DASAR 7 (Daurah Sarawak 7)
Dewan Suarah Kota Samarahan
oleh Abdul Hafidz bin Yusoff
NYPD ISMA Sarawak
Biro Tarbiyah ISMA Sarawak
Pembantu Rumah
Terdapat satu kisah yang amat menarik. Ia diceritakan oleh seorang mualaf dalam satu program IKIM yang sering menampilkan mualaf yang berkongsi cerita. Kali ini, ada pemanggil yang meminta mualaf itu berdakwah kerana "kami tidak mampu". Lalu si mualaf ini bercerita tentang kisah pembantu rumah.
Pembantu rumah ini dipesan oleh majikannya di waktu pagi agar menjaga anaknya, terutama sekali dijauhkan dari kolam renang. Kemudian, majikan pun pergi bekerja dengan harapan pembantu rumah itu ingat kan pesanannya. Namun, pembantu rumah itu tidak memerhatikan anak majikannya. Pembantu rumah lebih sibuk mengemas rumah dan menjalankan urusan 'pembantu rumah' yang selayaknya. Sehingga si anak tadi mula bermain-main di tepi kolam. Si pembantu rumah tidak mempedulikannya, walaupun setelah si anak terjatuh ke dalam kolam.
Apabila majikan kembali, dia mencari-cari si anaknya. Risau dengan keadaan anaknya, dia bertanya kepada si pembantu rumah. Pembantu rumah itu sekadar berkata: "Entahlah". Majikan mencari-cari anaknya di sekeliling rumah sehingga terlihat olehnya mayat anak dah terapung di atas kolam. Majikan memarahi si pembantu rumah. Namun pembantu rumah itu dengan selamba menjawab: "Dalam perjanjian, saya di upah untuk menjaga rumah, bukan menjaga anak tuan. Saya telah selesaikan semua tanggungjawab saya dalam menguruskan rumah ini." Si majikan merasa sedih dengan sifat pembantu rumah itu, lalu memecatnya.
Apakah pengajaran yang kita boleh ambil? Kenapa mualaf tadi menceritakan kisah ini? Apakah kaitannya dengan berdakwah?
Dalam banyak-banyak tanggungjawab kita di dunia, terdapat tanggungjawab yang paling besar => dakwah.
Terdapat perbezaan di antara orang yang mengikut tarbiyah atau usrah dan yang mengajarkan. Perbezaan besar diantara mutarabbi(yang dididik) dan murabbi(pendidik). Adakah kita sekadar mutarabbi, atau kita bercita-cita menjadi murobbi?
Kerana tarbiyah bukan untuk diri kita, tetapi juga untuk orang lain.
Hidup Untuk Islam?
Terdapat 3 golongan manusia:
- Hidup untuk dunia. [Quran 45:24,6:29]
- Sesat antara dunia dan akhirat[Quran 3:14,49:12]
- Menjadikan dunia sebagai LADANG akhirat.
Mereka boleh kita analogikan melalui kisah kapal kecil di lautan yang luas. Setelah sekian lama, sudah pasti kapal ini akan kehabisan bekalan makanan. Maka ia akan berhenti di suatu pulau untuk mengambil bekalan. Terdapat masa 2 jam diberikan oleh captain kapal. Golongan pertama, ia akan terpana dan terpesona dengan keindahan pulau itu. Ia berehat-rehat sehingga tiba masa untuk pegi. Ia pun terpaksa naik balik ke kapal tanpa sebarang bekalan.
Golongan kedua, ia juga turut menikmati keindahan alam ciptaan Allah di pulau itu. Namun, beberapa minit sebelum berangkat, ia teringat kembali akan tujuannya. Lalu dalam masa yang singkat itu, ia mencari bekal dan kemuidan naik ke kapal dengan bekalan yang sedikit. Inilah mereka yang sering sesat di dunia kerana makanan, minuman dan kemewahan dunia, terlalu mengikut syahwat mereka. [quran 3:14]
Golongan yang terakhir, ia dengan penuh yakin tahu tujuan dan matlamat. Ia terus mencari setiap makanan dan minuman yang boleh dijadikan bekalan. Samada mengambil buah, atau memancing, mahupun berburu binatang seperti ayam hutan di pulau itu. Sehingga apabila tiba masa untuk kembali, ia naik ke kapal dengan bekalan yang cukup.
