Sunday, February 5, 2012

Sedikit nota mengenai Solat


Solat
Diriwayatkan dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha, dia berkata:
 “Rasulullah s.a.w. memulakan solat dengan takbir dan memulakan bacaan dengan surau al-Fatihah. Jika ruku’, Baginda tidak terlalu mengangkat kepala dan tidak pula terlalu menundukkannya,tetapi meluruskannya. Jika mengangkat kepala dari ruku’, Baginda tidak langsung sujud melainkan berdiri dengan posisi tegak barulah kemudian Baginda sujud. Jika bangun dari sujud Baginda tidak langsung lagi sebelum baginda duduk tegak. Baginda membaca tahiyyat dalam setiap dua rakaat. Baginda membaringkan kaki kiri dan menegakkan telapak kaki kanan (ketika duduk).
Baginda melarang daripada menyerupai cara duduk syaitan. Baginda juga melarang daripada meletakkan kedua lengan diatas tempat sujud kerana menyerupai binatang buas. Dan baginda mengakhiri solat dengan mengucapkan salam.”                      (Diriwayatkan oleh Muslim)
Dari buku Kuasa di Sebalik Solat[al-Ijaz al haraki]

Bacaan rukuk
Maha suci Tuhanku yang Maha Agung (3x)

Bacaan Iktidal
Allah mendengar orang yang memujiNya. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala puji.

Bacaan Iktidal
Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi (3x)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...