Wednesday, March 28, 2012

Nota Kuliah Selasa Hadis Ke-6


Kuliah Selasa 27 Mar., 12
oleh Ustaz Abd Rahman


Hadis ke-enam:
Diriwayatkan daripada an-Nu’man bin Basyir r.’anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya yang hala itu jelas, dan yang haram itu juga jelas. Antara kedua-duanya pula, terdapat perkara-perkara yang diragui dan tidak diketahuia oleh ramai manusia. Sesiapa yang emelihara dirinya daripada perkara-perkara yang diragui, dia telah membersihkan agam dan kehormatannya. Sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang diragui, dua telah terjatuh ke dalam perkara haram, seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan. Haiwan peliharaannya hampir-hampir meragut di dalam kawasan itu. Ingatlah, sesungguhnya setiap raja ada kawasan larangan. Ingatlah, sesungguhnya kawasan larangan Allah ialah segala perkara yang diharamkan-Nya. Ingatlah, sesungguhnya di dalam jasad manusia, ada seketul daging yang apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh jasad. Ingatlah, ia adalah hati.”
Hadis riwayat oleh Al-Bukhari dan Muslim.

Dikataan terdapat 4 hadis yang menjadi pokok Islam. Antaranya ialah hadis pertama dan hadis ini.
Jumhur ulama menyatakan pentingnya hadis ini. Pokok perbincangan hadis ini:

1. Halal dan haram itu jelas.
2. Perkara syubhat
3. Berhadapan dengan syubhat
4. Peranan hati

Halal = tidak dilarang dan terang hukumnya
e.g.: makanan (musang buah, tupai), minuman, pakaian dari benang & bulu yang tidak dilarang, pekerjaan halal
Tupai adalah harus dimakan. tupai bukanlah dikategorikan sbg binatang buas ataupun binatang yg suka kepada kekotoran. Tupai adalah sejenis haiwan yg suka memakan tumbuhan/sayuran. ia tidak beracun dan tidak membahayakan manusia.
Manakala, monyet atau kera adalah binatang yg buas, melawan manusia.þ
Dari Abu Tsa'labah bahawa Nabi s.a.w melarang dari memakan setiap binatang buas yang bertaring(Hadith riwayat Muslim)
Perlu diketahui bahawa hadith ini mutawatir sebagaimana ditegaskan Imam Ibnu Abdil Barr dalam At-Tamhid (1/125) dan Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah dalam I'lamul Muwaqqi'in (2/118-119)
Maksudnya "dziinaab" yakni binatang yang memiliki taring atau kuku tajam untuk melawan manusia seperti serigala, singa, anjing, harimau, beruang, kera dan sejenisnya. Semua itu haram dimakan". (Lihat Syarh Sunnah (11/234) oleh Imam Al-Baghawi).
Hadith ini secara jelas menunjukkan haramnya memakan binatang buas yang bertaring bukan hanya makruh saja. Pendapat yang menyatakan makruh saja adalah pendapat yang salah. (lihat At-Tamhid (1/111) oleh Ibnu Abdil Barr, I'lamul Muwaqqi'in (4-356) oleh Ibnu Qayyim dan As-Shahihah no. 476 oleh Al-Albani.
Rujukan

Haram = dilarang dan terang hukumnya
e.g.: bangkai, tidak dibaca bismillah, khinzir, kuching, haiwan dua alam, mendedahkan aurat, arak, mencuri, menfitnah dan riba.

Syubhat = tidak jelas haram dan halal, tiada nas padanya dan ramai yang tidak mengetahuinya.

Ulama mengkategorikan kepada 3 jenis syubhat:
1. Diketahui haram tetapi diragui keharamannya. E.g.: Haiwan yang tidak pasti cara penyembelihan
2. Halal tetapi diragui kehalalannya. E.g.: Ragu tentang hadas tetapi yakin telah bersuci
3. Sesuatu tiada petunjuk samada halal atau haram. Ia baik ditinggalkan. Sebagaimana peristiwa Rasulullah s.a.w. ketika menemui sebiji kurma di dalam rumahnya dan bersabda: “Kalau aku tidak takut kurma ini ialah zakat, pasti aku telah memakannya.”

Jika makan haram, ia akan menggelapkan hati walaupun tidak tahu. Seperti kisah imam Syafie.

Hadis: “Tinggalkan sesuatu yang meragukan kamu untuk berpegang pada sesuatu yang tidak meragukan kamu.”

“Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, janganlah dia berada di tempat atau situasi yang boleh ditohmah.”

Jangan terlalu berhati-hati yang melampau – ada unsur halisuinasi dan bisikan syaitan. Misalnya berkali-kali takbiratul ihram kerana cuba memasukkan niat. Sepatutnya begitu mudah untuk dilakukan.

Hati(jantung) ialah organ yang boleh berfikir dan raja segala anggota. Baik amal datang dari baik hatinya.

Tidak bertudung = tidak baik hatinya. Ada akan mengatakan, asal hati baik. Hati mmg tak baik kalau tidak bertudung pun.

Pengajaran
Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan memahami halal dan haram. Kita perlukan ilmu, dan usrah tidak mencukupi. Ikuti majlis-majlis ilmu, ceramah, forum serta banyakkan membaca.
Jauhi syubhah. Sebahagian daripada sikap warak termasuk menjauhi syubhah. Ketaqwaan melibatkan terlalu takut dalam melakukan perkara haram, hingga perkara harus pun ditakuti menjadi haram. Misalnya main game, Facebook dan tidur.
Jauhi perbuatan dosa kecil, kerana sering kali akan membawa/mengheret kepada dosa biasa.
Memberi perhatian kepada masalah hati

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...