Saturday, September 29, 2012

Tazkirah Subuh 29/9

29/9 Di Surau Perindu
Saya cuma menulis apa yang saya catat semasa mendengar tazkirah pagi ni. Kesilapan kemungkinan terjadi dalam mana-mana bahagian blog ni.

Saudara itu bercerita tentang Saidina Umar dan rakyat yang mengadu ttg.. um.. wakil khalifah di satu kawasan. Mereka mengadu yang boss tu selalu datang lambat, waktu malam di rumah dia tak jawab salam dan tiap bulan ada satu hari dia hilang entah kemana, tak dpt dikesan. Dia datang tiap-tiap hari kecuali sehari tu tiap bulan.

Jadi Saidina Umar pun nak dengar cerita dari pihak yang diadukan juga demi keadilan. Dipanggil la boss datang menemuinya. Cerita-cerita kejap, kemudian bertanyalah hal kenapa saudara tu selalu datang lambat ke pejabat. Saudara tu berkata, dia lambat datang kerana rumahnya tiada pembantu rumah. Oleh itu, dia kena buat urusan rumah di waktu pagi.  Kena masak, mandikan anak-anak.

Kemudian tanyalah Saidina Umar kenapa malam tak jawab salam? Jawabnya, kerana pada waktu siang masanya penuh untuk menunaikan hak rakyat. Pada waktu malam, saudara ini mahu memberikan masa sepenuhnya untuk Allah, tuhan semesta alam.

Jadi macam mana pulak masa 1 hari sebulan yang hilang tu? Katanya, dia hanya mempunyai satu pakaian untuk dipakai. Jadi, dia set satu hari untuk basuh pakaian dia. Kerana dia tiada pakaian lain, maka dia tak dapat pergi.


Walaupun kita seorang pemimpin, kita tetap akan disoal atas apa yang kita lakukan, amalan kita. Pasti kelak ditanya di hari Pengadilan.

ps.: Apabila terdapat majlis zikir dan majlis ilmu, Nabi Muhammad s.a.w. akan duduk di majlis ilmu. Ini menunjukkan mana yang lebih utama. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...