Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. Ini sekadar coretan bagi merekod aktiviti yang terkesan di hati.
Sebelumnya:
Syura Isnin 26 Dec 2011
Afiffandi inform yang dia tak dapat ikut, kerana ibu dia tak benarkan, risau kerana banjiryang berlaku dan hujan yang berterusan. Ada juga yang kata ikut program lain, tak sedikit yang berkata nak pergi, tapi kemudian tidak dapat dicontact untuk diconfirmkan.
Tarikh : 28 Dec 2011 Rabu / Safar 3, 1433
Belanja Makanan : RM?
Minyak Van : RM30
Alatan : Gelas plastik, talam,
Peserta : Azri, Afif, Azlan, Akram, akh Amir, akh Firdaus
Pengangkutan : Van
*note : masa dan peristiwa mungkin tidak tepat, kerana tidak melihat pada jam dan hanya dari my point of view.
6.30am : Berkumpul
Risau juga melihat keadaan hari yang masih mendung. Ku pinta pada Allah swt "permudahkanlah perjalanan ini, jaga keselamatan kami, janganlah turun hujan."
7.00am : Bertolak
Mula sekali, Afif baca doa naik kenderaan. =) Kemudian ambil Akram di rumahnya yang dalam perjalanan ke AppleCross. Kami pergi ambil akh Firdaus dan makanan/minuman yang dia masak di rumah akh Hafiz.
Firdaus ada kata, terdapat satu kawasan bertakung di Ranchan yang tenang walaupun hujan.
Juga untuk ingatan diri, Tiger perlu diboikot kerana dia buatan KRAFT, barangan buatan ISRAEL laknat.\
8.15am : Sampai ke Serian.
Beli Ais disitu, Afif dapatkan RM 3 untuk seguni besar.
8.30am : Sampai ke Taman Rekreasi Ranchan
Kami pergi ke spot yang dikatakan oleh akh Firdaus. Memang benar, kawasan yang tenang. Tetapi cuaca sudah cukup baik untuk kami mandi sungai. yay :) Terasa rugi bagi yang tak jadi ikut. Alhamdulillah, Kuasa ALLAH yang Maha Berkuasa menjadikan apa sahaja. Segala puji bagiMu, Tuhan sekalian alam.
Mula sekali makan. Nasi, sardin and sosej yang terasa sedap, bak kata Azlan: "5 bintang". Kemudian mandi air sungai yang sangat sejuk tu. Afif cuba tarik aku da. Risau juga, hanya Amir dan Firdaus yang boleh kata pandai berenang. Yang lain masih belajar. Saya tak pandai langsung.
Saya belajar sikit macammana nak berenang. Mula sekali cuba terapung. Entah kenapa susah sangat terapung. Lepas ditolong akh Firdaus, senang sikit. Akh Amir bermain air, tolak air pada kami. Dengan satu arahan dari Firdaus, semua serang balik. Ada juga kaca dalam sungai. Saya tak suka la 'tindakan' mereka yang tak bertanggungjawab ni.
Semasa main-main terapung, Afif teringin nak pergi ke satu tempat yang dalam tu. Dia terjatuh ke tempat yang terlalu dalam untuk dia, dan terjadilah peristiwa... jeng jeng jeng. Ah, semuanya selamat. Saya tak nak cerita la. :P Moralnya, tenang semasa hampir lemas.
9.50am : Setelah bergambar, kami mula berkemas. Makanan tadi dihabiskan. Ada lauk yang tinggal, tetapi saya tak jadi habiskannya. Saya berfikir kita patut mendengar nasihat seorang sahabat, itu gunanya muzakarah. Akh Firdaus juga cadangkan buat 2 kali lagi. Saya tak ingat masa yang dicadangkan tadi, cuma jaulah pertama nak buat dengan sahabat halaqah kami (halaqah bawah akh Amir) dan yang kedua, semua orang(termasuk Zul dan Afiq). Saya berjalan kaki ke depan dengan akh Firdaus untuk tukar pakaian di tandas (yang agak bersih. khemah kami tempatnya kurang menyenangkan). Adajuga jambatan gantung yang agak tinggi.
10.20am : Ke sebuah masjid
Tak diingat nama masjid tu, atau surau itu. Kami solat Dhuha sekejap. Ada tanda "Berhati-hati dengan buaya" di tepi kolam tu. "Budak yang 'suci' pegi bawah tu juga." Haha.
10.45am : Ke pasar Serian.
Mula-mula, saya rasa bosan di situ. Ingatkan dah nak balik tadi. Tiada apa-apa yang menarik, dah kenyang makan nasi dan rambutan mana nak beli lagi. Ada juga terjumpa topi yang saya cari-cari selama ni, tapi masih bukan design yang saya nak. akh Firdaus nak topi Maher Zain. :) Afif membeli 10 biji durian dengan harga RM18. :O
11.15 am : Perjalanan balik.
Nampaknya akh Firdaus berkeinginan makan durian juga. So, saya cadangkan untuk pusing balik. Tapi, akh Firdaus sekadar nak beli yang tepi jalan. Dia turut berkongsi ilmu untuk memilih durian. Selain dari bau, dapat dilihat dari batang ranting yang putus tu jika ia jatuh natural atau dipotong. yang cantik je tu jatuh natural. ada juga tentang mendengar bunyi, tapi tak past macammana. Kemudian semua ber'jemaah' tidur dalam perjalanan, kecuali akh Amir yang memandu van.
12.15pm : Sampai ke Samarahan.
Di rumah akh Hafiz, kami makan durian yang dibeli akh Firdaus. Satu tu pahit version, yang saya tak suka sangat dulu sehingga tak makan durian buat beberapa ketika. Tapi makan juga, sebenarnya sedap gak. Satu lagi memang manis, sayang pula ada yang buruk. Ada juga tengok machine buat badge disitu. Rupanya badge tu memang guna kertas, tapi ia disaluti plastik jugak.
Kemudian kami ke masjid untuk solat Zohor. akh Amir hantar kami yang tinggal dalam UiTM ke pagar belakang. Afif bagi satu dari durian dia pada kami. Tapi Azlan nak balik, suruh aku makan sendiri :) Nampak dah awan gelap di langit.
Kesimpulan yang tidak dapat dilihat di sini:
1. Keyakinan pada Kekuasaan Allah yang menjadikan cuaca yang dah hujan 3 hari berturut-turut boleh menjadi cerah untuk 6 jam kami ke Ranchan. Alhamdulillah, nikmat iman dan nikmat ber-ukhuwah ini manis ya Allah. Saya bersyukur saya Islam dan meyakini kekuasaanMu tadi.
2. Kurangkan memberi alasan dalam mengikuti program yang baik dan berfaedah. Mana kita tau, terdapat hikmah disebaliknya, seperti durian di atas meja saya sekarang. :)
3. Tenang dalam kecemasan. Ingatan pada diri sendiri. :P
4. Bergaul dengan sahabat dalam baiah solehah (persekitaran yang baik) adalah amat baik kerana membantu menambah iman di samping merehatkan diri dan minda dari 5 project assignment yang menunggu.
5. Berakhlak dalam bergaul dengan masyarakat dan bersangka baik. :)
No comments:
Post a Comment