(3:139)=> 139. Janganlah kamu bersikap
lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang
yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
Suatu motivasi dari Allah
LANGKAH-LANGKAH
SYAITAN
(2:208) Hai orang-orang yang beriman,
masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut
langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
·
Masuklah Islam secara keseluruahn
·
Jangan ikuti langkah2 syaitan
·
Musuh yang nyata
Kerana kejahilan, mudah dibisik syaitan. Mudah memfitnah,
mencari-cari kesalahan dan kelemahan, mengumpat orang. Antara langkah-langkah
syaitan:
1.
Menimbulkan was-was
a.
An-Nas, 114: 1. Katakanlah:
"Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. 2.
Raja manusia. 3. Sembahan manusia. 4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang
biasa bersembunyi, 5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada
manusia, 6. dari (golongan) jin dan manusia.
2.
Membuatkan lupa
a.
Lupa solat, lupa
tanggungjawab dakwah
b.
(Yusuf, 12:42) Dan Yusuf
berkata kepada orang yang diketahuinya akan selamat diantara mereka berdua:
"Terangkanlah keadaanku kepada tuanmu." Maka syaitan menjadikan
dia lupa menerangkan (keadaan Yusuf) kepada tuannya. Karena itu tetaplah
dia (Yusuf) dalam penjara beberapa tahun lamanya.
3.
Memanjangkan angan-angan
a.
Misalnya berangan-angan
nak Berjaya, nak kaya, nak jadi Dato
b.
Seperti angan-angan mat
jenin, azam tahun baru yang tak menjadi2
c.
(4:119) 119. dan aku
benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan
kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang
ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya[351], dan akan
aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya[352]."
Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka
sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.
d.
Kita patut berangan-angan
disusuli dengan tindakan. (ini namanya cita-cita)
4.
Membuatkan indah
terhadap kemungkaran
a.
(Al-Hijr,15:39) Iblis
berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat,
pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka
bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,
b.
Terasa indah untuk tidak
dating usrah
c.
Terasa indah ber’couple’
d.
Tidak terasa benci
melihat ikhwah (saudara se-Islam) bergaduh
5.
Memberi janji2
(palsu)
a.
(14:22) Dan berkatalah
syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah
telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan akupun telah menjanjikan
kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku
terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku,
oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri.
Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun sekali-kali tidak dapat
menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku
(dengan Allah) sejak dahulu." Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu
mendapat siksaan yang pedih.
b.
Kisah seorang alim yang
fakir miskin dan pokok yang disembah orang. Dia membawa kapak untuk menebang
pokok itu demi Allah dan memusnahkan kesyirikan (idolatry). Syaitan menghalang kerana ini akan membawa
masalah kepadanya. Mereka berlawan dan syaitan kalah. Syaitan memberi janji,
“akan ada wang syiling emas di bawah bantalmu tiap hari jika kamu pulang.” Lelaki
itu kembali ke rumah, dan keesokan mendapati ada beberapa syiling emas di bwah
bantalnya. Namun, hari-hari seterusnya tiada. Merasa marah kerana rasa ditipu,
kembali ke pokok itu dengan kapak untuk menebang. Syaitan menghalang, lalu
terjadi pergaduhan. Kali ini pergelutan dimenangi syaitan. “Kerana kau dahulu
datang kerana Allah, Allah memberi bantuan kemenangan. Namun kali ini kau
datang kerana syiling emas.” Lelaki itu kembali selepas itu setelah bertaubat
dan akhirnya Berjaya menebang pokok itu dengan niat yang ikhlas.
6.
Membuat tipu daya
a.
(7:27) Hai anak Adam, janganlah
sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan
kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya
untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan
pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat
mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu
pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman.
b.
(Al-An’am, 6:112) Dan
demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan
(dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada
sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu
(manusia)[499]. Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya
mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka
ada-adakan.
7.
Menghalangi jalan
Allah
a.
Apabila dikatakan kepada
mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan
kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi
(manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.
8.
Mewujudkan permusuhan
(di antara orang2 Islam)
a.
“Hendaklah ucap perkara
yang benar/baik sesungguhnya syaitan selalu
timbulkan perselisihan dikalangan mereka. Syaitan=musuh yg nyata bagimu”
b.
Masalahnya, kita Fikir
pendapat kita sahaja yang benar, sedangkan hanya kata-kata Allah yang benar.
c.
Dalam hati kena berlapang
dada
i.
Semasa perang Badar,
seorang sahabat mencadangkan untuk berkhemah di sumber-sumber air dan
Rasulullah s.a.w. menerima.
ii.
Perintah Allah tiada
kompromi. Ketika Usamah datang atas permintaan kaumnya untuk meringankan hukuman
seseorang, Rasulullah dengan marah bersabda: “Walaupun Fatimah anak Rasulullah
mencuri, akan tetap dipotong tangan”
Zaman sekarang, perkara yang baik dipandang buruk, perkara
yang buruk dipandang baik. Orang yang membaca Quran & hadis, pergi ke
masjid, menjaga pandangan dan hubungan lelaki-perempuan dikatakan kolot,
berfikiran sempit dan sebagainya. Orang yang main games dan tgk movies hingga
tidak solat, pergi clubbing, social, dan couple dianggap moden dan mengikut
perkembangan semasa. Buat assignments lebih penting dari azan tanda solat.
=-> Tanda kejayaan orang kafir dan syaitan
“Manusia akan Sentiasa diganggu syaitan”
Orang
yang IKHLAS
Jadi kena cuba timbulkan keikhlasan dalam hati dalam setiap
tindakan. Sentiasa refresh niat kerana Allah, dan istiqamah dalam ibadah dan
tarbiyah.
No comments:
Post a Comment