Creed Production
Monday, April 22, 2013
Monday, April 8, 2013
Berlian di Depan Mata Tidak Nampak
Tidak berapa jauh dari Sungai Indus, suatu masa dahulu, hidup seorang lelaki yang bernama Ali
Hafiz bersama bersama keluarganya. Beliau memiliki ladang dan dusun yang luas dan beliau boleh dianggap sebagai orang yang kaya raya. Setiap malam beliau bersyukur kepada Allah dengan nikmat yang dikurniakan dan setiap malam beliau dapat tidur dengan nyenyak. Pada suatu hari, seorang lelaki yang banyak mengkaji kisah-kisah silam datang menziarahi Ali Hafiz. Beliau menceritakan bagaimana berlian terjadi dan berkata, “Apabila kamu berjaya memiliki berlian walaupun sebesar ibu jari, kamu mampu membeli sebuah negara, dan apabila kamu dapat memiliki sebuah lombong berlian kamu dapat menguasai dunia.”
Sejak hari itu, Ali Hafiz tidak dapat tidur dengan nyenyak lagi dan sejak hari itu beliau lupa bersyukur kepada Allah. Siang dan malam beliau termenung memikirkan bagaimana mahu memiliki berlian. Akhirnya, beliau memutuskan menjual kesemua harta yang dimilikinya untuk merantau mencari lombong berlian. Maka, Ali Hafiz pun mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya dan terus memulakan perjalanan. Beliau merantau ke bumi Palestin, menjelajahi Eropah, dan akhirnya tiba di Teluk Barcelona dalam keadaan miskin. Namun, berlian yang dicari tidak juga ditemui. Beliau berasa amat kecewa dan putus asa dan akhirnya mencampakkan dirinya ke dalam laut. Dengan ini tamatlah riwayat hidupnya.
Berbalik kepada ladang dan dusun yang sudah dijual, pada suatu hari pemilik yang baru bersiar-siar di dusunnya dan kemudian berhenti berehat di tepi sebatang sungai. Beliau berasa pelik kerana pasir di sungai itu kelihatan bersinar-sinar dan bergemerlapan. Beliau pun mencedok pasir sungai dan kemudiannya menunjukkanya kepada lelaki yang banyak mengkaji kisah-kisah silam. Lelaki itu terkejut besar kerana pasir itu mengandungi berlian bernilai tinggi dan berlian itu yang dicari-cari selama ini oleh Ali Hafiz.
Dusun itu bertukar menjadi sebuah lombong berlian yang besar yang dikenali pada hari ini sebagai lombong Golcanda.
-------------------------
Kisah Ali Hafiz ini boleh kita lihat pada umat Islam zaman sekarang. Semua berpusu-pusu mencari 'berlian' di budaya asing, mengagung-agungkan budaya luar. Mereka tidak menyedari agama Islam adalah lombong berlian yang tiada tolok bandingnya. Mereka keluar mencari kemuliaan, mengagumi isme-isme sesat yang bercanggah dengan ajaran Islam dan berbangga apabila berjaya mengikut cara hidup golongan bukan Islam. Akhirnya mereka hancur dan lemas. Baru mereka sedar berlian yang dicari sudah berada di hadapan mata mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)