Sunday, April 22, 2012

ISAC 2012 – Seminar Ibu Bapa Soleh Anak Cemerlang


FB Profile Picture
untuk promosi program
ISAC 2012 – Seminar Ibu Bapa Soleh Anak Cemerlang
22 Apr. 12 di Dewan Hikmah, PetraJaya, Kuching
9pagi-5ptg.

Assalamualaikum saudara-saudari. Ingin sekali berkongsi sedikit pengalaman dan merekodkannya dalam blog ini. Terasa seperti menjadikan blog ini journal atau diari pulak. Namun, program ISAC memang terasa perlu direkodkan. Jeng jeng jeng....

Pada awal pagi, bangun dan solat Subuh berjemaah di Masjid al-Qurawiyyen. [Tak pasti betul ke tak nama masjid ni. Yang penting, masjid yang kat UiTM Samarahan.] Kemudian saya tunggu ikhwah untuk ambikkan. Maklumlah, tiada pengangkutan seperti motor sendiri. Berpakaian simple, iaitu T-Shirt hitam Ikhwah Band buatan Brotherhood dan jaket ISMA, seluar slack hitam, bertolak dalam jam 7 ke Dewan Hikmah. Ikhwah yang lain semua pakai baju Melayu. Saya dilantik menjadi AJK Teknikal so, lain sikit.

Bunga yang akan jadi cenderahati, ada di dalam kereta akh Firdaus. Uh, bunga betul, bukan plastik. Tu semua risau...

Sampai ke situ, tolong-tolong sikit angkat barang, iaitu bunga tadi. Kemudian beberapa ketika selepas itu, ditakdirkan saya membantu di kaunter pendaftaran. Risau pulak macam mana nak deal dengan orang ni. Soft skill atau pengalaman bersama masyarakat tu kurang sikit. Alhamdulillah, ada ikhwah yang pandai dan Dr. Khairol pun ada. Yuran RM30, DBKU nampaknya sponsor beberapa puluh orang untuk hadir. Yay, jumpa akhi Azlan. :)  Juga perasan ada seorang Pegawai Perubatan dari UiTM Samarahan, tak sempat tegur.

Pendaftaran tamat jam 10 pagi, jadi miss sedikit la bahagian ceramah pemakanan. Ada juga tak dapat duduk diam sebab hampir tiada orang datang lepas pukul 8. Um, mana buku ISAC ni? Jap.
Ada seperti beg kecil yang macam cenderahati untuk peserta ISAC. Termasuk dalam tu ialah buku ISAC 2012 yang ada detail seperti jadual program. Slot 1: Your Food Is You! oleh Puan Shazamawati Binti Hashari. Kemudian rehat makan pagi setengah jam.

Slot 2: Anakku Sehebat Hasan dan Husin! oleh Ustazah Nor Saleha Binti Mohd Salleh. Bak kata akh Rizal, power syarahan dia. Memang sesuatu yang menakjubkan. Nota slide yang di beri menunjukkan beberapa perkara saja. Tetapi diterangkan dengan panjang lebar oleh Ustazah. Menyesal pulak saya tak bawa pen masa tu untuk catat secara terperinci. Ia dimulakan dengan beberapa cerita seperti gadis penjual susu yang dikahwinkan kepada anak Khalifah Umar al-Khattab. Umar bin Abdul Aziz yang digelar Khalifah ke-5 Khulafah ArRasyidin ialah keturunannya. Menunjukkan pentingnya agama dalam melahirkan anak yang cemerlang. Contoh perkara yang dinyatakan ialah perkara yang perlu di didik pada anak-anak.

Satu, minta izin. Sebaiknya beritahu suami atau isteri ke mana nak pergi. Ni tak, sekejap ada, sekejap takda. Tetiba hilang. Cuba camni.

