Dalam perkara cabang, terdapat berbagai-bagai
pendapat atau khilaf di kalangan umat Islam. Namun, khilaf perlu dilihat
sebagai membawa rahmat. Ia membawa kepada perbincangan ilmu yang seterusnya
menambah koleksi ilmu Islam. [Nota: Sepertimana khilaf dari fiqah yang
mewujudkan mazhab Syafie dan Maliki, namun tidak mengekang mereka dalam solat
berjemaah dan bersama-sama mempertahankan kesucian agama Islam.]
Namun, khilaf dalam segi akidah adalah suatu
ancaman. Seperti terlalu taksub pada kumpulan/jamaah atau guru. Sebahagian ahli
terlalu taksub sehingga terus menolak apa-apa sahaja pendapat dari golongan
yang lain. Ini membawa kepada perpecahan umat Islam yang melemahkan umat.
Hadis: “Terpecah umat Yahudi menjadi 71 golongan,
terpecah umat Nashrani menjadi 72 golongan, sedangkan umat Islam akan terpecah
menjadi 73 golongan”
Dari Abu Amir Abdullah bin
Luhai, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan, bahwasanya dia (Mu’awiyah) pernah berdiri
dihadapan kami, lalu ia berkata : Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berdiri di hadapan kami, kemudian beliau bersabda
:Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kami dari ahli kitab
(Yahudi dan Nashrani) terpecah menjadi 72 golongan, dan sesungguhnya umat
ini akan terpecah menjadi 73 golongan. (Adapun) yang 72 akan masuk neraka
dan satu golongan akan masuk surga, iaitu “Al-Jama’ah”.
http://heliconia.files.wordpress.com/2008/10/17-bahayasyiah-copy.pdf |
Perpecahan dari segi iman akan
membawa gejala sosial. Salah satu nya ialah bahaya syiah. Sekarang mereka sedang menyebarkan muktabar syiah di
seluruh negara.
Surah al-Maidah (ayat 72-73):
"Sesungguhnya
telah kafirlah orang yang berkata: Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera
Maryam, padahal Al Masih (sendiri) berkata: Hai Bani Israel, sembahlah Allah
Tuhanku dan Tuhanmu.”
[Nota: ketika di Habsyah, raja di situ
memutuskan untuk melindungi umat Islam yang berhijrah ke situ setelah
memutuskan apa yang dipercayai umat Islam ialah apa yang dinyatakan oleh Nabi
Isa a.s. tentang dirinya.]
Umat Islam patut mendokong usaha untuk
melindungi akidah dan jamaah sunnah wal jamaah.
Sebelum menutup khutbah, diingatkan untuk merenung
ayat An-Nisa:136:
“Wahai
orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan
kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w)
dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan
sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab- kitabNya,
dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat
dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.”
No comments:
Post a Comment