Friday, March 30, 2012

Menulis kembali


Apabila saya mahu belajar, sering kali saya tergoda dengan permainan computer yang ada di dalam laptop aceer ini. Exam terakhir ini ialah exam visual programming, jadi saya perlu membuatnya dalam computer. Terlalu hebat kalau saya programming tanpa laptop.

Jadi, terasa macam, malu dengan Allah. Allah kurniakan saya sedikit kemampuan untuk belajar lebih mudah dari orang lain. Walaupun orang lain boleh lebih faham dan mengajarkan kembali, saya dari segi menjawab kertas soalan agak mudah setelah saya kaji.

Tapi, malulah jika tidak berusaha. Talent tak berguna tanpa usaha. Malah, Dr Fadhilah Kamsah, seorang pakar motivasi menyifatkan kreativiti itu boleh dilatih dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Minda yang kreatif.

Kerana itu, saya delete semuanya game computer saya. Kemudian, saya fikirkan alternative lain, iaitu membaca buku. INi kerana, tadi saya telah membaca hampir separuh terakhir novel Syahadah Cinta dalam 2 jam. Kisah yang menarik untuk satu novel tarbiyah, tetapi kurang kredibiliti pada pandangan saya kerana Iqbal membenarkan perhubungan seperti adik-beradik dengan seorang Muslimah bukan mahram yang juga anak kepada Kiai-nya. Perhubungan perlu dibatasi, sifat kasih seperti abang dan adik itu menimbulkan fitnah dan lebih dekat kepada zina, sepertimana masalah yang berlaku di dalam novel itu. Mungkin itu tujuan novel tersebut.

Saya menginginkan diri saya membaca lebih banyak. Saya bertanya kepada ustaz buku-buku yang patut say abaca. Antara yang dikatakan ustaz azwan ialah Riyadus solihin, apakah erti saya menganut islam, dan membaca kitab yang dikarang nama-nama yang terkenal, juga dgn title yang terkenal serta membeli dari MPH. Rupa-rupanya MPH itu nama seorang Muslim yang mempunyai premis perniagaan  tersebut. Jadi, buku disitu ada agak ditapis, tidak ustaz pernah lihat karya yang menyesatkan.

Teringat e-buku yang saya simpan, juga ada buku pdf ‘apakah erti saya menganut Islam’ oleh fathin yahya. Membaca tadi sebentar, lalu Allah kurniakan rasa mengantuk melalui gangguan syaitan, jadi baring sebentar sebelah laptop. Kemudian, segar kembali lalu mula memscan pelbagai document e buku yang saya download.

Terjumpa la buku ‘Lonely Writer’ yang menyatakan pada beberapa page pertama buku itu mengingatkan tentang bagaimana menulis. Pertama, ‘Less Desire’ dan kedua, ‘contentment’.  Ia menyuruh kita menulis tanpa menghiraukan ego kita untuk membuat yang terbaik. Jadi, saya pun menulis apa yang saya tulis ini. :)
Permulaan bagi karrier penulisan dakwah yang agak terbantut sekarang.

Dakwah Pena. Ingat kembali masa saya menulis artikel dahulu. Saya memberikan artikel, samada ditulis sendiri atau tulisan orang, kepada classmate sendiri.

Wednesday, March 28, 2012

Nota Kuliah Selasa Hadis Ke-6


Kuliah Selasa 27 Mar., 12
oleh Ustaz Abd Rahman


Hadis ke-enam:
Diriwayatkan daripada an-Nu’man bin Basyir r.’anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya yang hala itu jelas, dan yang haram itu juga jelas. Antara kedua-duanya pula, terdapat perkara-perkara yang diragui dan tidak diketahuia oleh ramai manusia. Sesiapa yang emelihara dirinya daripada perkara-perkara yang diragui, dia telah membersihkan agam dan kehormatannya. Sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang diragui, dua telah terjatuh ke dalam perkara haram, seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan. Haiwan peliharaannya hampir-hampir meragut di dalam kawasan itu. Ingatlah, sesungguhnya setiap raja ada kawasan larangan. Ingatlah, sesungguhnya kawasan larangan Allah ialah segala perkara yang diharamkan-Nya. Ingatlah, sesungguhnya di dalam jasad manusia, ada seketul daging yang apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh jasad. Ingatlah, ia adalah hati.”
Hadis riwayat oleh Al-Bukhari dan Muslim.