“Bang, saya nak keluar kejap.”
“Nak ke mana?”
“Um, nak ke kedai.” Dalam hati, nak ke salon untuk buat diri cantik hadapan suami. Surprise. xD

Bila ibu bapa dah amalkan, automatic anak-anak ikut. Saya teringat orang Jepun dalam anime, selalu berkata perkataan tu, yang bila dia pergi sekolah(ittekimasu いってきま  = I’m Going) dan balik sekolah (tadaima ただい! = I’m Home! Walaupun translation kurang tepat, tetapi itu la maksud dari segi budaya dan adabnya)


Ada tak kat dalam rumah kita diamalkan sedemikian? Itu adalah adab yang perlu diterapkan dalam diri anak-anak. Tak la risau sangat. Kadang-kadang terbayang ada van berwarna putih berhenti dan menculik anak kita. Tak ke risau kalau langsung tak tahu mana dia. Kedua, makan bersama, berjemaah dalam hal tertentu. Juga amalkan syura atau berbincang. Dan wariskan Quran dan solat padanya.

Mana la tau, kot-kot kerana kita dah amalkan berbincang dengan semua ahli rumah, dia terus-terang cakap, “Mak, saya tak seronok la kena kongkong. Rasa nak lari rumah la.” Mana lebih baik, dia cakap atau dia terus hilang larikan diri? Ada kes di mana anak dara ni merancang penculikan dia sendiri. Saya tak paham... Kalau biasa berjemaah makan, bila ummi lambat sikit, si anak tunggu ummi datang dulu.
Macam kenal je...

Interesting point ialah bila Ustazah cerita pasal tips menghilangkan cemburu dengan suami. Ia semua sebenarnya tentang mengubah diri isteri untuk kelihatan menarik hanya di hadapan suami, ubah diri dulu dalam apa pun yang terjadi. Tutup dan tiada mekap di luar, buka dan bermekap di dalam rumah. Hehe, pegi salon. XD Terdapat juga ingatan untuk menjaga pergaulan walaupun dengan kawan-kawan lelaki suami. Tau la, isteri mereka nanti cemburu kalau bergurau senda macam biasa. Ada juga tentang memasak nasi baca bismillah, selawat dan ingat banyak pada suami, berdoa agar dicampakkan kasih suami kepada isteri sepertimana kasih yang Allah campakkan ke dalam hati isteri kepada suami.

Yang penting sekali, cerita tentang burung kecil yang cuba padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim a.s.. Dengan paruh yang kecil, ia cuba membawa air dan setitis air di jatuhkan atas api besar itu. Perbandingan: Walaupun perkara itu macam mustahil dan tak bawa kesan, tetapi telah pun berusaha untuk padamkan. Bagaimana pula dengan binatang lain? Apa yang mereka buat? Melihat api kemaksiatan di dunia seolah takkan dapat dipadamkan, namun adakah kita telah cuba untuk padamkan walau dengan usaha dakwah kecil di kawasan perumahan kita sendiri?

Banyak lagi sebenarnya, sayang sekali saya tak bawa pen. Saya lebih kepada seorang penulis nota yang setia kerana kurangnya keupayaan fokus dan lemah sedikit ingatan. Mengantuk pun ada, biasa la buatan masa majlis ilmu.

Lepas slot ini, kami rehat untuk solat Zohor dan makan tengah hari. Sayang saya tak sempat beli buku al-Ustaz dan minyak wangi. Ada berkira-kira pasal duit ni. :P
Anak-anak yatim menyanyikan lagu nasyid


Seterusnya, forum mengenai Membina Generasi Harapan. Ustaz Sarip bin Abdul memang bagus, saya ketawa sikit semasa Ustaz bercakap. Ahli panel yang lain seperti Ustazah Nor Saleha dan Ustazah Hasmida. Kemudian saya dipanggil untuk briefing AJK Teknikal dari Stage Master. “Okay, nampaknya saya tanpa pengalaman akan menjadi stage crew”, kata saya dalam hati. Dah la tak datang rehearsal atas alasan nak belajar.

