- Hadis ikatan syaitan di waktu subuh. Lebih kurang begini: Hadis dari Abu Hurairah r.a katanya;” Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda maksudnya : “Syaitan itu memberikan ikatan pada
hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan,
jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan
kata-kata yang berbunyi: “Engkau memperoleh malam panjang, maka
tidurlah terus!” Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah
ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau
dia terus berwudhu’, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan
seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya,
sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati
gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka
ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.”
(Hadis Riwayat Muttafaqun ‘alaih). - Orang yang bangun Qiam merasa lebih senang dan mampu melakukan tugas dengan sempurna.
- Yang bangun lewat sehingga terlepas Subuh, merasa rimas kerana terlepas Subuh. Merasa malas kerana sudah memulakan harinya dengan malas bangun ketika azan Subuh berkumandang
- Qiam menegakkan diri dan menghindar penyakit. Juga melatih kesabaran.
- Seandainya ketiga-tiga ikatan syaitan ini dapat dibuka dan hilang maka kita akan menjadi bersemangat, ceria dan bergembira.
Tuesday, September 25, 2012
nota tazkirah subuh 24 sep 2012
Tempat: Surau Perindu
Labels:
islam,
nota ringkas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment