Salam para Sahabat.
Sering kali aku lihat manusia yang pandai berkata-kata. Dia menabur janji-janji manis, namun jarang sekali menunaikan janjinya. Terdapat jua yang selalu mengucapkan Insya-Allah" semasa berjanji, namun acapkali janji yang itu jua ia mungkiri. Seolah-olah "Insya-Allah" menghalalkan dia tidak memenuhi kata-katanya tadi.
Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah janji-janji. ..."(Al-Maidah,5:1)
Allah memerintah orang-orang yang beriman, iaitu orang mukmin/muslim untuk menunaikan janji. Menepati janji itu adalah wajib, terutama menyatakan "Insya-Allah". Kalau seseorang berjanji, dia hendaklah mengucapkan "Insya-Allah".
Firman Allah dalam Surah Al-Kahf(18: 23-24) : "Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "Aku pasti melakukan itu besok pagi". Kecuali (dengan mengatakan) Insya-Allah"(If Allah Wills). ..."
Allah SWT yang Maha Berkuasa dan memberi kita kekuatan atau peluang untuk melakukan sesuatu, termasuk menunaikan janji. Kita kena ingat it semasa mengucapkan Insya-Allah. Sesudah it, kita harus berusaha dengan bersungguh-sungguh sambil mempercayai Allah(tawakkal). Keputusannya akan ditentukan oleh Allah. Tanpa izin-Nya, tidak mungkin kita mampu lakukan apa-apa, walau untuk bernafas. Jangan melewatkan masa untuk melunaskan hutang. Jika kita tidak berjaya melakukannya kerana keuzuran tertentu, maka ia tidak mengapa, kerana takdir Allah atau Qada' dan Qadar telah ditentukan oleh Allah. Allah Maha Mengetahui apa yang lebih baik untukmu. Mungkin jua terdapat hikmah disebaliknya, atau adalah satu teguran direct dari Allah mengenai sesuatu perkara yang lain. Kadang-kala kita berjanji perkara yang tidak mungkin kita boleh lakukan. Kerana itu, jangan terlalu mudah berjanji.
Orang yang memungkiri janji termasuk dalam kategori hipokrit(munafik), dan ini dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW. Sabda Nabi:
"Empat perkara yang jika seseorang manusia ada di dalamnya, maka ia menjadi munafik, dan barangsiapa mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu, samalah seperti ia mempunyai sifat kemunafikan, sehingga dia menjauhinya lagi: Jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia mungkiri, jika membuat pengakuan dia belot dan jika menuntut dia curang."
Dari hadis diatas, kita dapat lihat sifat memungkiri janji membawa kepada kita mendekati status hipokrit atau munafik. Sedangkan seorang munafik akan diletakkan di neraka yang paling bawah dan paling dekat dengan api yang membakar. Seorang yang mengucapkan "Insya-Allah" dengan berniat tidak mahu menunaikannya, maka sifat munafik tu amat hampir padanya. Secara logik pun, seorang yang sering memungkiri janji mungkin tidak lagi dipercayai oleh orang lain walaupun ketika kata-katanya benar.
Itu janji terhadap manusia. Terdapat janji dengan Allah Taala, iaitu melaksanakan segala hukum Allah seperti hukum-hukum hudud, qisas, mendirikan solat, puasa, zakat, haji bagi yang berkemampuan. Kemudian janji dengan Rasulullah SAW, iaitu melaksanakan kepercayaan/cara hidup Islam dalam kehidupan berdasarkan sunnah Nabi. Selepas it, janji kepada ibu bapa untuk menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. akhirnya janji kepada diri sendiri, iaitu menjadi Muslim yang baik yang sentiasa meningkatkan iman diri sehingga ke tahap bertakwa kepada Allah dalam segala perbuatannya.
Wahai diriku. Wahai sahabatku. Berjanjilah dengan mengatakan "Insya-Allah" dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikannya. Ingat Janji Allah itu pasti. Wallahualam.
Art by Nayzak.deviantart.com
No comments:
Post a Comment