Dikataan terdapat 4 hadis yang menjadi pokok Islam. Antaranya ialah hadis pertama dan hadis ini.
Jumhur ulama menyatakan pentingnya hadis ini. Pokok perbincangan hadis ini:

1. Halal dan haram itu jelas.
2. Perkara syubhat
3. Berhadapan dengan syubhat
4. Peranan hati

Halal = tidak dilarang dan terang hukumnya
e.g.: makanan (musang buah, tupai), minuman, pakaian dari benang & bulu yang tidak dilarang, pekerjaan halal
Tupai adalah harus dimakan. tupai bukanlah dikategorikan sbg binatang buas ataupun binatang yg suka kepada kekotoran. Tupai adalah sejenis haiwan yg suka memakan tumbuhan/sayuran. ia tidak beracun dan tidak membahayakan manusia.
Manakala, monyet atau kera adalah binatang yg buas, melawan manusia.รพ
Dari Abu Tsa'labah bahawa Nabi s.a.w melarang dari memakan setiap binatang buas yang bertaring(Hadith riwayat Muslim)
Perlu diketahui bahawa hadith ini mutawatir sebagaimana ditegaskan Imam Ibnu Abdil Barr dalam At-Tamhid (1/125) dan Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah dalam I'lamul Muwaqqi'in (2/118-119)
Maksudnya "dziinaab" yakni binatang yang memiliki taring atau kuku tajam untuk melawan manusia seperti serigala, singa, anjing, harimau, beruang, kera dan sejenisnya. Semua itu haram dimakan". (Lihat Syarh Sunnah (11/234) oleh Imam Al-Baghawi).
Hadith ini secara jelas menunjukkan haramnya memakan binatang buas yang bertaring bukan hanya makruh saja. Pendapat yang menyatakan makruh saja adalah pendapat yang salah. (lihat At-Tamhid (1/111) oleh Ibnu Abdil Barr, I'lamul Muwaqqi'in (4-356) oleh Ibnu Qayyim dan As-Shahihah no. 476 oleh Al-Albani.
Rujukan

Haram = dilarang dan terang hukumnya
e.g.: bangkai, tidak dibaca bismillah, khinzir, kuching, haiwan dua alam, mendedahkan aurat, arak, mencuri, menfitnah dan riba.

Syubhat = tidak jelas haram dan halal, tiada nas padanya dan ramai yang tidak mengetahuinya.

Ulama mengkategorikan kepada 3 jenis syubhat:
1. Diketahui haram tetapi diragui keharamannya. E.g.: Haiwan yang tidak pasti cara penyembelihan
2. Halal tetapi diragui kehalalannya. E.g.: Ragu tentang hadas tetapi yakin telah bersuci
3. Sesuatu tiada petunjuk samada halal atau haram. Ia baik ditinggalkan. Sebagaimana peristiwa Rasulullah s.a.w. ketika menemui sebiji kurma di dalam rumahnya dan bersabda: “Kalau aku tidak takut kurma ini ialah zakat, pasti aku telah memakannya.”

Jika makan haram, ia akan menggelapkan hati walaupun tidak tahu. Seperti kisah imam Syafie.

Hadis: “Tinggalkan sesuatu yang meragukan kamu untuk berpegang pada sesuatu yang tidak meragukan kamu.”

“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, janganlah dia berada di tempat atau situasi yang boleh ditohmah.”

Jangan terlalu berhati-hati yang melampau – ada unsur halisuinasi dan bisikan syaitan. Misalnya berkali-kali takbiratul ihram kerana cuba memasukkan niat. Sepatutnya begitu mudah untuk dilakukan.

Hati(jantung) ialah organ yang boleh berfikir dan raja segala anggota. Baik amal datang dari baik hatinya.

Tidak bertudung = tidak baik hatinya. Ada akan mengatakan, asal hati baik. Hati mmg tak baik kalau tidak bertudung pun.

