Tuesday, December 27, 2011

Forum CINTA VS CITA-CITA

24 Dec 2011
8.30-10.00 pm
Dataran Kolej Cempaka
UNIMAS

Moderator: Nizzal Syafiq B Bostaman
Barisan Panelis:
Ustaz Nuraizam B Idris (Ustaz Aizam)
Encik Muhammad Alif B Abd Rahman (Akh Alif)
Cik Mardhiah Bt shahabuddin (Ukti Mardhiah)
========================================
  
Ustaz Aizam:
Cinta ada byk jenis. Ada cinta pada ibu bapa, ilmu, kereta, kekasih.
  
"Manusia lihat indah: perempuan, anak, harta".
  
Berita terbaru, kisah seorang lelaki tajaan Petronas yang di hantar ke Germany hilang selama 2 tahun, kemudian ditemui berkahwin sejenis (gay marriage).
  
Cinta itu juga subjektif.
  
Tanda-tanda cinta:
1. Selalu ingat padanya. Misalnya, ingat kekasih pada setiap masa. Masa solat pun tak khusyuk, membayangkan muka wajahnya yang ayu tersenyum manis. Atau ada pula yang sentiasa ingatkan bola. Main game bola(PES), baca surat khabar belek bahagian sukan dulu, futsal hingga hampir 11pm, tengok cerita bola kampung.
2. Rela berkorban. Sanggup berhabis duit demi cintanya. Bila bawa kekasih keluar, takkan sekadar nasi lemak je. Tu di ke KFC, McD. Yang cintakan kereta, sanggup belanja beribu-ribu untuk modify kereta, tapi tak mampu beri yang sama pada isteri yang tercinta(?).
3. Taat. Sentiasa sahaja mengikut kata. Walau mengorbankan maruah diri, demi cinta buta perempuan menggadai diri.
  
Quran, Surah Al-Baqarah, 2:162 : "Orang beriman sentiasa cinta pada Allah"

 Akh Alif:
 -nota lawak, Ukti Mardia ialah bekas tunang Akh Alif. Atau isterinya. lol :D

 Persoalannya, adakah baik mengejar cinta sambil mengejar cita-cita?

 Perlu diingatkan, cinta itu memang fitrah manusia. Nabi Adam dikalangan kesenangan syurga pun turut merasa kekosongan didalam jiwa sebelum dipertemukan dengan Hawa.

 Sebagai pelajar, tugas kita utama adalah mencari ilmu. Ilmu itu adalah nur(cahaya). dan nur hanya masuk ke dalam hati yang suci bersih. Maka ilmu takkan masuk jika kita berbuat maksiat.
  
Tak wajar bercinta sambil belajar.

 Alasan kekasih memberi motivasi adalah alasan sahaja. Lebih banyak kesan negatif seperti berikut:

 1. Pembaziran Wang. Apabila keluar makan, takkan sekadar nasi campur. Di situ kena pergi KFC, restoren 5 bintang atau beli kek special recipe.
2. Buang masa. Habis masa terbuang untuk keluar dating.
  
Hati ni power, ia boleh mengubah jiwa. Kena mampu mengawal cinta dalam batas syarak.
  
Namun sebagai pelajar, keberkatan ilmu itu penting.
  
"Syaitan akan menghias dunia dengan kefakiran." Apabila bercinta, habis masa dan duit untuk percintaan. Maka keputusan pun mencorot. Bila dikeluarkan dari universiti, sukar mencari kerja. Tanpa pekerjaan, menjadi miskin. Itulah kefakiran.
  
Ukti Mardia:
Islam dah menggariskan batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Jika iktilad tidak dikawal, zina berleluasa, buang bayi dan sebagainya.
  
1. Kita kena jaga hati kita dulu. Hadis: "Hati itu baik, maka baiklah jasad" kita cuba dekatkan diri kepada Allah. Cuba untuk khusyuk semasa solat dan zikir. Non-Muslim pun boleh berzikir, kerana itu kita kena ada perbezaan dalam zikir itu. Iaitu ia bukan hanya di mulut, tetapi juga di hati.
2. Mujahadah. "Say no to maksiat" Ajarkan sejak kecil hal ini. Kalau tak, memang mudah terpesong.
3. Doakan kepada Allah akan dipertemukan dengan orang yang soleh/solehah. Istiqamah dalam diri untuk jadi seorang yang soleh/solehah. "Orang yang baik jodohnya dengan orang yang baik"
4. Jodoh dah ditetapkan sejak di lauh mahfuz. Focus utk jd good Muslim.
  
Ustaz Aizam:
Dah Kahwin pada umur 20 tahun.
"Kahwin adalah wasilah/cara"
Kahwin ini cuma satu cara untuk atasi, iaitu cara terakhir. Sebelum itu, kena lihat apakah matlamat asal kahwin?

"Matlamat kahwin adalah untuk mendapat zuriat dan mendidik jadi orang berguna."

