Thursday, March 31, 2011

April Fool's Day

Assalamualaikum para Sahabat.
Hari penipuan atau All Fool’s Day semakin mendekati. Seluruh dunia akan mengenakan gurauan atau menipu pada 1 April dan mangsa helah mereka hendaklah tidak marah atau membalas. Namun kadang-kala, gurauan mereka amat melampaui batas.

Dalam bulan Mac, 1746, sebuah akhbar di England menyatakan akan ada perarakan keldai di Islington, England. Pada hari tersebut iaitu 1 April, orang ramai berkumpul mengharapkan dapat melihat persembahan tersebut. Selepas beberapa ketika, mereka mula tertanya-tanya kenapa tidak bermula lagi perarakan itu. Akhirnya mereka menyedari, mereka telah memperbodohkan diri, seolah-olah meraka ialah perarakan keldai tersebut! Sungguh teruji sifat sabar mereka ketika itu.

Saya pernah membaca artikel mengenai sejarah April Fool yang berkaitan dengan kejatuhan Islam di Spain. Umat Islam dengan mudah menerima dan terus saja menyebarkannya di kalangan ahli keluarga dan sahabat. Namun, kebenarannya boleh disangkal dengan beberapa dalil. Antaranya ialah, Islam jatuh bukan kerana rokok dan wain yang dibawa masuk secara percuma, tetapi perpecahan di kalangan kumpulan-kumpulan dalam umat Islam yang berperang dan mengupah orang Kristian dalam konflik ini. Rokok dan wain belum ditemui sehingga Christopher Columbus kembali ke Eropah, iaitu saat Islam di Spain sudah jatuh. Lagipun, April Fool tidak dirayakan sehingga beberapa abad kemudian.

Sebahagian menyatakan asal April Fool ialah perayaan menyambut musim bunga atau spring di equinox pada March 21. Terdapat juga penyataan tentang pengenalan kalendar baru pada 1564 di Perancis. Seseorang yang menolak calendar baru ini menjadi tumpuan penghinaan, bahan ketawa dan dipermainkan orang ramai.

Orang Eropah memanggilnya le poisson d’avril atau April Fish. Ini kerana matahari bergerak dari zodiac Pieces ke yang lain. Sebab lain ialah poisson bermaksud ikan yang di ubah dari perkataan passion, juga bermaksud penderitaan. Kristian percaya penderitaan Jesus bermula pada minggu pertama April.

Maka janganlah sebarkan cerita tentang Islam, atau Muslim, atau sejarah tanpa sebarang bukti kukuh. Memang benar tidak dibolehkan menyambut perayaan ini. Namun jika kita menyokong dan menyumbang berita tidak benar ini, kita sebenarnya telah menjadi mangsa "Everyday Fools" dan berterusan ditertawakan.

Yang menyedihkan, sesetengah Muslim mengikut amalan ‘hari bergurau’ ini. Penipuan merupakan salah satu perbuatan yang amat jahat, dan ini dipersetujui oleh semua agama dan etika. Islam melarang kita menipu walaupun dalam gurauan dan melarang menakut-nakutkan Muslim walau masa serius mahupun ketika bergurau. Dusta hanya dibenarkan untuk menyelamatkan nyawa, menyambungkan silaturahim antara dua orang yang berbalah dan mendamaikan suami isteri.

Sabda Nabi:
“Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorangyang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta".

Abdullah ibn Mas’ud berkata: “Seseorang boleh berkata benar dan berterusan hingga dalam hatinya tiada ruang untuk kejahatan walaupun sebesar jarum. Atau seseorang boleh berkata dusta sehingga dalam hatinya tiada ruang untuk kebaikan walaupun sebesar jarum.”

Rasulullah SAW juga bergurau, namun baginda hanya berkata benar dalam gurauannya. Syariat Islam menyatakan bahawa penipuan adalah haram dalam Al-Quran dan Hadis. Salah satu dari sifat orang munafik ialah bila berkata ia berbohong. Dan tempat orang munafik ialah neraka yang paling dekat dengan api neraka yang membakar. Semoga kita dijauhkan dari sebarang sifat seorang munafik.
Ku menyeru diriku dan para sahabat sekalian, agar memelihara diri dari kebiasaan berdusta yang meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan. Wallahualam.