Pengajaran
Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan memahami halal dan haram. Kita perlukan ilmu, dan usrah tidak mencukupi. Ikuti majlis-majlis ilmu, ceramah, forum serta banyakkan membaca.
Jauhi syubhah. Sebahagian daripada sikap warak termasuk menjauhi syubhah. Ketaqwaan melibatkan terlalu takut dalam melakukan perkara haram, hingga perkara harus pun ditakuti menjadi haram. Misalnya main game, Facebook dan tidur.
Jauhi perbuatan dosa kecil, kerana sering kali akan membawa/mengheret kepada dosa biasa.
Memberi perhatian kepada masalah hati

Sunday, March 25, 2012

Syria : Perjuangan Kebebasan

Assamualaikum.Sedikit usaha dari saya dilakukan untuk membantu rakyat Palestin dari segi cuba tidak membeli barang yang berkaitan dengan Israel Zionist. Sekali-sekala meng-share hal-hal berkaitan.

 Namun, saya terkejut apabila saya menonton satu youtube video budak Syria. Dia menceritakan tentang abangnya yang mati, dan diletakkan mayatnya dalam beg di hadapan pintu rumahnya in pieces hanya untuk menuntut kebebasan dari ke-diktatoran pemerintah. Bapanya di tembak mati di hadapannya.



Apakah yang berlaku di sana?


Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.
Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat.
Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan.
Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

 Satu berita kecil dari Berita Harian Online.

62 terbunuh dalam keganasan di Syria


2012/03/23

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 62 terbunuh dengan lebih separuh daripadanya membabitkan orang awam dalam keganasan terbaru yang tercetus di seluruh Syria, semalam. 

Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, seramai 35 orang awam terbunuh dalam serangan tentera di wilayah tengah Syria di Hama dan Homs, serta di Wilayah Idlib di barat daya dan di Daraa, bahagian selatan negara itu.
Pertumpuran juga tercetus menyebabkan 27 askar terbunuh, demikian kenyataan yang dikeluarkan badan yang berpusat di Britain itu.
Badan pemantau itu mendakwa, kehilangan nyawa yang tinggi ialah di Wilayah Idlib dengan 17 orang awam terbunuh oleh anggota keselamatan kerajaan, termasuk 10 orang akibat serangan berdarah di sempadan Turki. 

Semalam, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggeasa agar gencatan senjata dilaksanakan di Syria. - AFP 
Juga dari sebuah laman web:


Rupa-rupanya, terdapat maklumat benar tentang isu Syria yang telah ditapis media untuk membutakan mata kita. Sebahagian maklumat yang terlepas ini datang dari usaha orang yang mungkin telah syahid, dengan izin Allah untuk menyampaikannya kepada kita sekarang.

Reaksi Masyarakat?

Suatu pandangan dari sebuah NGO Islam:
"Kewujudan jurang pemisah yang begitu mendalam antara rakyat dengan pemerintah dilihat menjadi salah satu faktor utama kepada kemelut yang berlaku di Syria hari ini, jelas Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman. "Kewujudan jurang pemisah ini dan kelembapan pihak pemerintah dalam memahami kehendak rakyat menyebabkan mereka hilang kepercayaan sepenuhnya dan akhirnya membuat pilihan konfrontasi bersenjata,” kata beliau.

Fatwa menyeru pembunuhan Bashar




Manakala ulama besar di Al-Azhar mengeluarkan fatwa menyeru pembunuhan terhadap Presiden Syria Bashar Al-Assad:
“Bashar Al-Assad adalah pembunuh dan harus dibunuh,” kata Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir, kepada akhbar milik Parti Kebebasan dan Keadilan yang merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin, hari Rabu 14 Mac.
“Dia yang menaburkan peluru terhadap rakyatnya adalah perbuatan terkutuk dan penjahat perang yang wajib dihukum.”
Apakah Tindakan Kita?



Tidak kira kamu adalah Muslim atau tidak, ia adalah suatu fakta Syria sekarang diperintah oleh pemerintah yang diktator. Adakah kita sanggup melihat ibu, bapa, anak, adik-beradik kita dibunuh dihadapan mata kita? Itulah yang mereka alami.

 Seharusnya kita:

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.