Terdapat tanggungjawab di situ. Bukan sekadar untuk melampiaskan nafsu. Orang yan kahwin hanya kerana itu menjalankan hanya separuh daripada tujuan kahwin. Menyebabkan anak-anak yang lahir terbiar, kerana tak sanggup menjaga mereka.

 "Kahwin sempurnakan 1/3 agama." Bermaksud, tanggungjawabnya berat.

 Kalau tetap nak kahwin awal, mulakan dengan memujuk ibu bapa dulu.

Kedua, jika masih belajar, kahwin gantung. iaitu kahwin tapi tak tinggal sama. Ustaz bercerita, semasa dia dah kahwin, pernah terjadi fitnah. Sebab dia masih belajar dan orang belum tahu dia dah berkahwin. Maka terdengar khabar tentang seorang muslimah bertudung labuh berpegang tangan dengan seorang lelaki bukan muhrim yang juga kaki masjid.

Hanya Dalam perhubungan suami-isteri, menjadi pahala, apabila misalnya menyatakan "i love u", "i miss u".

Cara lain dalam mengawal diri adalah untuk berpuasa. Puasa itu mengawal nafsu.

Akhi ALif:
Persoalan>Ada yang couple kerana tak dapat kahwin. Alternative atas alasan kahwin tu mahal.

Cinta itu fitrah. Walau sejak kecil, tak dapat di kawal. Mula di sekolah rendah, pantun "pen merah pen biru, u marah, i luv u". Di sekolah menengah, upgrade dari surat ditulis pensel ke surat ditulis pen. tulisan semakin puitis. Kemudian di universiti, upgrade pula ke SMS, atau Facebook. Semakin berbunga dan level up pantun nya.

Lihat analogi ini. Segelas air, apabila diletakkan satu sudu, okay jer. Sedap. Apabila diletakkan satu guni ke dalam segelas air, jadi mudarat. Ke'manis'an nya membunuh.

Cerita Ali dan Fatimah: Di malam pertama, Fatimah berkata kepada Ali, iaitu suaminya. "Sebelum berkahwin, aku pernah mengagumi seorang lelaki." Ali, merasa risau, lalu bertanya, "Siapakah dia?" Fatimah menjawab, "Kamu." 

Indahnya cinta zaman dulu, disatukan hanya dalam perkahwinan. Pastinya Fatimah berdoa kepada Allah agar disatukan dengan Ali.

Ada juga yang bercerita tentang couple Islamik. Sms kpd kekasih, "dah tahajud?" "Baca quran?" Tazkirah ke, apa ke, apa yang haram tetap haram. Khinzir, atau nama scientificnya bab1, tetap haram.

Satu analogi: Ada seorang hamba Allah yang terdengar haram memakan khizir. maka dia pun membawa seekor dan menyatakan ia boleh dimakan. Kehairanan, orang lain bertanya kenapa? Jawapannya: "Kerana dia ni solat 5 waktu tak pernah tinggal, bang. Saya jaga dia bersih sejak dia lahir. Dia puasa terlebih jam, dari 4 pagi hingga 8 malam. Tahajud tak tinggal". Haha. Walau macam mana diorang katakan, bab 1 tetap haram.

Ada juga alasan semasa couple nak cari keserasian. Itu cuma keserasian fizikal. Sepatutnya keserasian dari segi akidah atau agama. Apabila bergaul dengan orang soleh, maka kita akan jadi orang soleh. Barulah boleh dapat isteri solehah.

Kerana itu, penuhilah masa dengan aktiviti yang berfaedah. Jika kita cinta pada Allah, kita boleh memperolehi segala yang kita inginkan di dalam hati.

Ukti Mardia:
Persoalan> Pengaruh cinta kepada cita-cita.

Cita-cita kita, selalunya hanya pada dunia. Misalnya, CGPA anugerah dekan, jadi engineer, jutawan. Namun kita sebagai Muslim sepatutnya cita-kan Syurga Firdaus, syurga tertinggi peringkatnya. Orang yang mengejar dunia, kuat bekerja. Hingga batu nisan ada "list of achievement" Dia menyumbang itu ini. Tapi tak guna tanpa redha Ilahi.

Cinta bila mempengaruhi cita-cita:
1. kalau terkandas di Universiti, macam mana nak kerja?
2. nanti nak jawab apa dengan ibu bapa? Adakah alasan couple menganggu pelajaran satu alasan yang menyenangkan hati ibu bapa? 

Mungkin ada yang beralasan, terdapat mereka yang bercinta tapi tetap berjaya dalam pelajaran. Ya benar, pada neraca dunia. tetapi ilmu itu tidak diredhai Allah pada neraca langit.

Ilmu yang berkat sahaja yang akan berjaya juga di akhirat dan mendapat redha Allah.

 Kerana itu, untuk berjaya, kena start dengan redha dari dan cinta pada Allah, Rasul dan ibu bapa.

----------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...