CD Perasmian ISAC
Risau dan nervous semasa akh Firdaus cerita perkara yang kami perlu lakukan. Susah juga rupanya jadi orang berpakaian hitam atas pentas tolong susun mic dan meja kerusi ni... Ia senang, cuma nak buat jadi professional-look tu. Tapi Alhamdulillah, kami berjaya lakukannya. Majlis perasmian melibatkan seorang YB, bacaan Quran, persembahan nasyid dan gimik perasmian, serta penyampaian cenderahati. Kami yang berdiri atas pentas belakang tabir nervous gak. Kesian pulak tengok Akhi Firdaus yang manage kami.
Saya rasa sangat puas hati apabila buat kerja masa tu. Seolah-olah, ada satu sumbangan, walaupun kecil, tetapi ia adalah satu sumbangan kepada kerja dakwah. Sekadar sumbangan tenaga, tetapi pada program yang berjaya, dengan bilangan termasuk para ikhwah dan akhwat ISMA sendiri, mencecah 255 orang. Allah, teringat saya tak sempat nak usap kepala anak-anak yatim tu. Comel la mereka, dan pandai menyanyi nasyid. :) Kami berkemas barang, solat Asar, post-mortem dan balik.

Gimik yang mengejutkan
Kesimpulannya, ISAC akan diadakan lagi dalam bulan 8 kemudian, kalau tak silap. Alhamdulillah, program berjalan lancar dan akan diadakan dengan lebih cemerlang lagi. Apa yang baik datang dari Allah, yang kurang disandarkan kepada kelemahan kami, tetapi hakikat semuanya datang dari Allah. Sesiapa yang ingin bergabung dengan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), boleh saja hubungi saya atau mana-mana ahli. Jom jadi seperti burung kecil yang cuba memadamkan api yang besar. Wallahualam.

Tuesday, April 17, 2012

Nota Taujihad Usrah 15 April 2012


disclaimer: Saya menulis nota secara ringkas dan mengikut yang saya suka tulis. :P

Mukadimah
"Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai." (Surah al-Hajj, 22:5)

Tentang kejadian manusia, asal-usul manusia.

Dalam tarbiyah ada tahap-tahapnya. Kena sentiasa tingkatkan diri. [LVL UP!] Jangan pulak kurang balik tahapnya.

Kata-kata yang unik : Beramal untuk melahirkan diri yang subur, lalu boleh melahirkan orang lain yang juga subur serta menyuburkan orang lain. [bahasa tumbuhan :P]

Amal Jamaie

  • Tindakan / dilakukakan secara berjemaah/berkumpulan/berorganisasi
  • Fitrah manusia memerlukan orang lain [Fitrah qaniya -> kita perlu amal jamai. Seperti semu
  • Terutama dakwah perlu kerjasam / amal jamaie
  • Kenapa perlu? [Kepentingan amal Jamaie]
  1. Perlu gabung untuk capa objektif. Setiap orang mempunyai potensi berbeza. Ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Masing-masing mencover kelemahan orang lain.
  1. Keperluan manusia untuk saling membantu. Dalam kapal terbang, perlukan passenger untuk duit, pilot untuk pandu, pramugara dan pramugari untuk layan passenger dan bantu pilot. Juga tidak dilupakan mekanik, tukang isi minyak, pembuat kapal terbang, pembekal minyak, pembuat air, pembuat makanan, bla bla bla...
  1. Keperluan harakah - perlu bantuan dan saling tolong-menolong di antara ahli jemaah. Contoh, ahli jawatankuasa ISAC 2012 bukan seorang.
  1. Wajib. Allah tentukan dalam Quran As-Saff:4. Syariat Islam adalah untuk berjemaah seperti didalam solat dan musafir. Ajak orang untuk menjalani hidup Islam yang sebenar. Kita perlu dakwah, bukan dakwah perlu kita. Guna untuk capai tujuan sebenar kita : menjadikan Islam rujukan utama seluruh alam dan mendapat syurga Allah.
  • Allah janjikan syurga untuk orang yang berdakwah. Jadi kita kena berusaha bersungguh-sungguh. Timbulkan dakwah dan tarbiyah di dalam masyarakat. Titu sebabnya buat banyak program. 
  • Kata-kata unik: Usrah/tarbiyah seperti nasi kosong, manakala program tambahan seperti lauk-pauk. Itu perumpamaan beramal jamaie dalam program-program jemaah kita.
  • Tanpa amal jamaie, tiada kekuatan dan kurang bergerak. ABIM, dulu sangat kuat, tetapi sekarang senyap kerana kurangnya kekuatan amal jamaie.
  • Qiyadah = pemimpin. Ustaz Abdullah Azik dan Dr. Khairol contohnya.
  • Jundiyah/Jundi = yang dipimpin. Terikat pada ketaatan dan ukhuwah.
  • Galakkan amal jamaie di kalangan ahli jemaah.
  • ISMA - salah satu jemaah minnal Muslimin. Seperti PAS, IKRAM, ABIM, PERKIM, Tabligh. Bukan menyatakan kita adalah jemaah Muslimin (satu frasa mengenai jemaah benar dan wajib di ikut, tidak boleh ada jemaah lain). Itu hanya bagi Khalifah, seperti masa Khalifah Ar-Rasyidin.
  • Apabila sistem khalifah kembali, maka tiada lagi jemaah. Semua akan berwala' / taat kepada khalifah, dan hanya satu jemaah Muslimin.
  1. Yakin pada jalan kami, lalu kena menyertai/bergabung dengan kami.
  1. Sekiranya tidak, sertai jemaah lain.
  1. Sekiranya tidak juga, buat jemaah sendiri.