 Rujukan (bacalah):
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/62terbunuhdalamkeganasandiSyria/Article
http://www.ismaweb.net/v4/2012/03/kewujudan-jurang-pemisah-antara-pemerintah-rakyat-punca-kemelut-syria/
http://www.harian-metro-online.com/apabila-mufti-besar-al-azhar-mengeluarkan-fatwa-wajib-bunuh-bashar-al-assad
http://hafizamri.com/apa-yang-berlaku-sebenarnya-di-syria/
http://hafizamri.com/kanak-kanak-syria-di-bunuh-kejam-oleh-rejim-bashar/
http://www.haluan.org.my/v3/index.php/kenyataan-media-gabungan-selamatkan-syria.html

Sunday, March 11, 2012

Positive Thinking


Tips For Positive Thinking

  1. Believe in yourself
  2. Recognize negative thoughts and stop them before they take over your mood.
  3. Remind yourself of your blessings.
  4. Take responsibility for your actions.
  5. If told something is impossible take it as a challenge to prove them wrong.
  6. Postie thinking is contagious - seek out positive people.
  7. Negative thinging is also contagious - avoid negative people.
  8. Get away from it all - de-stress. Take time for a little 'me' time.
  9. Take care of yourself - eat right and exercise.
  10. Read, learn a new hobby or take a class.
  11. Never lose sight of your goals.
  12. Surround yourself with things that you love and make you feel good.
  13. Make it a habit to think positively.


How to Implement Positive Thinking

  • Use positive language.
  • Praise God for all your blessings.
  • Say thank you many times a day.
  • Listen to inspirational talks and music.
  • Use a positive statement every day. Example: I am having a wonderful day.
  • Read an inspirational article or book section every day.
  • Surround yourself with positive quotes, sayings and inspiring pictures.

  • Create a vision board - cut out pictures of a house you would like to own, places you would like to visit, or body you would like to have after weight loss.

Saturday, March 10, 2012

Hadis Ghulam Dakwah


Kuliah Selasa 06 Mac 2012 :


“Binasalah dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit, yang berapi (dinyalakan dengan) kayu bakar, ketika mereka duduk di sekitarnya, sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yang beriman, dan mereka tidak menyiksa orang-orang mu’min itu melainkan kerana orang-orang mu’min itu beriman kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha menyaksikan segala sesuatu” [Al-Buruj (Bintang-bintang Besar), 85: 4-9]


 Pada masa masyarakat Mekah yang memeluk Islam di siksa, ayat surah ke-85, Al-Buruj [satu surah makkiyah] turun/nuzul sebagai motivasi. Ia terdapat 22 ayat yang membincangkan persoalan aqidah dan pegangan iman. Pada zaman Abbasiyyah, Islam menjadi kuasa besar/rujukan. Umat Islam terbela dan hidup mewah sehingga mula ada yang lalai. Setelah kejatuhan Turki Uthmaniyyah, daulah Islamiyah telah hilang. 


Islamophobia




Islamophobia mula berleluasa, walau di kalangan umat Islam sendiri. Keadaan umat Islam seluruh dunia adalah serupa dengan keadaan zaman awal Islam di Mekah, iaitu yang menegakkan kebenaran ditindas, dicemu, dimaki dan dipulaukan. 


Jadi apakah sarana Allah? Cuba fahami dari kisah ini.


 Ashabul Ukhdu

Haddab bin Khalid menceritakan kepada kami daripada Hammad bin Salamah daripada Tsabit bin Abdul Rahman bin Abu Laila daripada Suhaib bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ada seorang raja pada zaman sebelum kalian. Ia memiliki seorang tukang sihir. Ketika tukang sihir itu telah tua, ia berkata kepada sang raja, ‘Sesungguhnya usiaku telah tua dan ajalku telah dekat. Kerana itu, utuslah kepadaku seorang anak muda agar aku ajari sihir’.

Maka diutuslah seorang pemuda yang kemudian ia ajari sihir. Dan jalan antara raja dengan tukang sihir itu terdapat seorang rahib. Pemuda itu mendatangi sang rahib dan mendengarkan pembicaraannya. Sang pemuda begitu kagum kepada rahib dan pembicaraannya.
Begitu ia sampai kepada tukang sihir karena terlambat serta merta ia dipukulnya seraya ditanya, ‘Apa yang menghalangimu?’

Dan bila sampai di rumahnya, keluarganya memukulnya seraya bertanya, ‘Apa yang menghalangimu (sehingga terlambat pulang)?’

