Sunday, April 22, 2012

ISAC 2012 – Seminar Ibu Bapa Soleh Anak Cemerlang


FB Profile Picture
untuk promosi program
ISAC 2012 – Seminar Ibu Bapa Soleh Anak Cemerlang
22 Apr. 12 di Dewan Hikmah, PetraJaya, Kuching
9pagi-5ptg.

Assalamualaikum saudara-saudari. Ingin sekali berkongsi sedikit pengalaman dan merekodkannya dalam blog ini. Terasa seperti menjadikan blog ini journal atau diari pulak. Namun, program ISAC memang terasa perlu direkodkan. Jeng jeng jeng....

Pada awal pagi, bangun dan solat Subuh berjemaah di Masjid al-Qurawiyyen. [Tak pasti betul ke tak nama masjid ni. Yang penting, masjid yang kat UiTM Samarahan.] Kemudian saya tunggu ikhwah untuk ambikkan. Maklumlah, tiada pengangkutan seperti motor sendiri. Berpakaian simple, iaitu T-Shirt hitam Ikhwah Band buatan Brotherhood dan jaket ISMA, seluar slack hitam, bertolak dalam jam 7 ke Dewan Hikmah. Ikhwah yang lain semua pakai baju Melayu. Saya dilantik menjadi AJK Teknikal so, lain sikit.

Bunga yang akan jadi cenderahati, ada di dalam kereta akh Firdaus. Uh, bunga betul, bukan plastik. Tu semua risau...

Sampai ke situ, tolong-tolong sikit angkat barang, iaitu bunga tadi. Kemudian beberapa ketika selepas itu, ditakdirkan saya membantu di kaunter pendaftaran. Risau pulak macam mana nak deal dengan orang ni. Soft skill atau pengalaman bersama masyarakat tu kurang sikit. Alhamdulillah, ada ikhwah yang pandai dan Dr. Khairol pun ada. Yuran RM30, DBKU nampaknya sponsor beberapa puluh orang untuk hadir. Yay, jumpa akhi Azlan. :)  Juga perasan ada seorang Pegawai Perubatan dari UiTM Samarahan, tak sempat tegur.

Pendaftaran tamat jam 10 pagi, jadi miss sedikit la bahagian ceramah pemakanan. Ada juga tak dapat duduk diam sebab hampir tiada orang datang lepas pukul 8. Um, mana buku ISAC ni? Jap.
Ada seperti beg kecil yang macam cenderahati untuk peserta ISAC. Termasuk dalam tu ialah buku ISAC 2012 yang ada detail seperti jadual program. Slot 1: Your Food Is You! oleh Puan Shazamawati Binti Hashari. Kemudian rehat makan pagi setengah jam.

Slot 2: Anakku Sehebat Hasan dan Husin! oleh Ustazah Nor Saleha Binti Mohd Salleh. Bak kata akh Rizal, power syarahan dia. Memang sesuatu yang menakjubkan. Nota slide yang di beri menunjukkan beberapa perkara saja. Tetapi diterangkan dengan panjang lebar oleh Ustazah. Menyesal pulak saya tak bawa pen masa tu untuk catat secara terperinci. Ia dimulakan dengan beberapa cerita seperti gadis penjual susu yang dikahwinkan kepada anak Khalifah Umar al-Khattab. Umar bin Abdul Aziz yang digelar Khalifah ke-5 Khulafah ArRasyidin ialah keturunannya. Menunjukkan pentingnya agama dalam melahirkan anak yang cemerlang. Contoh perkara yang dinyatakan ialah perkara yang perlu di didik pada anak-anak.

Satu, minta izin. Sebaiknya beritahu suami atau isteri ke mana nak pergi. Ni tak, sekejap ada, sekejap takda. Tetiba hilang. Cuba camni.

“Bang, saya nak keluar kejap.”
“Nak ke mana?”
“Um, nak ke kedai.” Dalam hati, nak ke salon untuk buat diri cantik hadapan suami. Surprise. xD

Bila ibu bapa dah amalkan, automatic anak-anak ikut. Saya teringat orang Jepun dalam anime, selalu berkata perkataan tu, yang bila dia pergi sekolah(ittekimasu いってきま  = I’m Going) dan balik sekolah (tadaima ただい! = I’m Home! Walaupun translation kurang tepat, tetapi itu la maksud dari segi budaya dan adabnya)


Ada tak kat dalam rumah kita diamalkan sedemikian? Itu adalah adab yang perlu diterapkan dalam diri anak-anak. Tak la risau sangat. Kadang-kadang terbayang ada van berwarna putih berhenti dan menculik anak kita. Tak ke risau kalau langsung tak tahu mana dia. Kedua, makan bersama, berjemaah dalam hal tertentu. Juga amalkan syura atau berbincang. Dan wariskan Quran dan solat padanya.

