Thursday, October 11, 2012

Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Ibadah (nota ringkas)

Salam. Tak sempat dengar semua ceramah, sebab lambat sikit datang. petang tu ana joging, so lambat sikit.Tapi boleh explain lebih dari ingatan walaupun tulis dalam buku kecil begitu ringkas. beberapa jam lalu saja, senang ah.

Ceramah CITU
Saya Mestilah Muslim Dari Sudut Ibadah
Surau Perindu
Oleh Ustaz Januri

Ibadah = tujuan hidup kita. Namun ibadah tu bukan hanya atas sejadah saja. Ada orang berfikiran jumud yang beribadah setiap masa kena solat je. Contoh, seseorang ponteng kelas sebab nak beribadah jer sepanjang hari. Main bola, main musik, menyanyi, belajar, surfing Internet kalau kerana Allah pun ibadah.

Tugas sampaikan agama di atas semua orang, bukan ustaz ustazah saja. Kalau begitu, memang tak cukup. Sikit sangat. Bagi yang ada kefahaman Islam, sampaikan. Tak perlu melampau, setakat akhlak mulia pun cukup.

3 perkara bawa ke kubur:

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Sedekah Jariah: Kita ni,  susah sangat nak sedekah. Bila solat Jumaat, kita letakkan duit RM1, tak dapat nak lepaskan RM10. Kerana itu Allah nyatakan berjihad dgn harta dan jiwa. Di Palestin, tahap jihad mereka makam tinggi dah. Kita susah nak infakkan RM10, apa lagi nak ke Palestin?

Anak-anak Soleh: Untuk dapat anak-anak yang soleh, lebih mudah dgn mencari isteri yang solehah[dan lelaki tu kena jd soleh gak]. Memang boleh nak kahwin sapa2, kemudian didik mereka, tapi sukar la. Kemungkinan jadi lebih rendah. Lebih mudah jika kita bina baitul muslim dengan isteri yang solehah.

Ilmu yang berguna: Kongsikan ilmu, jangan ada kefahaman Islam tapi disimpan-simpan.

Kita sering lupa tanggungjawab sebagai daie dan khalifah. Sebagai student, study jugak tapi kerana Allah, dan tidak tinggalkan solat, malah masih boleh ke surau bila tiada assignment. Balance dunia dan akhirat, dalam keadaan lebih memberatkan kepada akhirat.

"Dunia ini ibarat ladang", akhirat kelak menuai hasilnya. Maka marilah kita berpesan-pesan seperti firman Allah dalam surah Al-Asr.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...