References:
http://www.islamtomorrow.com/lies/April_lies.asp
http://www.islamtomorrow.com/lies.asp
Fathi Yakan, Apa Ertinya Saya Menganut Islam, “Bersikap Benar dan Jujur”

Janji

Salam para Sahabat.

Sering kali aku lihat manusia yang pandai berkata-kata. Dia menabur janji-janji manis, namun jarang sekali menunaikan janjinya. Terdapat jua yang selalu mengucapkan Insya-Allah" semasa berjanji, namun acapkali janji yang itu jua ia mungkiri. Seolah-olah "Insya-Allah" menghalalkan dia tidak memenuhi kata-katanya tadi.

Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah janji-janji. ..."(Al-Maidah,5:1)

Allah memerintah orang-orang yang beriman, iaitu orang mukmin/muslim untuk menunaikan janji. Menepati janji itu adalah wajib, terutama menyatakan "Insya-Allah". Kalau seseorang berjanji, dia hendaklah mengucapkan "Insya-Allah".

Firman Allah dalam Surah Al-Kahf(18: 23-24) : "Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "Aku pasti melakukan itu besok pagi". Kecuali (dengan mengatakan) Insya-Allah"(If Allah Wills). ..."

Allah SWT yang Maha Berkuasa dan memberi kita kekuatan atau peluang untuk melakukan sesuatu, termasuk menunaikan janji. Kita kena ingat it semasa mengucapkan Insya-Allah. Sesudah it, kita harus berusaha dengan bersungguh-sungguh sambil mempercayai Allah(tawakkal). Keputusannya akan ditentukan oleh Allah. Tanpa izin-Nya, tidak mungkin kita mampu lakukan apa-apa, walau untuk bernafas. Jangan melewatkan masa untuk melunaskan hutang. Jika kita tidak berjaya melakukannya kerana keuzuran tertentu, maka ia tidak mengapa, kerana takdir Allah atau Qada' dan Qadar telah ditentukan oleh Allah. Allah Maha Mengetahui apa yang lebih baik untukmu. Mungkin jua terdapat hikmah disebaliknya, atau adalah satu teguran direct dari Allah mengenai sesuatu perkara yang lain. Kadang-kala kita berjanji perkara yang tidak mungkin kita boleh lakukan. Kerana itu, jangan terlalu mudah berjanji.

Orang yang memungkiri janji termasuk dalam kategori hipokrit(munafik), dan ini dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW. Sabda Nabi:

"Empat perkara yang jika seseorang manusia ada di dalamnya, maka ia menjadi munafik, dan barangsiapa mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu, samalah seperti ia mempunyai sifat kemunafikan, sehingga dia menjauhinya lagi: Jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia mungkiri, jika membuat pengakuan dia belot dan jika menuntut dia curang."

Dari hadis diatas, kita dapat lihat sifat memungkiri janji membawa kepada kita mendekati status hipokrit atau munafik. Sedangkan seorang munafik akan diletakkan di neraka yang paling bawah dan paling dekat dengan api yang membakar. Seorang yang mengucapkan "Insya-Allah" dengan berniat tidak mahu menunaikannya, maka sifat munafik tu amat hampir padanya. Secara logik pun, seorang yang sering memungkiri janji mungkin tidak lagi dipercayai oleh orang lain walaupun ketika kata-katanya benar.

Itu janji terhadap manusia. Terdapat janji dengan Allah Taala, iaitu melaksanakan segala hukum Allah seperti hukum-hukum hudud, qisas, mendirikan solat, puasa, zakat, haji bagi yang berkemampuan. Kemudian janji dengan Rasulullah SAW, iaitu melaksanakan kepercayaan/cara hidup Islam dalam kehidupan berdasarkan sunnah Nabi. Selepas it, janji kepada ibu bapa untuk menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. akhirnya janji kepada diri sendiri, iaitu menjadi Muslim yang baik yang sentiasa meningkatkan iman diri sehingga ke tahap bertakwa kepada Allah dalam segala perbuatannya.

Wahai diriku. Wahai sahabatku. Berjanjilah dengan mengatakan "Insya-Allah" dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikannya. Ingat Janji Allah itu pasti. Wallahualam.

Art by Nayzak.deviantart.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...