Mana la tau, kot-kot kerana kita dah amalkan berbincang dengan semua ahli rumah, dia terus-terang cakap, “Mak, saya tak seronok la kena kongkong. Rasa nak lari rumah la.” Mana lebih baik, dia cakap atau dia terus hilang larikan diri? Ada kes di mana anak dara ni merancang penculikan dia sendiri. Saya tak paham... Kalau biasa berjemaah makan, bila ummi lambat sikit, si anak tunggu ummi datang dulu.
Macam kenal je...

Interesting point ialah bila Ustazah cerita pasal tips menghilangkan cemburu dengan suami. Ia semua sebenarnya tentang mengubah diri isteri untuk kelihatan menarik hanya di hadapan suami, ubah diri dulu dalam apa pun yang terjadi. Tutup dan tiada mekap di luar, buka dan bermekap di dalam rumah. Hehe, pegi salon. XD Terdapat juga ingatan untuk menjaga pergaulan walaupun dengan kawan-kawan lelaki suami. Tau la, isteri mereka nanti cemburu kalau bergurau senda macam biasa. Ada juga tentang memasak nasi baca bismillah, selawat dan ingat banyak pada suami, berdoa agar dicampakkan kasih suami kepada isteri sepertimana kasih yang Allah campakkan ke dalam hati isteri kepada suami.

Yang penting sekali, cerita tentang burung kecil yang cuba padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim a.s.. Dengan paruh yang kecil, ia cuba membawa air dan setitis air di jatuhkan atas api besar itu. Perbandingan: Walaupun perkara itu macam mustahil dan tak bawa kesan, tetapi telah pun berusaha untuk padamkan. Bagaimana pula dengan binatang lain? Apa yang mereka buat? Melihat api kemaksiatan di dunia seolah takkan dapat dipadamkan, namun adakah kita telah cuba untuk padamkan walau dengan usaha dakwah kecil di kawasan perumahan kita sendiri?

Banyak lagi sebenarnya, sayang sekali saya tak bawa pen. Saya lebih kepada seorang penulis nota yang setia kerana kurangnya keupayaan fokus dan lemah sedikit ingatan. Mengantuk pun ada, biasa la buatan masa majlis ilmu.

Lepas slot ini, kami rehat untuk solat Zohor dan makan tengah hari. Sayang saya tak sempat beli buku al-Ustaz dan minyak wangi. Ada berkira-kira pasal duit ni. :P
Anak-anak yatim menyanyikan lagu nasyid


Seterusnya, forum mengenai Membina Generasi Harapan. Ustaz Sarip bin Abdul memang bagus, saya ketawa sikit semasa Ustaz bercakap. Ahli panel yang lain seperti Ustazah Nor Saleha dan Ustazah Hasmida. Kemudian saya dipanggil untuk briefing AJK Teknikal dari Stage Master. “Okay, nampaknya saya tanpa pengalaman akan menjadi stage crew”, kata saya dalam hati. Dah la tak datang rehearsal atas alasan nak belajar.

CD Perasmian ISAC
Risau dan nervous semasa akh Firdaus cerita perkara yang kami perlu lakukan. Susah juga rupanya jadi orang berpakaian hitam atas pentas tolong susun mic dan meja kerusi ni... Ia senang, cuma nak buat jadi professional-look tu. Tapi Alhamdulillah, kami berjaya lakukannya. Majlis perasmian melibatkan seorang YB, bacaan Quran, persembahan nasyid dan gimik perasmian, serta penyampaian cenderahati. Kami yang berdiri atas pentas belakang tabir nervous gak. Kesian pulak tengok Akhi Firdaus yang manage kami.
Saya rasa sangat puas hati apabila buat kerja masa tu. Seolah-olah, ada satu sumbangan, walaupun kecil, tetapi ia adalah satu sumbangan kepada kerja dakwah. Sekadar sumbangan tenaga, tetapi pada program yang berjaya, dengan bilangan termasuk para ikhwah dan akhwat ISMA sendiri, mencecah 255 orang. Allah, teringat saya tak sempat nak usap kepala anak-anak yatim tu. Comel la mereka, dan pandai menyanyi nasyid. :) Kami berkemas barang, solat Asar, post-mortem dan balik.

Gimik yang mengejutkan
Kesimpulannya, ISAC akan diadakan lagi dalam bulan 8 kemudian, kalau tak silap. Alhamdulillah, program berjalan lancar dan akan diadakan dengan lebih cemerlang lagi. Apa yang baik datang dari Allah, yang kurang disandarkan kepada kelemahan kami, tetapi hakikat semuanya datang dari Allah. Sesiapa yang ingin bergabung dengan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), boleh saja hubungi saya atau mana-mana ahli. Jom jadi seperti burung kecil yang cuba memadamkan api yang besar. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...