3 Pilihan Kita
Khalifah telah hancur. perlu berjemaah. Jemaah akan bersatu? Impian.

Wallahualam. :)

Friday, April 6, 2012

Apakah itu Ruhul Jadid?

Assalamualaikum.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan Ruhul Jadid. Adakah ia mengenai kumpulan nasyid?

Hari ini hari ini kita kan berjuang 
Jangan ragu jangan takut hadapi rintangan 
Maju langkah rapatkan shafmu di medan perang...

Atau salah satu peng-pirate-an sebuah blog lain? Google it. :P

Ruhul Jadid dari segi bahasa 'semangat baru' atau 'ruh yang membawa pembaharuan'. Namun, yang saya maksudkan ialah ia merupakan brochure, uh bukan, artikel, uh bukan... um... entah. Sesuatu kertas yang kita selalu lihat disebarkan di masjid ketika hari Jumaat. Nama asalnya ialah Ar-Ruhul Jadid dan ia pernah diusahakan sekumpulan senior di UiTM Samarahan.  Antara mereka ialah akhi Saiful, akhi Hanif, akhi Afiq dan akhi Firdaus.Mereka menyebarkan di kalangan ahli jemaah Jumaat di Masjid al-Qurawiyyen di sini.

Namun, dalam setahun lepas, mereka telah graduate kecuali seorang. Maka, hilanglah salah satu usaha dakwah pena yang pernah wujud di UiTM. Keinginan saya untuk menghidupkannya kembali akhirnya terlaksana dengan bantuan ikhwah di sini. Design berlainan dari yang asal, tetapi saya agak berpuas hati buat masa ini. Kelemahannya ialah....

Saya graduate semester ini.

Ya Allah. Oh well, dakwah fardiyyah lebih penting, hanya saja saya lebih berkebolehan dalam hal ini. Bukannya saya tulis sendiri pun pengisiannya, hanya mencantum isi2 di dalam internet dari iLuvIslam misalnya. Usaha kecil hambaMu ya Allah. Mudah-mudahan ada yang meneruskannya kelak. Akhi Afiq yang mencadangkan agar direkod di satu tempat agar mudah dirujuk dan diketahui artikel mana yang pernah digunakan.

Wallahualam. Sila la baca blog ini untuk mendapatkan info mengenai Islam. Ingin mengetahui lebih lanjut? Hubungi saya di 019 844 tekan tekan tak dapat. :)

Ruhul Jadid : Polemik Kecelaruan Identiti

Isu 30 Mac 2012



Ruhul Jadid : Cara Rasulullah Saw Menjaga Diri

Isu 23 Mac 2012


Ruhul Jadid : Mengharap Maksum

Isu 06 April 2012


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...