Assalamualaikum.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan Ruhul Jadid. Adakah ia mengenai kumpulan nasyid?
Hari ini hari ini kita kan berjuang
Jangan ragu jangan takut hadapi rintangan
Maju langkah rapatkan shafmu di medan perang...
Atau salah satu peng-pirate-an sebuah blog lain? Google it. :P
Ruhul Jadid dari segi bahasa 'semangat baru' atau 'ruh yang membawa pembaharuan'. Namun, yang saya maksudkan ialah ia merupakan brochure, uh bukan, artikel, uh bukan... um... entah. Sesuatu kertas yang kita selalu lihat disebarkan di masjid ketika hari Jumaat. Nama asalnya ialah Ar-Ruhul Jadid dan ia pernah diusahakan sekumpulan senior di UiTM Samarahan. Antara mereka ialah akhi Saiful, akhi Hanif, akhi Afiq dan akhi Firdaus.Mereka menyebarkan di kalangan ahli jemaah Jumaat di Masjid al-Qurawiyyen di sini.
Namun, dalam setahun lepas, mereka telah graduate kecuali seorang. Maka, hilanglah salah satu usaha dakwah pena yang pernah wujud di UiTM. Keinginan saya untuk menghidupkannya kembali akhirnya terlaksana dengan bantuan ikhwah di sini. Design berlainan dari yang asal, tetapi saya agak berpuas hati buat masa ini. Kelemahannya ialah....
Saya graduate semester ini.
Ya Allah. Oh well, dakwah fardiyyah lebih penting, hanya saja saya lebih berkebolehan dalam hal ini. Bukannya saya tulis sendiri pun pengisiannya, hanya mencantum isi2 di dalam internet dari iLuvIslam misalnya. Usaha kecil hambaMu ya Allah. Mudah-mudahan ada yang meneruskannya kelak. Akhi Afiq yang mencadangkan agar direkod di satu tempat agar mudah dirujuk dan diketahui artikel mana yang pernah digunakan.
Wallahualam. Sila la baca blog ini untuk mendapatkan info mengenai Islam. Ingin mengetahui lebih lanjut? Hubungi saya di 019 844 tekan tekan tak dapat. :)
Sisi Terang Kartun Tivi Dekat Mata Rusak, Didengarkan 🇮🇩🪣
ReplyDelete