Friday, October 12, 2012

tazkirah subuh 12/10

Persoalan oleh imam masjid madinah: "Apa dia nikmat yang paling besar?"

Allah telah mengharamkan syurga bagi yang tidak beriman. Kita boleh buat kesimpulan bahawa Islam dan Iman adalah nikmat terbesar.

Tanda-tanda fitnah akhir zaman: org waktu petangnya Muslim, siangnya kafir. Ini bermaksud iman yag turun naik. Misalnya, dlm surau baik, pakai kopiah. luar jadi lain.

Syubhat dan syahwat akan menyebabkan kita berpaling dari Islam. Namun jika Allah mengkehendaki kebaikan pada seseorang hambaNya, tetap akan dimatikan dlm Islam dan iman. Kalau kita hilang apa-apa, boleh berganti. Kalau agama?

Apabila kita menghadiri mana majlis ataupun konsert, kita rasa amat gembira. ketika menghadapi Allah, cuba hadirkan, lahirkan rasa gembira sedemikian.

Allah tidak dimudaratkan oleh maksiat yang kita buat. kita yang binasa. kita buat banyak ke sikit, kita yang masuk neraka. Jadi kita kenalah cuba tutup dengan taubat. Keran mati dlm Islam, walaupun kita accident tak nampak macam org pun, walau apa pun keadaannya, akan lebih bail dari mati dalam keadaan kufur.

Doa:
"Ya Allah walaupun ku berbuat maksiat, ku tetap mencintaimu, ampunkan dosaku."

Seorang sahabt: "Aku ni bukanlah terlepas dosa. bukan pula kuat beribadah. Maka tolonglah aku ya Allah."

Ketika keluar dari surau hadirkan dlm diri: Alhamdulilah, syukur pd Allah kerana dpt solat Subuh berjemaah pagi Jumaat lagi tu. Moga diterima solat subuh jemaah td.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...