Friday, March 30, 2012
Menulis kembali
Apabila saya mahu belajar, sering kali saya tergoda dengan permainan computer yang ada di dalam laptop aceer ini. Exam terakhir ini ialah exam visual programming, jadi saya perlu membuatnya dalam computer. Terlalu hebat kalau saya programming tanpa laptop.
Jadi, terasa macam, malu dengan Allah. Allah kurniakan saya sedikit kemampuan untuk belajar lebih mudah dari orang lain. Walaupun orang lain boleh lebih faham dan mengajarkan kembali, saya dari segi menjawab kertas soalan agak mudah setelah saya kaji.
Tapi, malulah jika tidak berusaha. Talent tak berguna tanpa usaha. Malah, Dr Fadhilah Kamsah, seorang pakar motivasi menyifatkan kreativiti itu boleh dilatih dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Minda yang kreatif.
Kerana itu, saya delete semuanya game computer saya. Kemudian, saya fikirkan alternative lain, iaitu membaca buku. INi kerana, tadi saya telah membaca hampir separuh terakhir novel Syahadah Cinta dalam 2 jam. Kisah yang menarik untuk satu novel tarbiyah, tetapi kurang kredibiliti pada pandangan saya kerana Iqbal membenarkan perhubungan seperti adik-beradik dengan seorang Muslimah bukan mahram yang juga anak kepada Kiai-nya. Perhubungan perlu dibatasi, sifat kasih seperti abang dan adik itu menimbulkan fitnah dan lebih dekat kepada zina, sepertimana masalah yang berlaku di dalam novel itu. Mungkin itu tujuan novel tersebut.
Saya menginginkan diri saya membaca lebih banyak. Saya bertanya kepada ustaz buku-buku yang patut say abaca. Antara yang dikatakan ustaz azwan ialah Riyadus solihin, apakah erti saya menganut islam, dan membaca kitab yang dikarang nama-nama yang terkenal, juga dgn title yang terkenal serta membeli dari MPH. Rupa-rupanya MPH itu nama seorang Muslim yang mempunyai premis perniagaan tersebut. Jadi, buku disitu ada agak ditapis, tidak ustaz pernah lihat karya yang menyesatkan.
Teringat e-buku yang saya simpan, juga ada buku pdf ‘apakah erti saya menganut Islam’ oleh fathin yahya. Membaca tadi sebentar, lalu Allah kurniakan rasa mengantuk melalui gangguan syaitan, jadi baring sebentar sebelah laptop. Kemudian, segar kembali lalu mula memscan pelbagai document e buku yang saya download.
Terjumpa la buku ‘Lonely Writer’ yang menyatakan pada beberapa page pertama buku itu mengingatkan tentang bagaimana menulis. Pertama, ‘Less Desire’ dan kedua, ‘contentment’. Ia menyuruh kita menulis tanpa menghiraukan ego kita untuk membuat yang terbaik. Jadi, saya pun menulis apa yang saya tulis ini. :)
Permulaan bagi karrier penulisan dakwah yang agak terbantut sekarang.
Dakwah Pena. Ingat kembali masa saya menulis artikel dahulu. Saya memberikan artikel, samada ditulis sendiri atau tulisan orang, kepada classmate sendiri.
Labels:
rambling
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment