1 Oktober 2012
Syukur
diberi Mata : membaca Quran, melihat kehebatan Allah dalam mencipta alam.
Kaki: berjalan ke surau / majlis ilmu
Kita lihat lampu perlu elektrik, kereta perlu minyak + bateri. Ciptaan manusia perlu bantuan. Namun manusia hidup tanpa bantuan tampak sedemikian.Bersyukur dengan menyampaikan dakwah melalui kata-kata dan internet. Jika untuk dakwah, internet antara medium utama.
2 Oktober 2012
Kisah dan anak murid.
Setelah sekian lama duduk di dlam gua,kata guru "Kita dah lama duduk dalam gua ni, keluar kejap untuk praktikal. Tengok apa yang kita boleh belajar dari alam."
Setelah beberapa ketika, guru bertanya kepada anak murid: "Tengok pokok tu? Boleh tak cabutkan?"
"Boleh, senang je." Pokok tu kecik je. Setelah pokok tu tercabut, si guru diam sahaja dan mula beredar lebih kedalam hutan.
Kemudian, kali ni guru itu berhenti di hadapan pokok yang besar sedikit dari tadi. "Boleh tolong cabutkan ini?" Murid itu mencabut dengan sedikit sukar. Guru tetap diam dan kembali meneruskan perjalanan.
Kali ini, mereka berhenti di hadapan pokok separas pinggang. Murid ambil lebih banyak masa, namun kekuatannya cukup untuk mencabut pokok itu.
Akhirnya, mereka berhenti di hadapan pokok yang sama tinggi dengan mereka.
"Maaf guru, saya tak dapat buat ni."
"Jadi, apakah pengajaran yang boleh kamu dapat hari ini?"
"Maaf, saya tidak tahu."
Pokok-pokok yang dicabut melambangkan sifat buruk dalam diri. Mula-mula mudah dicabut. tapi lama-lama jika dibiarkan ia akan membesar dan menjadi sebahagian dari diri kita. Sukar dibuang. Maka, kita digalakkan untuk sentiasa bertaubat.
No comments:
Post a Comment