Wednesday, November 30, 2011

Nota Ceramah Selasa (22 November 2011)


Dalam perjalanan hidup manusia, mereka mencari arah tujuan. Ada yang mengambil jalan sendiri, jua ada yang memilih jalan fitrah panduan agama.
Tujuan hidup:

1. Manusia hidup untuk makan/minum
makan untuk hidup atau hidup untuk makan?
2. Manusia sibuk dengan kebendaan.
mengejar harta dunia
Al-Quran 3:134.
Isu semasa: Seksualiti merdeka (1-13 Nov)
-mereka menyatakan manusia ada yang berbeza. Lahir lelaki tetapi perempuan dan sebaliknya. kata mereka, itu 'fitrah'. Make menggalakkan kebebasan seksualiti
-adakah itu fitrah manusia? Patutkah dibenarkan di Malaysia
-Britain antara negara yang membenarkan perkahwinan sejenis
-Point 1: fitrah magnet. Apabila kutub yang sama bertemu, ia menolak. Namun apabila kutub berbeza bertemu, ia menarik satu sama lain. Kaum Nabi Luth dihancurkan Allah kerana perhubungan sejenis. Al-Quran, 165-166.
-Point 2: Agama Islam adalah agama persekutuan/rasmi Malaysia dalam Perkara 13(I). Ia tidak dibenarkan dalam Islam kerana melanggar fitrah manusia. Manusia pertama adalah Adam dan Hawa->Fitrah manusia tetap sedemikian. Agama lain turut melarang perkara ini.
-Point 3: Dari segi biologi, sistem peranakan manusia memang diciptakan Allah s.w.t. sesuai bagi lelaki dan perempuan. Hubungan songsang homoseksualiti yang melanggar fitrah dan sifat manusia.
Isu semasa: Liberalisme - semakin berleluasa. Ia bermaksud kebebasan mutlak, tiada kebenaran mutlak. Wujud demi memuaskan nafsu sarakah manusia dan meninggalkan agama.


Hadis Nabi lebih kurang begini: "Celakalah hamba dinar, celakalah hamba dirham, celakalah hamba harta benda dunia."


3. Manusia sebarkan fitnah dan keburukan.
Banyak majalah tabloid, blog menceritakan khabar angin dan keburukan orang lain.
Sebagai seorang Islam(secara khusus, dan seorang manusia yang mempunyai akal secara umum), kita perlu tabayun atau siasat dulu.
Theori dalam mencari maklumat menyatakan perlunya memastikan kebenaran maklumat yang diterima. Jangan diterima segalanya sebagai benar.


__________________
Belia kini menghadapi kecelaruan identiti.
Mereka mencari tujuan hidup.
Orang Malaysia ada yang kita tidak tahu bangsa mana jika tidak ditanya. Malah ada yang sukar kita kenalpasti agamanya apa.


_______________
Namun Muslim, mempunyai tujuan hidup yang ditetapkan Allah Taala. 
Pertama, untuk beribadah kepadanya. 
 Kedua, untuk menjadi Khalifah di muka bumi. Iaitu menjalankan amar makruf nahi mungkar(mengajak kepada kebaikan mencegah kejahatan) dan meletakkan Islam sebagai cara hidup di seluruh dunia.
Al-Quran 22:77-78
Umat Islam akhir zaman adalah yang terbaik dikalangan manusia. Kerana menjalankan amar makruf nahi mungkar. Al-Quran 3:110
 Perlu dijalankan dimana-mana, termasuk ketika di rumah.


Supaya kita tetap menjalani hidup menuju objektif fitrah kita, perlu sentiasa dalam suasana yang baik dan Islamik. Setiap minggu letakkan diri dalam majlis ilmu yang membincangkan tentang islam dan kebesaran Allah swt.


Pelbagai tokoh Islam yang berpegang teguh pada agama, dan berjaya dalam bidang masing-masing. Seperti Nabi Nuh a.s. pakar membuat kapal dan pendakwah, Nabi Ibrahim a.s. pakar binaan dan pendakwah, Nabi Yusuf a.s. menteri kewangan dan pendakwah, Nabi Muhammad s.a.w. pakar usahawan, pakar perang, pakar politik dan pendakwah. Tan Sri Bukhary orang Islam yang kaya, berjaya dan pendakwah. Dr Fadilah Kamsah Pakar Motivasi dan pendakwah.


Semua berjaya di dunia dan di akhirat Insya-Allah.


Anda pula bagaimana?


*******************************************************************
Kuliah Selasa anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Sarawak ini akan diadakan setiap hari Selasa selepas Maghrib hingga Isyak di Pejabat ISMA di Desa Ilmu, Samarahan. Dijemput semua Muslimin dan Muslimat hadir ke majlis ilmu ini dan ajak kawan-kawan yang lain.
www.ismaweb.net
*******************************************************************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...