Sunday, March 25, 2012

Syria : Perjuangan Kebebasan

Assamualaikum.Sedikit usaha dari saya dilakukan untuk membantu rakyat Palestin dari segi cuba tidak membeli barang yang berkaitan dengan Israel Zionist. Sekali-sekala meng-share hal-hal berkaitan.

 Namun, saya terkejut apabila saya menonton satu youtube video budak Syria. Dia menceritakan tentang abangnya yang mati, dan diletakkan mayatnya dalam beg di hadapan pintu rumahnya in pieces hanya untuk menuntut kebebasan dari ke-diktatoran pemerintah. Bapanya di tembak mati di hadapannya.



Apakah yang berlaku di sana?


Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.
Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat.
Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan.
Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

 Satu berita kecil dari Berita Harian Online.

62 terbunuh dalam keganasan di Syria


2012/03/23

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 62 terbunuh dengan lebih separuh daripadanya membabitkan orang awam dalam keganasan terbaru yang tercetus di seluruh Syria, semalam. 

Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, seramai 35 orang awam terbunuh dalam serangan tentera di wilayah tengah Syria di Hama dan Homs, serta di Wilayah Idlib di barat daya dan di Daraa, bahagian selatan negara itu.
Pertumpuran juga tercetus menyebabkan 27 askar terbunuh, demikian kenyataan yang dikeluarkan badan yang berpusat di Britain itu.
Badan pemantau itu mendakwa, kehilangan nyawa yang tinggi ialah di Wilayah Idlib dengan 17 orang awam terbunuh oleh anggota keselamatan kerajaan, termasuk 10 orang akibat serangan berdarah di sempadan Turki. 

Semalam, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggeasa agar gencatan senjata dilaksanakan di Syria. - AFP 
Juga dari sebuah laman web:


Rupa-rupanya, terdapat maklumat benar tentang isu Syria yang telah ditapis media untuk membutakan mata kita. Sebahagian maklumat yang terlepas ini datang dari usaha orang yang mungkin telah syahid, dengan izin Allah untuk menyampaikannya kepada kita sekarang.

Reaksi Masyarakat?

Suatu pandangan dari sebuah NGO Islam:
"Kewujudan jurang pemisah yang begitu mendalam antara rakyat dengan pemerintah dilihat menjadi salah satu faktor utama kepada kemelut yang berlaku di Syria hari ini, jelas Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman. "Kewujudan jurang pemisah ini dan kelembapan pihak pemerintah dalam memahami kehendak rakyat menyebabkan mereka hilang kepercayaan sepenuhnya dan akhirnya membuat pilihan konfrontasi bersenjata,” kata beliau.

Fatwa menyeru pembunuhan Bashar




Manakala ulama besar di Al-Azhar mengeluarkan fatwa menyeru pembunuhan terhadap Presiden Syria Bashar Al-Assad:
“Bashar Al-Assad adalah pembunuh dan harus dibunuh,” kata Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir, kepada akhbar milik Parti Kebebasan dan Keadilan yang merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin, hari Rabu 14 Mac.
“Dia yang menaburkan peluru terhadap rakyatnya adalah perbuatan terkutuk dan penjahat perang yang wajib dihukum.”
Apakah Tindakan Kita?



Tidak kira kamu adalah Muslim atau tidak, ia adalah suatu fakta Syria sekarang diperintah oleh pemerintah yang diktator. Adakah kita sanggup melihat ibu, bapa, anak, adik-beradik kita dibunuh dihadapan mata kita? Itulah yang mereka alami.

 Seharusnya kita:

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.




 Rujukan (bacalah):
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/62terbunuhdalamkeganasandiSyria/Article
http://www.ismaweb.net/v4/2012/03/kewujudan-jurang-pemisah-antara-pemerintah-rakyat-punca-kemelut-syria/
http://www.harian-metro-online.com/apabila-mufti-besar-al-azhar-mengeluarkan-fatwa-wajib-bunuh-bashar-al-assad
http://hafizamri.com/apa-yang-berlaku-sebenarnya-di-syria/
http://hafizamri.com/kanak-kanak-syria-di-bunuh-kejam-oleh-rejim-bashar/
http://www.haluan.org.my/v3/index.php/kenyataan-media-gabungan-selamatkan-syria.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...