Lalu, ia pun mengadukan halnya kepada sang rahib. Rahib berkata, ‘Jika tukang sihir ingin memukulmu katakanlah, aku terlambat karena keluargaku. Dan jika keluargamu hendak memukulmu maka katakanlah, aku terlambat karena (belajar dengan) tukang sihir’.

Suatu kali, ia menyaksikan binatang besar dan menakutkan yang menghalangi jalan manusia, sehingga mereka tidak bisa menyeberang. Maka sang pemuda berkata, ‘Saat ini aku akan mengetahui, apakah perintah ahli sihir lebih dicintai Allah ataukah perintah rahib. Setelah itu ia mengambil batu seraya berkata, ‘Ya Allah, jika perintah rahib lebih engkau cintai dan ridhai daripada perintah tukang sihir maka bunuhlah binatang ini, sehingga manusia bisa menyeberang’. Lalu ia melemparnya, dan binatang itu pun terbunuh kemudian ia pergi. Maka ia beritahukan halnya kepada rahib. Lalu sang rahib berkata, ‘Wahai anakku, kini engkau telah menjadi lebih utama dari diriku. Kelak, engkau akan diuji. Jika engkau diuji maka jangan tunjukkan diriku.

Selanjutnya, pemuda itu bisa menyembuhkan orang buta, sopak dan segala jenis penyakit. Allah menyembuhkan mereka melalui kedua tangannya. Alkisah, ada pejabat raja yang tiba-tiba buta. Ia mendengar tentang pemuda itu. Maka ia membawa hadiah yang banyak kepadanya seraya berkata, ‘Sembuhkanlah aku, dan engkau boleh memiliki semua ini! Pemuda itu menjawab, ‘Aku tidak bisa menyembuhkan seseorang. Yang bisa menyembuhkan adalah Allah Azza wa Jalla. Jika Anda beriman kepada Allah dan berdo’a kepadaNya, niscaya Ia akan menyembuhkanmu. Ia lalu beriman dan berdo’a kepada Allah dan sembuh.

Kemudian ia datang kepada raja dan duduk di sisinya seperti sedia kala. Sang raja bertanya, ‘Wahai fulan, siapa yang menyembuhkan penglihatanmu?’ Ia menjawab, ‘Tuhanku’. Raja berkata, ‘Saya?’ ‘Tidak, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’, tegasnya. Raja bertanya, ‘Apakah kamu memiliki Tuhan selain diriku?’ Ia menjawab, ‘Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’. Demikianlah, sehingga ia terus-menerus disiksa sampai ia menunjukkan kepada sang pemuda. Pemuda itu pun didatangkan. Sang raja berkata, ‘Wahai anakku, sihirmu telah sampai pada tingkat kamu bisa menyembuhkan orang buta, sopak dan berbagai penyakit lainnya’. Sang pemuda menangkis, ‘Aku tidak mampu menyembuhkan seorang pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah Azza wa Jalla. Raja berkata, ‘Aku?’ ‘Tidak!’, kata pemuda. ‘Apakah kamu punya Tuhan selain diriku?’ Ia menjawab, ‘Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’.

Lalu ia pun terus disiksa sehingga ia menunjukkan kepada rahib. Maka rahib itu pun didatangkan. Sang raja berkata, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak. Lalu di tengah-tengah kepalanya diletakkan gergaji dan ia dibelah menjadi dua. Kepada pejabat raja yang (dulunya) buta juga dikatakan, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak. Lalu di tengah-tengah kepalanya diletakkan gergaji dan ia dibelah menjadi dua.Kepada sang pemuda juga dikatakan, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak.
Lalu bersama beberapa orang ia dikirim ke gu-nung ini dan itu. (Sebelumnya) sang raja berpetuah, ‘Ketika kalian telah sampai pada puncak gunung maka bila ia kembali kepada agamanya (biarkanlah dia). Jika tidak, maka lemparkanlah dia! Mereka pun berangkat. Ketika sampai di ketinggian gunung, sang pemuda berdo’a, ‘Ya Allah, jagalah diriku dari mereka, sesuai dengan kehendakMu. Tiba-tiba gunung itu mengguncang mereka, sehingga se-muanya tergelincir. Lalu sang pemuda datang mencari sampai bisa bertemu raja kembali. Raja bertanya, ‘Apa yang terjadi dengan kawan-kawanmu?’ Ia menjawab, ‘Allah menjagaku dari mereka’.

