Saturday, September 29, 2012

Men Are From Makkah, Women Are From Madinah

oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Sinaj
http://www.drhar.blogspot.com/

Saya tulis apa yang saya catat tak la lengkap, tapi bolehlah utk record speech ni.

Mekah dan Madinah berbeza

  • berbukit-bukau dan landai
  • iklim
  • budaya
Isu kepelbagaian gender: buku men from mars, women from venus

Antara kandungan slide:
  • Antara tanggungjawab, hak dan hormat
  • Hakikat penciptaan lelaki & wanita
  • Interaksi lelaki & wanita
3R : Responsibility, Right, Respect
Human right atau human wrong?

Banyak sekali orang memperjuangkan human right sekarang. Namun, kalau misalnya, freedom of speech tu penghinaan terhadap seseorang atau sesuatu komuniti, bukankah itu human wrong thing to do?
  1. tanggungjawab, fungsi dan peranan
    1. kita mempunyai pekerjaan: Pelajar
  2. hak, keistimewaan, hadiah
  3. Hormat -keutamaan -ambil peduli
Lelaki & Wanita
-sama tak serupa

Sama
  1. Hamba (Slave) Allah
  2. Khalifah (Representative) Allah
1 jam tidur sebelum 12am sama dgn kualiti tidur 2 jam selepas.


Beza
Surah ali-Imran:36
"...memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan;..."
Siram lelaki dengan trust
Lelaki menyara perempuan. Seorang lelaki menyara hidup isterinya, adik perempuannya, dan anak-anaknya selagi belum berkahwin. Hak perempuan ada dalam harta lelaki. Tak perlu kerja pun.

AnNisa:34
  • Pembela wanita
  • Pemberi Nafkah

Wanita kenalah 'siram' lelaki dengan 'trust'/'kepercayaan'. Lelaki ada ego di mana dia mahu orang mengharap/bersandar padanya. Kadang-kadang ada pasangan bercerai/cari yang lain kerana wanita bekerja dan mendapat gaji lebih. Mula-mula memang la rasa "Eih bestnya isteri aku tlg cari duit", "Bestnya dapat tolong suami bayar bil.". Tapi lama-lama nanti si isteri kata "Asyik-asyik aku yang bayar, aku juga yang mengandung dan melahirkan anak. Suma aku buat. Apa dia buat?" Si Suami: "Aku ni macam tak berguna je." This type of superwoman 'terlebih cukup'. So, suami cari lain yang nak bergantung harap padanya.

Dr Har kata dia walaupun bekerja sendiri, dia hidup berdasarkan kemampuan suami. Dia makan apa yang suami dia mampu bawa balik rumah.

Quran 2:187
-pakaian - hormat, kebanggaan [closest to you, can't go without]
Bukan bermakna boleh tukar macam pakaian. Ia menunjukkan betapa pentingnya pasangan antara satu sama lain. Kita keluar rumah kena la pakai baju. Bayangkan pentingnya suami/isteri dgn satu sama lain begitu dianalogikan oleh Allah. Kan ke sweet camtu? Ada yang bergaduh jer memanjang, tetapi bila sorang takde, mula la mencari: "Mana mak kau tadi?"

Quran 2:223
kebun tanaman
Kita kena faham, penurunan Quran di Semenanjung Tanah Arab yang jarang ada sungai. Jumpa oasis memang rare dan berharga. Ayat ini menyedarkan orang Arab betapa tingginya nilai wanita. Bak kata kebun tanaman di tengah padang pasir.

"Penzinaan adalah penghinaan paling teruk kepada kaum wanita."

An-Nur : 26
Jadilah lelaki baik agar dapat perempuan baik, dan sebaliknya.

Ada la seorang lelaki cuba mengurat sorang awek ni.
"Eh, awak ni cantiklah."
"Dah lama dah tau, bapak aku hari-hari beritahu aku tu."

Tak ke terkedu dan melepas budak lelaki tu. Seorang bapa yang menjadikan Rasulullah suri teladan, akan memastikan anak-anak perempuannya selamat. Pasti. Pasal takde bapa yang puji anak cantik dan bijak la Lelaki yang bertanduk dapat mencairkan hati para gadis yang kehausan kasih sayang dan pujian ni. first love for all girls is to his father. Bukan yang incest tu. Jangan perasan budak lelaki yang kau tu first love.
Penulis: Ouch. Nasib baik aku tak couple lagi.

 Beberapa keperluan/Persediaan Nikah
  • fizikal
  • emosi
  • ekonomi
  • masa
  • sosial
[Selepas tu sesi soal jawab. Ada juga dinyatakan, dari segi range umur yang sama, lelaki masih lagi lebih banyak dari perempuan]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...