuju hidup
2. amalkan ikut hala tuju ini.
3. Hingga matlamat tercapai
4. Jangan leka, alpa
5. Jangan ikut membabi buta.


_____
http://pembina.com.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...