So, bagaimana menjadi golongan yang mempunyai bekal 'amal' yang cukup?
Jelas matlamat hidup [Quran 51:56.2:30]
Tahu dunia = medan ujian
Bagaimana Saya Hidup Untuk Islam?
- Tujuan hidup. 2 perumpamaan untuk menerangkan hal ini. Pertama, bayangkan kita yang berada dalam kandang ibadah. Terdapat yang di luar yang tidak beribadah. Tugas pertama manusia[beribadah kpd Allah] sedang kita tunaikan dgn berada di dalam kandang ibadah. Namun, terdapat tugas kedua manusia[khalifah] iaitu kita perlu mengajak orang masuk ke dalam kandang ibadah. Perlu di ikat tali dan di tangkap, kemudian di tarik orang diluar masuk ke dalam. Kedua, Seperti sebiji telur, ada kulit, putihnya dan kuningnya. Bagi sebiji telur ayam, yang paling penting adalah kuningnya, kerana disitulah si ayam tersebut. Itulah dakwah & ibadah. Putihnya diperlukan untuk nutrient bagi membesarnya si anak ayam itu. Itulah Study/Kerja.
- Tahu nilai dunia. "Sesungguhnya dunia itu penjara orang mukmin dan syurga orang kafir."
- Tahu mati itu PASTI.
- Memahami jahiliyah seperti liberalisme dan pluralisme. Pluralisma ialah samaratakan agama, tidak boleh kata agama sendiri yang terbaik. Sedangkan Islam ialah agama fitrah yang diturunkan oleh Allah swt kepada manusia. Ini sering kali disamarkan dengan kata-kata "Hak asasi manusia"(Ambigo). Apabila dinyatakan tentang haramnya menyambut Valentine Day, ada yang menyatakan itu mengekang kebebasan dan melanggar hak asasi manusia. Sedangkan telah dinyatakan sebagai fatwa ulama Malaysia akan haramnya. Begitu juga, kita tidak setuju dengan tindakan pemimpin yang menyambut perayaan bukan Islam dengan menyertai majlis ibadah mereka. Namun ada yang kata, kerana ia pemimpin. Inilah bahayanya pengaruh bukan Islam yang semakin menular di kalangan masyarakat, termasuk umat Islam sendiri.
Sifat orang Islam
- Berpegang teguh pada Islam
- Ambil tahu tentang orang Islam. Apakah khabar orang Islam di Palestin dan negara-negara Islam yang lain?
- Bangga dengan Islam. Tidak merasa malu atau rendah diri, perlunya ada Izzah terhadap agama/cara hidup yang benar ini.
- Beriltizam dengan nilai Islam dan hidup berjemaah.
Kenapa Berdakwah?
Kerana saya mahu dan ingin hidup dengan Islam
Kerana saya diciptakan dengan tujuan itu.
Satu perumpamaan terakhir, iaitu tentang orang yang mengambil upah mengecat rumah. Jikalau orang tersebut marah-marah semasa melakukannya, maka terasa sukar dalam menyelesaikan kerja. Tetap dilakukan, namun hanya kerana akan dibayar, dan mungkin sahaja kualiti kerja yang rendah. Kalau pula dia diam, tetapi hatinya mengenangkan keluarganya yang perlu ditanggung. Maka kerja itu akan terasa seperti suatu rutin harian, atau pengorbanan masa, dan tenaga demi yang disayangi.
Namun, apa kata orang tersebut merasa suka teramat sangat untuk mengecat? Dalam hatinya, dia berharap orang yang tinggal di rumah itu akan merasa senang kerana kerja mengecatnya tadi. Sudah pasti kerjanya menjadi sangat mudah, malah terasa seperti suatu hobi baginya, dan dia melakukan kerja sangat berkualiti di samping mendapat pendapatan yang halal bagi diri dan keluarga.
Renung-renungkanlah. Kongsi dengan sahabat yang lain. Dan amalkan, jangan tak amal. :)
No comments:
Post a Comment