Kembali ia dikirim bersama beberapa orang dalam sebuah perahu kecil. Raja berkata, ‘Jika kalian berada di tengah lautan (maka biarkanlah ia) jika kembali kepada agamanya semula. Jika tidak, lemparkanlah dia ke laut yang luas dan dalam’. Sang pemuda berdo’a, ‘Ya Allah, jagalah aku dari mereka, sesuai dengan kehendak-Mu’. Akhirnya mereka semua tenggelam dan sang pemuda datang lagi kepada raja.

Sang raja bertanya, ‘Apa yang terjadi dengan kawan-kawanmu?’

Ia menjawab, ‘Allah menjagaku dari mereka’.

Lalu sang pemuda berkata, ‘Wahai raja, kamu tidak akan bisa membunuhku sehingga engkau melakukan apa yang kuperintahkan. Jika engkau melakukan apa yang aku perintahkan maka engkau akan bisa membunuhku. Jika tidak, engkau tak akan bisa membunuhku’.

Raja penasaran, ‘Perintah apa?’

Sang pemuda menjawab, ‘Kumpulkanlah orang-orang di satu padang yang luas, lalu saliblah aku di batang pohon. Setelah itu ambillah anak panah dari wadah panahku, lalu ucapkan, ‘Bismillahi rabbil ghulam (dengan nama Allah, Tuhan sang pemuda).

Maka (raja memanahnya) dan anak panah itu tepat mengenai pelipisnya. Pemuda itu meletakkan tangannya di bagian yang kena panah lalu meninggal dunia. Maka orang-orang berkata, ‘Kami beriman kepada Tuhan sang pemuda. Kami beriman kepada Tuhan sang pemuda. Lalu dikatakan kepada raja, ‘Tahukah Anda, sesuatu yang selama ini Anda takut-kan? Kini sesuatu itu telah tiba, semua orang telah beriman.
Lalu ia memerintahkan membuat parit-parit di beberapa persimpangan jalan, kemudian dinyalakan api di dalamnya. Dan raja pun bertitah, ‘Siapa yang kembali kepada agama-nya semula, maka biarkanlah dia. Jika tidak, maka lemparkanlah dia ke dalamnya’. Maka orang-orang pun menolaknya sehingga mereka bergantian dilemparkan ke dalamnya. Hingga tibalah giliran seorang wanita bersama bayi yang sedang disusuinya. Sepertinya, ibu itu enggan untuk terjun ke dalam api. Tiba-tiba sang bayi berkata, ‘Bersabarlah wahai ibuku, sesungguhnya engkau berada dalam kebenaran’.”

Nota penulis: terdapat 3 bayi yang diceritakan boleh bercakap. Nabi Isa a.s, bayi ini dan ???

(HR. Ahmad dalam Al-Musnad, 6/16-18, Muslim dan An-Nasa’i dari hadits Hammad bin Salamah. Dan An-Nasa’i serta Hammad bin Zaid menambahkan, yang keduanya dari Tsabit. Dan At-Tirmidzi meriwayatkan dari jalan Abdurrazak dari Ma’mar dari Tsabit dengan sanad darinya. Ibnu Ishaq memasukkannya dalam Sirah dan disebutkan bahwa nama pemuda itu adalah Abdullah bin At-Tamir)

nota penulis: dasar perjuangan membawa kebenaran pasti ditentang di akhir zaman. Kesudahan yang baik bagi orang yang bertaqwa.

Maklumat Ringkas Khutbah Jumaat 09 Mac 2012 di UiTM Samarahan


Dalam perkara cabang, terdapat berbagai-bagai pendapat atau khilaf di kalangan umat Islam. Namun, khilaf perlu dilihat sebagai membawa rahmat. Ia membawa kepada perbincangan ilmu yang seterusnya menambah koleksi ilmu Islam. [Nota: Sepertimana khilaf dari fiqah yang mewujudkan mazhab Syafie dan Maliki, namun tidak mengekang mereka dalam solat berjemaah dan bersama-sama mempertahankan kesucian agama Islam.]
Namun, khilaf dalam segi akidah adalah suatu ancaman. Seperti terlalu taksub pada kumpulan/jamaah atau guru. Sebahagian ahli terlalu taksub sehingga terus menolak apa-apa sahaja pendapat dari golongan yang lain. Ini membawa kepada perpecahan umat Islam yang melemahkan umat.

Hadis: “Terpecah umat Yahudi menjadi 71 golongan, terpecah umat Nashrani menjadi 72 golongan, sedangkan umat Islam akan terpecah menjadi 73  golongan”

Dari Abu Amir Abdullah bin Luhai, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan, bahwasanya dia (Mu’awiyah) pernah berdiri dihadapan kami, lalu ia berkata : Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berdiri di hadapan kami, kemudian beliau bersabda :Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kami dari ahli kitab (Yahudi dan Nashrani) terpecah menjadi 72  golongan, dan sesungguhnya umat ini akan terpecah menjadi 73  golongan. (Adapun) yang 72 akan masuk neraka dan satu golongan akan masuk surga, iaitu “Al-Jama’ah”.
http://heliconia.files.wordpress.com/2008/10/17-bahayasyiah-copy.pdf

Perpecahan dari segi iman akan membawa gejala sosial. Salah satu nya ialah bahaya syiah. Sekarang  mereka sedang menyebarkan muktabar syiah di seluruh negara.

Surah al-Maidah (ayat 72-73):
"Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam, padahal Al Masih (sendiri) berkata: Hai Bani Israel, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu.”

[Nota: ketika di Habsyah, raja di situ memutuskan untuk melindungi umat Islam yang berhijrah ke situ setelah memutuskan apa yang dipercayai umat Islam ialah apa yang dinyatakan oleh Nabi Isa a.s. tentang dirinya.]

Umat Islam patut mendokong usaha untuk melindungi akidah dan jamaah sunnah wal jamaah.

Sebelum menutup khutbah, diingatkan untuk merenung ayat An-Nisa:136:

“Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab- kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.”


Monday, March 5, 2012

Take 5 Before 5 Google Chrome theme

Assalamualaikum. I created this one theme when I felt like trying to create my own theme. Although the wallpaper is not mine, it was a good experience to actually upload something that may be used by others. I'm happy when sharing something with others. :)

Thursday, March 1, 2012

I Miss Ps

Ps = Passion = Photoshop < Programming
Assalamualaikum. Peace be upon you.

Its been a long time since the last time I wrote a blog post from my own mind in English. It also a very long time since the last time I play around with Ps (Photoshop). I miss it when I saw my previous works in making forum avatars and signatures.

In the past, I was someone that is really far away from Islam, my way of life. I was among those people that have it just in name in the identification card (MyKad). I am so shameful with myself that spend less time in reading Quran, even trying to avoid it as if avoiding big fire.

During that Dark Age, I found Photoshop. This experiences came from an awe feeling with a friend in an anime forum that can do many things, such as graphic design (forum signature and avatar), debating, art (in the theater thingy) and engineering (building technical items needed for the theater). "Wow", I thought. So I get myself into it.

As a quite slow learner and lack creativity, it takes me quite a while to learn it. Starting from hue/saturation adjustment layers, I learnt one by one skills in Ps. On that time, the most advanced version is CS3, but I was and still using CS2. I guess I am the old type of people, don't really like to change. Some of the design is really beautiful, those were the ones I saw just now that made me miss Ps.


Full Time Muslim
Islam = way of life

When finally reached UiTM as a Computer Science Diploma student, I started to lose time in making my little graphic design. Especially when I started coming closer to Islam, to making it my way of life, not just in name. Praise be to Allah, for giving my hope and guidance to current state. Also thanks to Prophet Muhammad p.b.u.h. And my parents, and family, and my degree seniors that already graduated from UiTM Samarahan and doing dakwah to me.

I want to do Ps again. I miss it. Less than mosque, programming and reading.

But, this job is more important. The job of the prophets that was passed down from this companions, until my seniors, until it reached me. The job of spreading the knowledge about Islam. I am thinking, "How am I going to make my passion in Ps one of the tools to spread knowledge about Islam?"

...ah. I see.

O Allah. Please help me in this.

There is no need for me to sacrifice my passion. I just need to redirect(PS) to my current job as one of its methods. :) Now, I just need to repair my laptop.  XD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...